PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 28 Januari 2010

PENGUMUMAN : BANCIAN ANAK KARIAH

Surau Nurul Iman dengan kerjasama JKKK Padang Jawa petaling sedang mengadakan bancian Anak Kariah Padang Jawa Petaling. Tujuan utama Bancian ini adalah untuk mengenal pasti jumlah penduduk penduduk di dalam Kariah Padang Jawa Petaling.
Dengan adanya jumlah keseluruhan penduduk, akan dapat membantu pihak kami mengenal pasti jumlah sebenar penduduk dalam usaha kami memohon kemudahan untuk penduduk penduduk.
Kerjasama dari seluruh penduduk amat amat diperlukan.

PROGRAM BIRO KEBAJIKAN DITERUSKAN

Rabu 27hb Januari 2010 - Biro Kebajikan JKKK telah meneruskan program ziarah dan kali ini ke rumah seorang warga emas serta warga yang sedang mengalami keuzuran.
Turut serta dalam program ini ialah Pengerusi MPP Zon 6 Sdr Zulkifli Mohd Nani, serta Ketua PAS Padang Jawa, Tn Haji Hisham Parman.
Kunjungan pertama ialah kerumah Tn Hj Selamat di Jalan Mat Raji. Dalam kunjungan tersebut JKKK turut menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur untuk kegunaan seharian. Tn Haji Selamat mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak JKKK menziarahi beliau serta telah menitiskan airmata kerana rasa terharu. Menurut beliau inilah julung julung kalinya pihak berwajib menziarahi beliau yang merupakan warga asal kampung.
Kunjungan kedua ialah kerumah saudara Husin yang terletak di Lorong Wak Joko. Beliau yang sedang uzur akibat penyakit buah pinggang juga telah diberi bantuan berupa barangan keperluan seharian serta produk kesihatan untuk kegunaan beliau.
Menurut ketua Biro kebajikan, Sdr Mohd Nasir program ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka dalam meringankan beban dari apa yang sedang mereka alami.
Insya Allah, program kebajikan ini akan kami teruskan dari masa ke semasa.
Gambar menyusul

Khamis, 21 Januari 2010

PROJEK MENTERNAK IKAN KELI


AHAD 17hb Januari 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah dijemput khas dalam program yang dianjurkan oleh PAS padang Jawa Petaling. Program iaitu PROJEK MENTERNAK IKAN KELI itu adalah julung  julung kalinya diadakan di Padang Jawa.
Menurut Ketua PAS Padang Jawa Petaling, Tn Hj Hisham Parman, program ini adalah dikhaskan kepada golongan remaja serta belia di sekitar Padang Jawa. Antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara cara menternak ikan khasnya ikan keli. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu peserta peserta memahami cara cara menternak ikan yang betul.
'Matlamat utama kami ialah ini sedikit sebanyak akan dapat memberi ilmu kepada golongan belia ini tentang cara menternak ikan selain mengisi masa lapang yang terluang di kalangan mereka dengan perkara perkara berfaedah. Ini akan mengelakkan mereka dari melakukan kerja kerja tidak berfaedah seperti merempit, melepak dan s ebagainya". "Kami juga bermatlamat untuk menjadikan dikalangan mereka ini menanam minat berniaga serta mengajar mereka selok belok perniagaan yang betul. Kami juga akan membantu mereka dari segi penjualan serta pemasaran apabila ikan tersebut mencapai tempoh matang dengan mereka turut terlibat sama sama".
Diharap dengan adanya program seperti ini akan lahirlah golongan peniaga peniaga yang berjaya disekitar padang Jawa di masa akan datang.
Sementara itu, dalam ucapan alu aluan, Ahli Parlimen Shah Alam Hj Khalid Samad menyarankan kepada golongan remaja ini agar istiqamah, tekun dan gigih dalam projek membela ikan keli ini. beliau menyeru mereka menanamkan semangat kerjasama yang kukuh secara kelompok agar hasilnya dapat dirasai bersama sama. " Diharap jangan ada yang mengambil kesempatan dari penghasilan projek ini" ujarnya.
Wakil JKKK, Sdr Mahfuz Othman pula mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS kerana telah berjaya merealisasikan program yang baik seperti ini. Beliau berharap program ini menjadi perintis terhadap program program yang bersifat perniagaan agar dapat membentuk golongan belia dan remaja ini kearah kebaikan.

Jumaat, 15 Januari 2010

PENGUMUMAN

JKKK Padang Jawa Petaling akan mengadakan Program Tuisyen Rakyat ke 2 yang akan bermula pada bulan Februari 2010. Lokasinya adalah di Bilik Gerakan JKKK Padang Jawa Klang. Kepada yang berminat diminta supaya menghubungi Sdr Mahfuz Othman no H/P 019-6068839 untuk pengesahan tempat kerana penyertaan adalah terhad kepada 25 orang peserta sahaja.  PROGRAM INI DIBERI SECARA PERCUMA.....dengan kriteria kriteria tertentu yang akan terpilih.

PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

PENDAHULUAN
Program Tuisyen Rakyat adalah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat, menyempurnakan definasi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.

DASAR
Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.  Untuk pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan kurang RM2,000.

OBJEKTIF
Menyempurnakan dan merealisasikan dasar kerajaan negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) , membantu rakyat yang berpendapatan kuran RM2,000 untuk pendidikan terbaik untuk anak mereka, membuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat di kawasannya, membantu memantapkan jatidiri pelajar, mengurangkan gejala social melalui program program sokongan dan memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.

Rabu, 13 Januari 2010

GOTONG ROYONG TAHUN BARU





Sabtu 10hb Januari 2010 - Sebagai permulaan tahun baru 2010, JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama MPP Zon 6, Surau Nurul Iman serta belia Padang Jawa telah berjaya mengadakan program gotong royong pada 10hb Januari yang lalu.
Kira kira 70 - 80 penduduk sekitar telah turut serta dalam program tersebut bertempat di Surau Nurul Iman yang bermula seawal 08.00 pagi lagi.
Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz Barhan, tujuan utama program ini adalah untuk membersihkan kawasan sekitaran terutamanya kawasan laluan motorsikal dan basikal ke Seksyen 17 Shah Alam.  Lain lain kawasan yang turut dibersihkan termasuklah Surau Nurul Iman serta kawasan tempat rekreasi dan riadah berhadapan gerai MBSA.
MPP Zon 6 telah membantu dari segi peralatan termasuklah cangkul, carik, penyapu dan lain lain lagi, malah penduduk penduduk setempat turut menyumbang dari segi barangan dalam menjayakan program ini.
Seorang peserta, Sdr Mohd Shariff Marzuki menyatakan bahawa program ini dapat memupuk semangat serta ukhwah yang baik dikalangan jemaah surau dan penduduk setempat.
"Harap pihak pihak berwajib mengadakan banyak lagi program program seperti ini kerana ia sangat bermanafaat bukan sahaja dari segi kebersihan malah ianya adalah tuntutan dalam agama:. katanya lagi.
Sementara itu Pengerusi MPP Zon 6, dalam ucapan ringkasnya mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat kerana telah memulakan tahun baru 2010 dengan program yang sangat baik ini. " Insya Allah segala kerja kerja tuan tuan ini adalah sangat bermanafaat tapi yang lebih penting apabila bertemu Ilahi kelak muga muga ianya akan menjadi penebus kepada tuan tuan kelak. Hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan tuan tuan semua.." katanya.
Turut hadir iallah Ketua PAS Padang Jawa Petaling Hj Hisham Parman serta Pegawai Khas ADUN batu tiga, Sdr Naim Jusri.
Program tamat sekitar jam 12.00 tengahari.

Isnin, 4 Januari 2010

BACK TO SCHOOL 2010

Hari ini 30-12-2009 Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah dapat menjayakan satu lagi program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor. Seramai lebih satu ribu murid-murid di Kawasan DUN Batu Tiga telah menerima sumbangan berupa beg sekolah dan peralatan menulis. Yang Berhormat Puan Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi yang mewakili kerajaan Negeri Selangor telah meluangkan masa menyampaikan sumbangan tersebut kepada penerima sumbangan bertempat di Stadium JKR Seksyen 19 Shah Alam.

Dalam ucapannya beliau menjelaskan bahawa sumbangan ini adalah sebagai galakkan kepada murid-murid sekolah untuk terus berjaya didalam pelajaran. Beliau juga menasihat supaya setiap ibu bapa mengambil perhatian yang serius terhadap pembelajaran anak-anak. Kerajaan Negeri Selangor juga sedang merancang untuk memperbanyakkan lagi program yang berbentuk bimbingan seperti Pusat Komuniti Wanita yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Tujuannya adalah untuk membimbing wanita atau isteri-isteri mempelajari kemahiran yang boleh membantu ekonomi keluarga. Terbuka kepada semua wanita samaada yang berkerja atau yang tidak bekerja.

Kepada belia-belia , setiap MPP dikehendaki untuk mengadakan aktiviti belia seperti sukan, pembelajaran dan sebagainya yang mendatangkan faedah kepada belia-belia. Pada peringkat permulaan dua Pusat Cyber Rakyat akan ditubuhkan bermula awal tahun 2010 bertempat di Kg. Kuantan Klang dan Seksyen 19 Shah Alam. Beliau berhasrat besar untuk menjadikan DUN Batu Tiga sebagai Pusat Jati Diri.
Dalam program tersebut Ahli Parlimen Shah Alam Yang Berhormat Tuan Hj. Khalid Samad juga turut hadir serta menyampaikan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor yang telah dapat memenuhi impian rakyat keseluruhannya. Beliau juga menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak ketandusan kewangan. Berbagai sumbangan telah dapat di salurkan kepada rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas, Tawas, Hadiah Pengajian IPT, 20 Meter Air Percuma dan lain-lain. Ini semua adalah untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Negeri Selangor. Mengenai sumbangan beg sekolah, ini adalah sebagai satu galakkan kepada anak-anak untuk belajar lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan cemerlang.






ihsan jkkk klang