PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 26 Mei 2010

PABILA MANUSIA SUDAH HILANG PERTIMBANGAN

SHAH ALAM – Episod kekejaman manusia membuang bayi yang tidak berdosa masih berleluasa.
Terbaru, mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dan cukup sifat ditemui ditanam berhampiran landasan kereta api berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa, dekat sini, kelmarin.
Mayat itu juga seakan-akan ‘dikafankan’ dengan kain lampin dan ditanam sedalam hampir 0.5 meter.

'Kubur' itu ditemui seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membuat pemeriksaan di kawasan berhampiran dan terlihat longgokan tanah berbentuk kubur, kira-kira satu meter dari landasan kereta api.

Ketua Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Bukit Raja, Kapten Rela Roslan Yahya, 57, berkata, pekerja KTMB itu kemudian memaklumkan hal itu kepadanya sebelum beliau bersama pekerja itu dan seorang sukarelawan polis menggali 'kubur' itu kira-kira jam 9.15 malam.

“Semasa kami menggali, tiba-tiba darah terpancut keluar dari longgokan tanah.

“Kami terus memaklumkan penemuan itu kepada polis,” katanya kepada kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, sukarelawan polis, Nor Sharijan Mohd YusoF, 34, berkata, dia memeriksa bungkusan kain lampin itu dan terkejut apabila melihat mayat bayi masih bertali pusat.

“Saya lihat sendiri tangan, kaki dan mata bayi.

"Ternyata bayi itu baru dilahirkan dan bukannya digugurkan, malah pada kain lampin itu ada najis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 10.00 malam, kelmarin.

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian," katanya.

Blogger sendiri telah sempat pergi ke tempat kejadian padan malam tersebut sejurus menerima maklumat dari Sdr Jebat (Rela) kira kira jam 09.40 malam. Blogger melihat sendiri bagaimana kesan darah yang masih segar terpercik dari kuburan kecil tersebut. Ternyata bayi yang malang itu telah cukup sifatnya. Alangkah malangnya nasib bayi tersebut namun sipembuat pula terlepas begitu saja. Harap Harap pihak berkuasa dapat memberi perhatian baik kes ini bagi menjaga Nama Padang Jawa.
Semua manusia yang waras faham bahawa zina, membunuh jiwa adalah merupakan satu dosa besar, tapi bagaimana ini masih boleh terjadi...ternyata manusia sudah hilang pegangan agama......

Petikan sinar harian

Isnin, 24 Mei 2010

KULIAH BULANAN SIRI 2

Jumaat 14hb May 2010 - JKKK Padang Jawa petaling sekali lagi telah berjaya megadakan program kuliah bulanan siri yang kedua. Kuliah kali ini telah disampaikan oleh Yang Berbahgia Ustaz Azrul Hakim Suradi. Dalam kuliahnya, Ustaz Azrul Hakim telah menyentuh mengenai kemunduran yang berlaku di dalam Umat Islam masa kini samada dari segi kualiti kehidupannya, Ibadahnya serta cara hidupnya dan ini bukan saja menyentuh di Malaysia bahkan dunia amnya.

Menurut beliau satu ketika dahulu, Ibnu Sina adalah pelopor kepada dunia perubatan dunia. Namun kini ianya dikuasai oleh pihak Barat. Dr Yusuf Qardawi, berkata Umat Islam mesti menguasai kepakaran dari segi perubatan, sains dan teknologi dan sebagainya. barulah musuh musuh islam menghormati.
yang kedua, umat islam mestilah serius dalam sesuatu isu serta penyebaran agama Islam, berbanding kristian misalnya.
Ustaz Azrul juga menceritakan mengenai pengalamannya berjaya mengislamkan beberapa orang dan berharap dapat membantu perkembanggannya. Isu Kalimah Allah juga haru ditangani dengan baik oleh Pihak berkuasa untuk mengelakkan persepsi buruk orang bukan Islam.
Beliau juga menyentuh mengenai Judi yang sememangnya haram di sisi Islam telah diluluskan oleh Pihak Kerajaan  untuk tujuan Bolasepak Piala dunia dan dikatakan dapat memberi sumber pendapatan kepada Kerajaan. Jika di zaman Nabi dahulu, Saiyidina Abu Bakar As Siddiq sebagai contoh dikatakan telah memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan setelah mengetahui bahawa ianya diberikan oleh seseorang dari sumber yang haram. Begitu juga Nabi Muhammad Saw.
Beliau juga menambah jika judi bolasepak ini dihalalkan, beliau bimbang di masa akan datang, perkara haram yang lain juga akan dihalalkan seperti pelacuran, penzinaan, minum  arak dan sebagainya.
Ustaz Azrul juga berkesempatan menyeru kepada para perokok agar berhenti dari menghisap rokok kerana ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pendapatan pihak yahudi yang akhirnya digunakan untuk menindas mahupun membunuh umat Islam kembali. Lagipun, umum mengetahui keburukannya menghisap rokok yang boleh menyebabkan penyakit.

Dalam program ini juga pihak JKKK telah meraikan saudara Halim Redzuan, setiausaha MPP zon 6 yang akan berangkat ke Palestine untuk melakukan kerja kerja jihad. Sdr Halim akan berangkat bersama sama NGO NGO lain seperti dari Muslim Care, Jemaah Islah Malaysia JIM dan lain lain. Semuga beliau selamat pergi dan kembali ke Malaysia.

Sementara itu menurut Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz, beliau bersyukur kerana JKKK telah berjaya meneruskan Kuliah seperti ini buat kali keduanya. Di harap majlis nasihat dan ilmu seperti akan dapat diteruskan Insya Allah.

Jumaat, 21 Mei 2010

MISI KEMANUASIAAN KE PALESTINE : DOA BUAT SDR HALIM REDZUAN


Thursday, 20 May 2010 11:13 administrator .KUALA LUMPUR - Seramai lapan orang rakyat Malaysia yang mewakili beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlepas ke Istanbul dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.30 pagi Rabu bagi menyertai misi kemanusiaan Lifeline for Gaza. Di Istanbul, mereka akan menyiapkan barang-barang yang akan diangkut melalui jalan laut ke Gaza. Sdr Halim Redzuan yang merupakan Setiausaha MPP Zon 6 merangkap Setiausaha PAS Padang Jawa Petaling telah turut terpilih di dalam senarai 8 orang tersebut.

Pada 24 Mei, kesemua kapal yang menyertai misi ini (dianggarkan 10 buah) akan berkumpul di Antalya, sebuah bandar pelabuhan di selatan Turki sebelum dijadualkan bertolak ke Gaza keesokan harinya melalui Laut Mediterranean. Perjalanan dijangka mengambil masa 15 jam kecuali berlaku kelewatan disebabkan halangan atau perkara-perkara lain yang tidak diduga.

Anggota rombongan dari Malaysia ini merupakan wakil-wakil gabungan NGO yang terdiri daripada Haluan Palestin, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim Care, Yayasan Amal dan Aqsa Syarif. Selain itu, rundingan sedang dilakukan dengan Bernama TV bagi membolehkan seorang petugasnya menyertai misi ini sebagai wakil media.Menurut ketua misi yang juga Pengerusi Haluan Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin, wakil media amat diperlukan sebagai 'senjata' untuk memasuki Gaza. "Kita juga telah mendapat persetujuan daripada Radio IKIM yang akan membuat laporan dan lintas langsung misi ini setiap hari, yang siarannya mungkin dapat diikuti pada jam 11 malam. Selain itu, akhbar Sinar Harian juga akan menyiarkan berita perkembangan misi ini setiap hari juga," katanya. Noorazman mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 120 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada anggota rombongan.

"Inilah kali pertama wakil-wakil NGO bergabung tenaga menyertai misi ke Palestin. Ingatlah, setiap penglibatan yang kita lakukan adalah jihad. Mudah-mudahan ia menjadi amal soleh sebagai saham kita berjumpa Allah nanti. Kami mengharapkan doa daripada anda semua. Saya teringat (mafhum) kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bahawa apabila Palestin berada di bawah kekuatan Islam, seluruh dunia akan berada di bawah kekuatan Islam," katanya lagi. Menjangkakan kemungkinan berlaku senario sukar dalam usaha memasuki Gaza, sebuah pasukan pengurusan krisis telah ditubuhkan. Pasukan yang membuka bilik operasinya di Seksyen 17 Shah Alam ini juga terdiri daripada gabungan NGO dan bersiap sedia mengambil tindakan yang sewajarnya jika ditakdirkan berlaku perkara-perkara tidak diingini kepada anggota rombongan. "Bukanlah kita mengharapkan perkara buruk berlaku, tetapi kita bersedia untuk bertindak kalau ia berlaku," kata penyelarasnya, Zulhilmi. Beliau yang juga Timbalan Presiden Muslim Care turut membandingkan misi Lifeline for Gaza melalui laut ini seperti tentera Muhammad al-Fatih yang menawan Konstantinople 500 tahun lalu. "Walaupun kita pergi bukan untuk berperang tetapi kita bersedia menghadapi tentera Israel yang mungkin menyerang. Jadi, bersama-samalah kita memperbanyak mengerjakan solat malam untuk mendapatkan kekuatan." Kelmarin, kerajaan Israel telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghalang misi ini daripada memasuki wilayah Palestin tersebut.

Rombongan ini turut disertai oleh Dr Selamat Aliman yang mewakili JIM, Palestine Centre of Excellence (PACE) dan juga Aqsa Syarif. Beliau amat berharap misi untuk memasuki 'penjara terbesar di dunia' ini berjaya supaya wakil-wakil NGO dari yang terlibat dapat melihat sendiri kesukaran hidup yang dilalui oleh rakyat Palestin, seterusnya mengenal pasti bentuk projek yang mesti dilaksanakan segera. "Alhamdulillah, untuk misi Lifeline for Gaza ini kita telah menyerahkan sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin berjumlah RM200,000. Selain itu, kita juga mengadakan kutipan kilat selama 24 jam lepas bagi mengumpulkan wang tunai untuk diserahkan kepada penduduk Gaza secara langsung," kata Dr Selamat.Misi ini difokuskan untuk membawa peralatan dan bahan-bahan binaan ke Gaza.

Ia merupakan cubaan kedua beliau untuk memasuki Gaza setelah cubaan pertama pada awal tahun lalu melaui Rafah di sempadan Mesir-Gaza tidak berjaya. "Cubaan pertama dulu tidak diizinkan Allah, diharap kali ini berjaya. Tentang risiko menghadapi tentera Israel saya rasa semua orang faham, tetapi insya-Allah kita akan menghadapinya." Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa JIM ini menjelaskan, Israel memang diketahui bukan sahaja tidak membenarkan kemasukan bahan-bahan binaan, bahkan bahan-bahan keperluan asas turut disekat daripada memasuki Gaza. Oleh hal yang demikian, beliau berpesan kepada rakyat Malaysia supaya berusaha memahami kedudukan sebenar bumi Palestin dari sudut sejarah dan politik, kemudian menghulurkan sokongan dan doa yang berterusan untuk rakyat Palestin. Turut berucap pada malam itu ialah Setiausaha Agung JIM, Nahar Md Nor, Pengerusi Persatuan Mawaddah Islam Malaysia, Ustazah Maznah Daud, wakil Viva Palestina, Noorazian Anidin, wakil Yayasan Amal, Jamuliddin Elias, wakil kaum ibu untuk isteri-isteri yang ditinggalkan, Puan Afiah dan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Abdullah Sani. Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Alami.

Doa dari kami JKKK Padang Jawa Petaling akan sentiasa mengiringi pemergian Sdr Halim agar dipermudahkan segala urusan  serta terselamat dari kekejaman regim Zionis laknatullah.

BANJIR MENGEJUT......

Rabu - 18hb May 2010..Penduduk penduduk di Padang Jawa telah dikejutkan dengan bankir mengejut yang berlaku pada malam khamis yang lalu.
Banjir yang berlaku ini adalah disebabkan oleh air yang melimpah masuk ke dalam kampung dari sungai Klang yang terletak di belakang Kampung Jawa ini.

Sebelumnya, Pada petang Rabu tersebut hujan yang agak lebat telah turun sejak kira kira jam 4.30 petang. Adalah berkemungkinan besar hujan yang turun ini telah menyebabkan air naik di Sungai Klang tambahan pula secara kebetulannya air sedang pasang. Ini telah menyebabkan berlakunya banjir pada sebelah malamnya.

Banjir ini telah turut menenggelamkan beberapa buah rumah serta merosakkan barangan barangan perabut serta alat alat eletrik. Antara yang terlibat termasuk rumah Puan Ana yang terletak berhadapan Surau Nurul Iman. Menurut beliau, pada ketika air naik, beliau baru sahaja pulang dari bertugas. Saya sungguh terkejut kerana tidak menyangka hujan pada petang tersebut menyebabkan banjir. Bagaimanapun , barangan dirumah saya sempat saya selamatkan.

Badan bertindak JKKK sendiri turut membantu para penduduk dari menjadi mangsa banjir. JKKK telah membuka serta merta pusat bilik gerakan banjir bagi memudahkan para penduduk membuat lapuran serta mendapatkan surat pengesahan. Turut hadir adalah Penghulu Mukim  Bukit Raja, Tok Arzmi bin Mohd Atan.

Khamis, 13 Mei 2010

PROGRAM ZIARAH......

12hb May 2010 - Hari ini  05hb May 2010, 2 lagi keluarga telah sempat kami ziarahi di dalam program ziarah kami anjuran Biro kebajikan JKKK. Kami telah sempat mengunjungi rumah Puan Rahmah yang terletak di Lot 634D, Jalan Mat Raji.
Seperti biasa dalam kunjungan kami telah sempat beramah mesra serta memberi sedikit sumbangan barangan keperluan seharian.

Rumah kedua yang kami kunjungi adalah rumah Puan Ainon di Lorong Jasa. beliau yang mengalami keuzuran mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan serta berharap kunjungan ini bukan yang terakhir. Selain keperluan asas, Pihak JKKK juga telah sempat sedikit bantuan kewangan bagi memberi kelegaan kepada beliau.

Seterusnya pada 12hb May 2010, kami telah sempat mengunjung 2 lagi keluarga yang baru saja mengalami musibah berubah kematian ahli keluarga. Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah kepada Allahyarham Sdr Amran bin Sidek. Allahyarham adalah merupakan penduduk asal kampung ini. Balu Allahyarham, Pn Naimah yang juga ibu kepada 2 orang anak ini melahirkan ucapan terima kasih atas kunjungan Pihak JKKK serta berharap keperhatinan seperti ini adalah satu yang baik buat keluaganya yang baru kehilangan Suami serta bapa.

Rumah terakhir yang kami kunjungi adalah rumah Allahyarham Sdr Razali b Umar terletak di lorong Tok janggut. Beliau adalah merupakan bekas kakitangan UiTM Seksyen 17 Shah Alam sebelum meninggal dunia pada 6hb may yang lalu.

Bagi pihak keluarga beliau, Balu Allahyarham Pn Seri mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan pihak JKKK serta sumbangan yang diberikan.

gambar menyusul.

SEMINAR PELAJAR UPSR DAN PMR SIRI 2


Satu seminar pelajar pelajar UPSR dan PMR siri yang ke 2 telah diadakan di dewan MPP Zon 6, Seksyen 17 Shah Alam pada 9 hb May, 2010 yang lalu.

Program kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 65 orang peserta dari kalangan pelajar pelajar yang menetap di sekitar Padang Jawa Petaling dan Padang Jawa Klang. Seminar kali ini juga terus menampilkan kerjasama yang erat di antara institusi pengajian awam yakni UiTM, Shah Alam. Di antara fakulti yang terlibat adalah dari fakulti Matematik yang melibatkan seramai 16 orang pelajar UiTM yang juga bertindak sebagai facilitator program.

Program bermula sekitar jam 09.00 pagi. Di antara pengisian program ini termasuklah cara cara memotivasikan diri untuk mentelaah matapelajaran serta cara cara mudah untuk belajar. Para pelajar juga telah diberikan motivasi diri dengan cara syarahan kearah menjadi insan yang baik.
"Kenangilah jasa kedua dua ibu bapa kita yang bersusah payah mendidik dan membesarkan dengan titik peluh mereka. Ada yang bekerja kilang, bertani, sebagai drebar dan sebagainya namun mereka tidak kisah asalkan anak anak berjaya"...kata salah seorang fasilitator, Cik Adlin.
Ternyata program ini telah memberi motivasi tambahan kepada peserta sehingga ada yang tidak segan silu menangis mengenang jasa ibu bapa.

JKKK selaku penganjur turut membantu dalam penyediaan program seperti perkakasan, hidangan pagi serta tengahari serta dewan.
Menurut Pengerusi JKKK, Hj Abdul Aziz Barhan, diharap program seperti ini akan dapat membantu pelajar menjadi insan yang lebih sempurna serta berjaya di dalam peperiksaan dan kehidupan di masa hadapan. Beliau juga berharap program seperti ini dapat terus di adakan di masa masa akan datang.

Program berakhir sekitar jam 05.00 petang.