PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

KATA KATA ALUAN



MOTTO KAMI "KEARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN"

KATA KATA ALUAN DARI PENGERUSI JKKK


Tn HJ Abdul Aziz Hj Barhan. Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling/Ketua Kampung Padang Jawa Petaling


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua ahli Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat atas usaha, dorongan dan komitmen semua di atas kewujudan dan pelancaran Buletin Desa Padang Jawa Petaling yang ulung kalinya ini. Peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buletin ini adalah amat dihargai.


Dengan kewujudan Buletin ini sememangnya tepat pada masanya yang sejajar dengan matlamat rangkakerja Biro yang merancang untuk merapatkan jurang digital di antara kaya maklumat (information-rich) dan kurang maklumat (information-poor).


Terhasilnya bulletin ini antaranya bertujuan juga meningkatkan kefahaman akan tugas dan tanggungjawab JKKK Kg Padang Jawa Petaling terhadap kampong agar tidak disalahertikan oleh penduduk penduduk.


Saya amat yakin dan percaya Buletin ini dapat meningkatkan ICT dan kefahaman yang asas terhadap tanggungjawab kami sebagai pemimpin di Kampung yang tercinta ini kepada kalangan semua penduduk tidak mengira kaum apapun dengan harapan meningkatkan kualiti hidup mereka tidak megira dari golongan yang tidak berkemampuan mahupun golongan yang mempunyai sedikit kelebihan.


Dengan mengintegrasikan penggunaan Buletin ini, diharap ianya dapat memberi maklumat yang berguna dan baik terhadap seluruh penduduk kampong ini dengan harapan agar apa yang kami lakukan ini diterima baik oleh penduduk seluruhnya.
Sehubungan itu, saya mengharapkan buletin ini dapat memberi banyak faedah bukan sahaja kepada kepada penduduk kampong ini, malah kepada pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan di tempat lain.


Di sini saya menyeru dan berharap agar-agar penduduk penduduk kampong ini bersama-sama membantu kami dalam usaha kami memajukan kampong ini. Selain ini kami tidak akan lupa terutama dalam aspek keselamatan serta kebajikan penduduk penduduk kampong. Kami sesungguhnya dengan sedaya upaya akan cuba membantu semua golongan yang muda mahupun yang tua, pelajar mahupun yang bekerja setakat kemapuan kami.


Harapan kami agar tuan tuan dan puan puan mengambil peluang atas usaha kami dengan membantu kami dalam program program yang kami cuba lakukan untuk penduduk kampong ini,


Akhir kata, saya mengharapkan kami dapat melakukan yang terbaik dan akan menjadi contoh kepada kampung-kampung lain di seluruh Malaysia, dan juga akan dikenali di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

PENGHULU MUKIM BUKIT RAJA


* TUAN ARDZMI BIN MOHD ATAN


SENARAI AJK AJK JKKK PADANG JAWA PETALING.


1. Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan (Pengerusi & Ekonomi)
Tel : 016-6941799


2. Sdr Shanrom Sazali Karman (Setiausaha & Ekonomi)
Tel : 012-3273850


3. Sdr Mohd Zahid Hj Borhan (Bendahari & ICT Maklumat)
Tel : 019-2467066


4. Sdr Hamdan b Abd Ghani (Keselamatan)


5. Sdr. Baharuddin b Hj Daud (Keselamatan)


6. En Zamanhuri Ibrahim (Kamal) (Eknomi)


7. Tn Haji Aidi b Ahmad (Biro Agama dan Pendidikan)


8. Pn Zaleha bt Md Yasin (Kebajikan)


10. Pn. Rahelah bt Arshad (Kebajikan)


11. Sdr. Mahfuz bin Othman (Kebajikan)


12. Sdr Mohd Razali bin Ahmad (Agama dan Pendidikan)


13. Sdr Abu Shah bin Hashim (Belia dan Sukan)