PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 28 Jun 2010

PERTEMUAN BERSAMA RELA

Rabu - 23 June 2010 - Satu pertemuan dengan Ikatan relawan (RELA) telah diadakan pada 23hb June yang lalu. Pertemuan yang diadakan di Bilik Gerakan JKKK padang Jawa Petaling itu adalah bertujuan untuk saling kenal mengenali serta beramah mesra di antara AJK dari JKKK dan RELA.

Antara yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Kapten (B) Roslan selaku Ketua Rela Mukit Bukit Raja beserta 10 orang pegawai Platun dari RELA. JKKK padang Jawa Petaling pula di wakili oleh Pengerusi TN Hj Abdul Aziz Hj Barhan Sdr Shanrom selaku setiausaha serta barisan AJK AJK semuanya termasuk dari AJK Biro Keselamatan.

Dalam sessi penerangan yang turut diadakan pada malam tersebut, Kapten Roslan telah memberi penerangan kepada semua mengenai fungsi sebenar RELA serta tugas serta tanggungjawab yang dipikul oleh RELA selaku anggota tambahan ataupun backup kepada keselamatan samada di peringkat kampung, Negeri mahupun Negara.

Antara tugas tugas RELA khasnya di Padang Jawa ini termasuklah menjaga keselamatan Kampung seperti mencegah kecurian, samun, khalwat, kawalan lalu lintas, Kawalan Pasar Malam malah banyak lagi tugas tugas tambahan jika mahu dicatitkan disini.

Menurut Kapten (B) Roslan, beliau menghulurkan salam perkenalan serta persahabatan kepada JKKK padang Jawa Petaling dan pada masa yang sama mengalu alukan kesudian pihak JKKK yang mahu bekerjasama dengan pihak RELA dalam menjaga keselamatan kampung. Beliau juga mengalu-alukan langkah pihak JKKK yang menggalakkan ahli ahlinya terutamanya dari biro keselamatan agar menyertai menjadi anggota RELA kerana dengan cara ini, kerjasama erat akan terjalin dan menghasilkan natijah yang lebih baik demi kebaikan kampung bersama.

Pengerusi JKKK, Tn Hj Abd Aziz turut mengalu alukan kesudian pihak RELA untuk saling duduk bersama JKKK walaupun berada di bawah pentadbiran yang berbeza. Ini katanya sebagai satu langkah bijak demi mendapat kesenambungan yang baik dalam menjana kehidupan masyarakat kampung yang lebih baik serta aman insya Allah..katanya. Akhirnya beliau juga berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan agar jalinan kerjasama ini dapat membawa kampung ke era yang lebih maju dan berdaya saing.

Pertemuan ditamatkan sekitar jalm 11.00 malam serta jamuan turut diadakan.

Isnin, 21 Jun 2010

Sabtu 19hb June, 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling sekali lagi telah berjaya menganjurkan program Kuliah bulanan yang diadakan di Dataran Hj Borhan, Lot 634D, pada 19hb June, 2010 yang lalu.

Program Kuliah kali ini menampilkan Al Fathil Ustaz Kamal Ashaari selaku penceramah bebas jemputan. Dalam kuliah yang diberikan oleh beliau menekankan perlunya setiap hamba Allah mengingati mati. Antara intipati utama dalam siri kuliah beliau adalah :
1. Setiap Hamba Allah mestilah berpegang teguh dengan Tali Allah yakni agama Islam. Janganlah kamu mati melainkan dengan berpegang teguh dalam Islam.
2. Fikirkanlah apa yang perlu di bawa balik sebelum kamu mati. bermaksud apakah bekalan yang diperlukan untuk persiapan apabila bertemu Allah swt. iaitu Pahala. Maka dari itu untuk emndapat pahala maka lakukanlah kebaikan, kebajikan, amalan, sedekah jariah dan sebagainya demi mencari redha Allah.
3. Carilah Ilmu yang bermanafaat ..iaitu ilmu yang mampu membawa kita kepada redha Allah samada Ilmu Dunia mahupun Ilmu ilmu akhirat.
4. Doa dari Anak yang soleh. Bermaksud perlunya kita mendidik anak anak kepada beriman kepada Allah swt. agar suatu masa nanti apabila kita telah kembali ke rahmatullah, anak anak itulah yang berperanan serta mampu mendoakan buat kita. Berilah tanggungjawab kepada anak anak agar bijak dalam kehidupan serta bermasyarakat samada untuk dunia mahupun akhirat. Sekurang kurangnya anak anak mampun menguruskan jenazah apabila kita mati kelak.

Al Fathil Ustaz juga menyarankan kepada jemaah sekelian agar mengambil kesempatan kehangatan Piala Dunia ini dengan melakukan sembahyang sembahyang seunat malam serta bertahajud. Daripada kita leka tan tidur menunggu Perlawanan bolasepak, adalah lebih baik jika sekiranya kehangatan Piala Dunia ini ditambah dengan bersembahyang malam. Kerana ini adalah peluang yang terbaik dan sesungguhnya bukan mudah untuk bangun malam...katanya lagi. Beliau juga menyarankan agar para jemaah mengamakan satu lagi ibadah iaitu mengamalkan sentiasa berwudhu dalam setiap masa. Ini akan dapat membantu agar kita sentiasa dalam ibadah.

Semetara itu, pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Barhan melahirkan kesyukuran kerana masih dapat terus menganjurkan program seperti ini. Beliau juga mengharapkan kepada seluruh masyarakat agar dapat terus memberi sokongan serta kerjasama demi meneruskan program ini. Sesungguhnya ini adalah salah satu program kami dalam mendidik masyarakat  ke arah hidup serta mengamalkan cara hidup Islam yang baik..katanya lagi. Beliau juga menyeru kepada Wakil Wakil lorong agar membantu pihak JKKK untuk mengadakan program program seumpama ini di lorong lorong mereka sendiri.

Makanan serta minuman turut disediakan untuk jamuan kepada seluruh masyarakat. Program berakhir sekitar jam 11.00 malam. Alhamdullillah.

KEBAJIKAN TERUS MENJADI AGENDA UTAMA

Khamis - 17hb June 2010 Kebajikan penduduk penduduk Padang Jawa terus menjadi agenda utama JKKK Padang Jawa Petaling terutamanya golongan yang uzur, golongan warga emas mahupun dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Jesteru itu, JKKK Padang Jawa Petaling mengorak langkah meneruskan program kebajikan mereka dengan menziarahi golongan golongan ini. Terdapat sedikit kelainan di dalam program kali ini dimana buat pertama kalinya pihak JKKK telah turut diserta oleh anggota sayap dari Parti Islam Semalaysia. Iaitu Dewan Muslimat PAS kawasan Shah Alam, yang diketuai oleh Pn Hajah . Turut bersama sama beliau ialah seramai 5 orang anggota Dewan Muslimat. Program yang bermula sekitar jam 10.00 pagi itu telah turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Haji Abdul Khalid Samad.

Sejumlah enam buah keluarga telah sempat diziarahi oleh JKKK dan Dewan Muslimat. Kami telah mengunjungi rumah Puan Azizah serta Puan Hindon yang terletak di Lorong Tebu, Jalan Mat Raji. Alhamdullillah kunjungi diterima baik oleh tuan rumah serta mengucapkan kesyukuran atas kesudian kami mengunjungi serta memberi sedikit bantuan barangan keperluan kepada mereka.

Seterusnya kami telah bergerak ke Lot 624, Jalan Mat Raji. Terdapat sebuah keluarga yang mempunyai 4 orang anak iaitu Puan Aminah. Beliau yang mengalami masalah penyakit lumpuh telah sempat meluangkan masa menerima kehadiran kami. Beliau dengan nada ceria amat berbesar hati atas kunjungan kami dan mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak JKKK dan Dewan Muslimat menghulurkan bantuan dalam meringankan bebanan kehidupan, Alhamdullillah.

Rumah ke 4 dalam kunjungan kami ialah ke Lorong Yus di Lot 2572. Terdapat seorang ibu tua yang keseorangan di dalam rumah sewaktu kunjungan kami itu. Ibu tua tersebut, Puan Mahani menyatakan bahawa anaknya pada ketika ini seang keluar bekerja dan beliau memang sudah biasa berseorangan pada waktu ini. Beliau yang mengalami masalah lumpuh, kencing manis dan darah tinggi melahirkan terima kasih atas kesudian kami mengunjungi serta memberi sedikit bantuan kepada beliau. Adalah sesuatu yang menyentuh perasaan dan memilukan melihat suasana kehidupan beliau yang serba daif itu. Semuga Allah memberi kemurahan rezeki dan kesihatan kepada beliau.

Seterusnya konvoi bermotosikal kami telah singgah ke Jalan Muhibbah Padang Jawa. Kami mahu mengunjungi sebuah keluarga warga emas yang terletak di Jalan tersbut. Rumah kecil yang dipenuhi dengan tanaman seperti sayuran (termasuk anggur) itu dimiliki oleh Puan Faridah. Alhamdullilah kunjungan kami diterima baik dan seterusnya bantuan dalam bentuk yang sama telah diberikan.

Kunjungan terakhir kami pada pagi ini ialah kerumah Puan Marini yang terletak di Kampung Rimba Jaya. Rumah beliau terletak di belakang klinik Krishna. Dalam kunjungan kami, telah sempat menziarahi ibu beliau yang telah agak lama terlantar sakit. Seperti kebiasaan dalam kunjungan kami ke rumah rumah yang sebelumnya, kami sempat menghulurkan bantuan ringkas serta diakhiri dengan bacaan doa.

Menurut Ahli Parlimen, Tn Hj Abdul Khalid Samad, diharap kunjungan yang baik dan murni ini dapat diteruskan serta diperbanyakkan lagi dalam usaha usaha kebajikan yang menjadi agenda utama JKKK sendiri. Selain itu, kunjungan seperti ini tentunya dapat mengeratkan tali siratulrahim serta dapat saling kenal mengenali di antara masyarakat kampung dengan AJK JKKK dan Dewan Muslimat PAS sendiri mahupun Ahli Parlimen sendiri. Dengan cara seperti ini, pihak masyarakat akan mempunyai sikap mesra dan secara tidak langsung akan suka untuk merujuk sesuatu masalah kepada pihak JKKK sekiranya mereka mempunyai masalah ataupun kesusahan....katanya lagi.

Manakala itu, Ketua Biro Kebajikan Masjid As Solihin, Tn Hj Hisham Parman menyeru kepada masyarakat kampung terutamanya dari golongan yang miskin, Orang Kurang Upaya mahupun warga emas agar tidak segan silu menemui Pihak Pengurusan Masjid As Soihin sekiranya mempunyai sebarang masalah terutamanya dalam soal kebajikan. Pihak Masjid akan sebaik mungkin membantu kepada merka mereka yang memerlukan dengan harapan agar usaha ini akan mendapat membantu mereka serta mendapat keredhaan dari Allah swt.

Program ini berakhir sekitar jam 12.00 tengahari.

Alhamdullillah, kunjungan ini telah sedikit sebanyak membuka ruang kefahaman serta sikap keterbukaan samada pihak JKKK mahupun pihak masyarakat dalam menangani sesuatu masalah terutamanya soal kebajikan masyarakat.

Rabu, 16 Jun 2010

AKTIVIS KEMANUSIAAN MAVI MARMARA DIRAI

Selasa -  15hb Jun 2010 - Aktivis Aktivis kemanusiaan yang menyertai Misi Kemanusiaan ke Palstine telah dirai dalam satu program yang diadakan pada hari ini. Bertempat di Tapak Gerai MBSA Padang Jawa Petaling, 2 orang aktivis tersebut telah dirai iaitu Sdr Abdul Halim Mohd Redzuan serta Tn Haji Jamaluddin Alias.

Sdr Halim Redzuan merupakan setiausaha MPP Zon 6 serta setiausaha PAS Cawangan Padang Jawa Petaling. Di Peringkat kawasan, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kawsan Shah Alam Lujnah Hal Ehwal Kaum. Sesungguhnya beliau adalah merupakan sahabat yang rapat di kalangan AJK  PAS Cawangan mahupun JKKK Padang Jawa Petaling. Segala usaha penat jerih beliau berjihad adalah sesuatu yang amat baik untuk dijadikan contoh kepada para sahabat seperjuangan. Dalam penerangan ringkas beliau menceritakan bagaimana puak Yahudi laknatullah melakukan sewenang wenangnya atas diri beliau. Syukur akhirnya beliau dibebaskan

Sdr Zulkifli bin Mohd Nani selaku pengerusi MPP Zon 6 serta Pengerusi Krisis Team LifeLine for Gaza telah turut memberikan ucapan beliau dalam program tersebut. Beliau menyeru agar seluruh masyarakat turut sama sama membantu dalam usaha membantu Rakyat Palestine yang tidak berdosa ini.

Program anjuran MPP Zon 6 ini berakhir sekitar jam 11 malam.

Selasa, 1 Jun 2010

DOA...

31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

1.Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2.Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3.Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4.Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5.Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6.Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7.Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8.Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9.Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10.Mustafa bin Mansur, MAPIM
11.Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12.Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Doa dari kami di JKKK sentiasa mengiringi mereka semua dari kalangan jemaah Islam seluruh dunia yang turut bersama sama dalam misi ini agar terselamat dari kekejaman dan kesyaitanan Yahudi Laknatullah
Buat saudara Halim, Sahabat seperjuangan kami, Insya Allah kami sentiasa memberi sokongan yang berterusan apatah lagi ramai di antara AJK JKKK sendiri adalah sahabat seperjuangan beliau di dalam Parti Islam Se Malaysia.