PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 30 Mac 2010

PROGRAM ZIARAH 28/03/2010

Ahad 28/03/10 - Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Haji Khalid Samad telah turut serta dalam satu program ziarah yang diadakan pada petang ahad 28/03/10.
Beliau bersama sama AJK AJK dari JKKK Padang Jawa Petaling telah sempat menziarahi 3 orang golongan yang kurang bernasib baik samada yang sedang uzur mahupun ibu ibu tunggal.
Rumah pertama yang telah dilawati ialah rumah Puan Noraini Hj Bajuri, seorang ibu tunggal. Beliau yang tinggal di Jalan Mat Raji bersama sama 5 orang anak beliau melahirkan kegembiraan beliau atas kunjungan JKKK untuk menziarahi beliau apatah lagi berserta kehadiran Ahli Parlimen Shah Alam itu. "Saya ucapkan terima kasih atas kesudian pihak JKKK mengunjungi saya beserta sumbangan yang diberikan ini saya ucapkan banyak banyak terima kasih" katanya lagi.
Seterusnya rombongan JKKK telah menziarahi 2 buah rumah lagi ialtu rumah Puan Mek Yah bte Said serta Puan Ismawati bte Che Wih di lorong tebu. Dalam kedua dua kunjungan tersebut Pihak JKKK telah sempat menghulurkan sedikit buah tangan berupa barangan keperluan asas harian seperti beras tepung dan beberapa barangan lain. Kedua dua Ibu tunggal tersebut telah mengucapkan terimas kasih atas kesudian pihak JKKK serta Ahli Parlimen menziarahi mereka serta keperihatinan kami . Puan Ismawati berharap kunjungan sebegini bukanlah bermusim sebaliknya diharap dapat dikerapkan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik sepertinya.
Pihak JKKK insya Allah akan sentiasa dari masa ke semasa berusaha untuk meneruskan program yang murni ini demi kesejahteraan semua.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam HJ Khalid Samad beliau berharap dengan adanya kunjungan seperti ini, akan dapat membantu golongan ini kerarah kehidupan yang lebih baik di masa akan datang . Beliau berharap pihak JKKK akan terus perihatin akan nasib mereka serta terus membantu selagi boleh. Pihak Parlimen sendiri akan cuba membantu mereka dari masa ke semasa melalui JKKK itu sendiri.

PROGRAM MOTIVASI MINDA

Ahad - 28hb Mac 2010 Seluruh jentera JKKK Padang Jawa Petaling telah diwajibkan untuk hadir ke satu Program Motivasi yang dinamakan Program Motivasi Minda.
Turut Serta dalam program motivasi ini termasuklah AJK AJK parti Islam Semalaysia Padang Jawa, serta AJK dari Surau Nurul Iman Padang Jawa Petaling.
Menurut Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling, antara matlamat utama Program ini adalah untuk membuka minda kepada peserta peserta mengenai kepentingan dalam pengendalian sesebuah organisasi itu.
Beliau turut mengucapkan syabas kepada para peserta yang terdiri dari AJK AJK kerana sanggup meluangkan masa di hujung minggu untuk turut serta dalam program ini. Saya yakin program ini adalah amat amat bermanafaat untuk anda semua tak kira sebagai AJK mahupun selaku masyarakat di Padang Jawa...katanya.
Program ini telah diresmikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Haji Khalid Samad. Dalam ucapan alu aluan beliau, beliau menyeru AJK AJK agar senantiasa intiqamah dalam menjalankan amanah yang diberikan. Walaupun ini adalah kerja kerja sukarela, namun jangan lah tuan puan sekelian mengabaikan tanggungjawab yang diberikan...katanya.
Program motivasi ini telah di bimbing oleh Pakar Motivasi, Tuan Samsuddin Kadir. Beliau banyak tip serta misalan misalan yang amat baik untuk difikirkan agar dapat mengukuhkan lagi organisasi JKKK.
Menurut seorang peserta, Mohd Faizzan, program ini adalah terbaik pernah disertainya dan berharap pihak JKKK akan menyambung lagi program motivasi seperti ini. Saya amat berharap agar program ini dapat diteruskan lagi kesiri siri seterusnya agar saya dapat menimba lagi ilmu yang diberikan.katanya..
Program berakhir sekitar jam 12.30 tgh.

Selasa, 9 Mac 2010

ZIARAH MINGGUAN

Biro kebajikan meneruskan program ziarah dan kali ini telah sempat menziarahi dua buah keluarga sekitar Padang Jawa Petaling. Ziarah pertama ialah ke rumah Pakcik Rahmat di Lorong Ravi. Beliau yang tinggal sendirian mengalami keuzuran. Pihak JKKK telah menghulurkan bantuan berupa barangan harian dan insya Allah akan mengusahakan untuk mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat Selangor.
Ziarah kedua ialah kerumah en Alias b Abu di Lorong Bali. Beliau yang mengalami angin ahmar sejak 2 tahun lalu masih berehat dirumah dan alhamdillilah beransur pulih.

Isnin, 8 Mac 2010

MAJLIS PENERANGAN MENGENAI PENUTUPAN PERNIAGAAN DI WAKTU MAGHRIB

Satu program penerangan mengenai penutupan gerai gerai serta premis premis perniagaan di Padang Jawa telah diadakan pada hari selasa 02hb March 2010 yang lalu.
Bertempat di Dewan Masjid As Solihin, majlis ini telah mengumpulkan sekitar 30 para peniaga.
Tujuan utama majlis ini adalah untuk memberitahu serta menerangkan tujuan utama pihak JKKK Padang Jawa Petaling melaksanakan program ini.
Menurut Pengerusinya, Tn Haji Abdul Aziz Hj Barhan, program ini bertujuan untuk menghormati waktu maghrib yang merupakan waktu solat maghrib bagi umat Islam. Oleh kerana 99% penduduk Padang Jawa adalah berugama Islam , maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam menghormati ugama Islam apatah lagi apabila masuknya waktu solat. Secara tidak langsung, program ini juga akan mendidik para peniaga peniaga mendirikan solat maghrib pada waktunya apatah lagi ianya adalah solat Fardhu.
Ini secara langsung akan menyebabkan perniagaan tuan puan sekelian mendapat keberkatan dari Allah swt...katanya lagi.
Nazir Masjid, Ustaz Ahmad Zaki Arsad, pula memberi kefahaman akan perlunya menutup perniagaan menjelang waktu maghrib. Dalam tazkirah beliau, beliau memberi contoh di zaman rasulullah saw dan para sahabat dalam urusan jual beli. Beliau berharap agar para peniaga mematuhi arahan yang diberikan demi mencari keredhaan Allah swt.
Rata rata peniaga bersetuju serta menyokong program ini kerana berpendapat ianya adalah sesuatu yang amat baik apatah lagi Solat fardhu maghrib adalah perkara wajib.
Seorang peniaga makanan, Sdr Hisham Ismail, memberitahu bahawa beliau akan menunaikan solat di dalam kedai makannya untuk memberi contoh kepada masyarakat serta pekerjanya agar segera berhenti menjelang maghrib. Ini juga salah satu cara mendidik masyarakat di sekitar kampung ini...katanya...
Doakanlah semuga program ini berjaya. Ikhlas dari kami JKKK padang jawa Petaling

Sabtu, 6 Mac 2010

PROGRAM MESRA QARIAH MASJID

Jumaat - 5hb March 2010 - Masjid As Solihin Padang Jawa dengan kerjasama dari JKKK Padang Jawa Klang, Petaling serta MPP Zon 6, telah membuat satu program MESRA QARIAH MASJID AS SOLIHIN.
Menurut Ketua Biro Kebajikan Masjid As Solihin, Tn Hj Hisham parman, fungsi utama program ini adalah untuk memberi kemudahan kepada khasnya untuk golongan warga emas yang uzur sekitar Padang Jawa Klang dan Petaling. Dalam program ini, pihak Biro Kebajikan Masjid As Solihin ada menyediakan sebuah van yang bertujuan untuk mengangkut pergi dan pulang golongan warga emas untuk kemudahan bersembahyang Jumaat di Masjid As Solihin.
Menurut pemandu van yang ditugaskan, saudara Wak Mispan, Van ini akan mula bergerak ke rumah golongan warga emas yang menyertai program ini kira kira  45 minit sebelum masuk waktu zohor. dan selepas bersembahyang jumaat akan mengangkut pulang golongan warga emas ini.
Program peresmian program telah diadakan di dewan masjid as solihin pada hari Jumaat yang lalu. Dalam ucapan peresmian oleh Ahli Parlimen Shah Alam Tn hj Khalid Samad beliau mengucapkan syabas atas usaha gigih pihak masjid memberi kemudahan tersebut.
"Saya rasa ini adalah program yang pertama seumpamanya yang saya pernah lihat. Jesteru, saya amat amat menyokong program ini kerana sejajar dengan kehendak kerajaan negeri iaitu Negeri Berkebajikan apatah lagi dengan kehendak Islam. Islam menggalakkan umatnya saling tolong menolong antara satu sama lain dan ini adalah salah satu cara yang baik untuk membantu umat Islam yang lain. katanya.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi JKKK Klang dan Petaling, En Saian dan Tn Hj Aziz Hj Barhan, Pengerusi Surau Nurul Iman, En Abd Rahman Hj Jalil, Imam Masjid As Solihin Ust kamal Nasir.
Seramai lebih 70 orang golongan warga emas telah hadir dalam program selepas sembahyang jumaat ini bagi meraikan mereka. Jamuan khas juga diadakan sebagai menghargai serta mengingati golongan warga emas ini.
Antara Warga emas yang dikenal pasti menyertai program ini ialah, Tn Hj Idris, Tn Hj isa, Pak Chat, Pak Hassan, Saudara Kasyaf serta beberapa orang lagi.
Semuga program ini mendapat sokongan dari seluruh masyarakat serta salah satu usaha kearah mencari redha Allah agar kampung ini menjadi kampung di dalam naungan keberkatan dari Allah swt. Insya Allah.

NOTIS AWAM : PERLAKSANAAN PENUTUPAN GERAI / PREMIS PERNIAGAAN DI WAKTU MAGHRIB

NOTIS PEMBERITAHUAN

BERKUATKUASA MULAI 01HB APRIL 2010 DENGAN ARAHAN DARI TUAN NAZIR MASJID AS-SOLIHIN PADANG JAWA SELAKU KETUA AGAMA DI PADANG JAWA SERTA PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PADANG JAWA PETALING, SEMUA PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN SERTA GERAI GERAI PERNIAGAAN ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK MENUTUP PERNIAGAAN MEREKA SELAMA 20 MINIT BAGI MENGHORMATI WAKTU SOLAT FARDHU MAGHRIB.


OLEH YANG DEMIKIAN, PARA PENGGUNA PENGGUNA ADALAH DINASIHATKAN UNTUK TIDAK PERGI KE PREMIS PREMIS SERTA GERAI GERAI PERNIAGAAN PADA WAKTU TERSEBUT UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN MENUNAIKAN KEWAJIPAN SOLAT MAGHRIB.


Dengan Arahan,


1. Tuan Nazir Masjid As Solihin Padang Jawa
2. Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling


Selasa, 2 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PADANG JAWA PETALING

Ahad 28hb Februari, 2010 - Surau Nurul Iman, Jln Mat Raji Padang Jawa telah menganjurkan satu program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Padang Jawa Petaling pada hari Ahmad 28hb Februari 2010.
Program ini adalah yang kali kedua diadakan selepas kali pertama berjaya menganjurkannya tahun lalu.
Dalam program ini, sebanyak kira kira 10 buah badan badan NGO, Sekolah sekolah serta tadika telah menyertai perarakan yang diadakan pada pagi tersebut.
Antara yang turut serta ialah Sek. Rendah Agama Padang Jawa, Tadika Pasti Az Zahrah 1, 2 dan 4, Kelab Bani Az Zahrah, Taman Baru, Kumpulan Rewang Padang Jawa, PAS Padang Jawa Petaling serta Kumpulan Penanggah Padang Jawa.
JKKK Padang jawa Petaling juga telah tidak ketinggalan turut serta di dalam perarakan tersebut.
Dalam ucapan alu-aluan, Ketua kampung Padang Jawa petaling Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan berkata beliau bersyukur kerana program ini mendapat sambutan begitu hebat dari para penduduk setempat. Menurutnya, inisiatif yang dilakukan oleh pihak surau Nurul Iman ini adalah salah satu cara yang amat baik untuk memperingati hari Kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Beliau juga menyeru masyarakat agar sentiasa peka dalam kewajipan menurut perintah Allah swt sejajar dengan saranan yang di bawa oleh junjungan besar melalui Al Quran serta Hadith.
Program ini telah diresmikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Haji Khalid Samad. Beliau yang tidak dapat hadir atas sebab sebab tertentu memohon maaf atas ketidakhadiran beliau dalam program ini. Wakil beliau, ialah Tn Haji Jamil yang merupakan pegawai khas kepada Ahli Parlimen tersebut. Dalam ucapan peresemian, Tn Hj Jamil menyeru agar masyarakat memberi kerjasama serta bantuan kepada kerajaan dalam usaha kerajaan ke arah Negeri berkebajikan. Beliau turut menyatakan dasar dasar kerajaan negeri seperti skim warga emas, Tawas dan sebagainya demi memberi kefahaman kepada masyarakat yang sebahagiannya masih belum memahami sepenuhnya dasar dasar kerajaan kerana kekangan kekangan yang dihadapi.
Beliau juga menyeru masyarakat agar mencontohi Rasulullah dalam kehidupan seharian demi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
ADUN batu tiga juga sempat memberi ucapan ringkas beliau.  Pn Rodziah Ismail yang tiba lewat kerana terlibat dalam beberapa program lain turut mengucapkan syabas kepada AJK Surau Nurul Iman kerana telah berjaya menganjurkan program yang amat baik ini.
Sementara itu, Ceramah khas Maulidur rasul telah diasmpaikan oleh Yang Berbahgia Ust Hj Dzulkarnain Hj Hamzah. Beliau juga merupakan hos kepada program Kalam Suci yang disiarkan melalui Astro Oasis 106.
Dalam Ceramah beliau, beliau turut menekankan tentang cara cara sepatutnya sambutan Maulidur rasul diadakan. Antaranya ialah dengan membacakan selawat serta salam ke atas Nabi SAW menjelang hari kelahirannya. "Lakukanlah dengan bersungguh sunguh perkara ini, jangan lakukan sambil lewa sahaja dengan mengikut ikut rentak orang sahaja...katanya.
Kalau tuan puan hendak berzanji atau berselawat, berqasidah atau seumpanya , laungkanlah dengan penuh semangat kerana menurutnya, ini adalah salah satu cara untuk menggerunkan musuh musuh Islam. Sekiranya puak puak Kafir mendengarnya, mereka pasti akan merasa gerun dengan semangat serta keyakinan Orang Islam terhadap Islam serta Nabi.
Beliau turut menceritakan pengalaman beliau bertugas di Astro dalam membantu mengembangkan Islam serta Syiarnya di Bumi Malaysia. Menurutnya, Selangor menduduki rating tertinggi menyintai program program berbentu agama seperti Kalam Suci di Astro Oasis ini. Diikuti dengan Kelantan, Kedah. Negeri yang kurang meminati pula termasuklah Melaka, Negeri Sembilan, Johor.
Program ini telah berjaya mengumpulkan masyarakat sekitar 1,000 orang menyertainya. Sambutan menggalakkan ini memberi keyakinan kepada Pihak Surau Nurul Iman untuk menruskannya di masa akan datang. menurut Pengarah Program, Sdr Hairul Nayan, beliau rasa amat bersyukur di atas kerjasama oleh masyarakat di sekitar Padang Jawa dalam menjayakan program ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Para AJK AJK surau, Pihak JKKK serta semua yagn terlibat dalam membantu kami menjayakan program ini.
Program yang bermula jam 08.30 pagi ini berakhir sekitar jam 12.10 tengahari.
Salam.