PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 20 September 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Barisan AJK JKKK Kg Padang Jawa Petaling mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATHIN. Semuga Hari Raya ini dapat menambahkan lagi keimanan serta ibadah bulan Ramadhan akan diteruskan di bulan mendatang.

IKHLAS DARI KAMI

KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN ANAK YATIM










Majlis Khatam al Quran di Bulan Ramadhan yang mulia ini telah di adakan pada hari Ahad 12hb Ogos yang lalu. Seperti tahun tahun sebelum, majlis ini diadakan sempena khatam bacaan bertadarus alquran yang telah diadakan di Surau Nurul Iman sepanjang malam di bulan ramadhan ini.

Seramai dua belas orang Pentadarus al quran yang dibimbing oleh Al Fathil Ustaz Mohd Syahiidd Tusiran Iskandaraniy telah meneri sumbangan sebagia tanda penghargaan dari pihak pengurusan Surau. Sesungguhnya, hanya Allah swt sahaja yang akan memberi ganjaran baik kepada semua yang mengambil bahagian serta semua yang terlibat.

JKKK padang Jawa Petaling turut memberi kerjasama dalam majlis ini . dan dalam majlis ini juga golongan Anak Anak yatim serta ibu ibu tunggal telah diraikan. Pihak surau dengan bantuan masyarakat yang telah sudi menghulurkan bantuan telah memberi sedikit sumbgan berupa wang sumbangan kepada mereka. Dengan cara ini dapatlah mereka meraikan aidil fitri yang bakal menjelang dengan perasaan gembira.

Semuga ianya dimanafaatkan dengan baik. Pihak Surau juga meraikan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama sama . Program diteruskan dengan Tazkirah ringkas oleh al Fathil ustaz Syahiidd diikuti dengan Solat Isyak, Terawih serta moreh bersama sama,

WARGA ISTIMEWA TERUS DIBANTU...






Satu lagi program sumbangan khas buat warga warga istimewa sekitar Kampung Padang Jawa terus diadakan. kali ini datangnya dari Parti Islam SeMalaysia Kawasan Shah Alam. Program ini mendapat kerjsama sepenuhnya dari JKKK Padang Jawa Petaling dan Klang.

Seramai kira kira 60 orang golongan warga miskin telah dibantu dengan memberikan sedikit sumbangan menjelang sambutan aidil fitri yang mulia ini.

Antara sumbangan yang diberikan ialah berupa barangan keperluan seharian seperti Beras, Tepung Gula, Sos, Kicap, minyak masak dan lain lain lagi. Antara yang hadir adalah Ahli Majlis MBSA Tuan Haji Halim Md Redzuan, serta Pegawai Kanan Ahli Parlimen iaitu Tuan haji Jamil.

Mereka turut menyampaikan sumbangan kepada golongan ini. Semuga program seperti ini dapat diteruskan.

MAJLIS SUMBANGAN KEPADA WARGA ISTIMEWA...












01hb Ogos 2012 - Satu program yang dianjurkan oleh Exco Wanita dan Jawatankuasa tetap kebajikan, Kerajaan  Negeri Selangor telah diadakan pada 1hb Ogos yang lalu.

Program tersebut yang diadakan di perkarangan Masjid As Solihin adalah dengan kerjasama dari Badan badan yang terdiri dari JKKK padang Jawa Petaling serta Klang serta Masjid As Solihin sendiri.
Program ini adalah bertujuan untuk menyerahkan sumbangan Ramadhan kepada golongan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Kampung padang Jawa ini seperti  golongan miskin, Orang Kurang Upaya dan lain lain agar mereka dapat bersama sama masyarakat men yambut aidil fitri dengan gembira.

Seramai lebih 200 orang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Hajah Rodziah Ismail serta YB Hj Khalid Samad.  Para penerima sumbangan juga diraikan di dalam satu majlis berbuka puasa bersama sama dengan warga Masjid As Solihin. Program diteruskan dengan Solat maghrib serta Tazkirah Ramadhan diikuti dengan Solat Terawih dan Moreh serta Bertadarus Al Quran.

Alhamdullilah semuga program program seperti ini diteruskan kerana program yang baik ini tentunya mendapat keberkatan dari Allah swt.

WARGA EMAS DIRAI.....

 


Jumaat 20hb Julai 2012 - Satu Lagi program telah diadakan pada Jumaat 20hb Julai yang lalu. Bertempat di Dewan Mesyuarat Masjid As Solihin, telah berlangsung satu program meraikan warga warga emas di sekitar Kampung Padang Jawa Klang dan Petaling.

Program ini adalah program anjuran bersama sama Masjid As Solihin, JKKK Padang Jawa Petaling dan juga Klang. Program diadakan selepas sahaja selesai Solat Jumaat dimulakan dengan ucapan alu aluan dari Tuan Nazir Masjid serta Kedua Kedua Ketua kampung. Turut Hadir ialah Ahli Parlimen Sha Alam, Tn Haji Khalid Samad.

Warga Warga emas turut disajikan dengan makan tengahari yang disediakan oleh Penganjur.

PROGRAM SUMB. RAMADHAN ANAK ANAK YATIM







Surau Nurul Iman Jalan Mat Raji Padang Jawa dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah menganjurkan satu program Sumbangan menjelang ramadhan pada 14hb Julai yang lalu. Sumbangan tersebut adalah dikhaskan kepada golongan anak anak yatim sekitar Padang Jawa.

Program dimulakan dengan Solat Maghrb diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Al Fathil Ustaz Mohd Syahiidd...Imam Surau Nurul Iman. Diteruskan dengan ucapan dari Penasihat Surau Nurul Iman serta Pengerusi surau . Turut hadir serta menyampaikan sumbangan ialah Tuan Hj Abdul Halim Redzuan yang merupakan Ahli Majlis MBSA MPP Zon 6 Shah lam.

Jamuan turut disediakan.

Rabu, 19 September 2012

BUBUR LAMBUK RAMADHAN




Seperti tahun tahun sebelum ini, program bubur lambuk diteruskan sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Kali ini JKKK telah bersama sama dengan Surau Nurul Iman untuk menyumbangkan bubur lambuk kepada masyarakat Padang Jawa.

Setiap hujung minggu JKKK akan mengambil bahagian pada hari Sabtu untuk memasak bubur lambuk manakala pihak Surau Nurul Iman akan memasak pada hari ahad.

Alhamdullillah program berjalan baik dan mendapat sambutna baik masyarakat. Blogger berpendapat program kemasyarakatan seperti ini akan diteruskan selagi mendapat mandat dari masyarakat Insya Allah.

Selasa, 18 September 2012

KULIAH LAGI DI LOT 622








Satu lagi program Kuliah Lorong pada 1hb Julai yang lalu. Kuliah kali ini di adakan di Lorong Lot 622 ataupun juga dikenali sebagai Lorong Yus. Seperti sebelum ini, program dimulakan dengan Maghrib bersama sama penduduk lorong tersebut diikuti dengan bancaan doa dan yasin dan Isyak.

Program Kuliah dimulakan selepas Isyak dengan diterajui oleh yang Berbahgia Ustaz Hj Kamal Nasir Roslan, Imam Masjid As Solihin Padang Jawa. Peringatan dan ilmu ilmu yang sampaikan haruslah diambil sebagai cara kehidupan kerana dengan cara ini akan menjamin keredhaan serta kebahagiaan dari Allah swt Dunia dan akhirat.

Tidak ketinggalan juga penyampaian sumbangan kepada golongan miskin seperti sebelim ini. Alhamdulliah. Pihak JKKK, Surau Nurul Iman, serta MPP Zon 6 ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian sdr Ahmad Yusaini mengizinkan rumah beliau dijadikan tempat majlis tersebut. Hanya Allah sahaja yang akan membalas budi beliau.