PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 3 Disember 2011

MAJLIS KORBAN BERSAMA JKKK








7hb November 2011 - Satu lagi mng majlis korban telah diadakan padan Hari Raya Kedua Eidul Adha yang lalu. Majlis kali ini adalah anjuran bersama sama JKKK Padang Jawa Petaling serta Persatuan Penduduk Lorong Hj Borhan, Jalan Mat Raji, Padang Jawa.

Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorban pada hari tersebut. Antara lembu yang dikorban itu termasuklah dari sumbangan dari Pejabat YB Dun Batu Tiga sendiri, Pn Rodziah Ismail. manakala 2 ekor lagi adalah dari hasil korban masyarakat di sekitar Lorong Hj Borhan.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut adalah YB Rodziah Ismail sendiri dan tidak ketinggalan juga To Arzmi bin Mohd Atan selaku Penghulu Mukim Bukit Raja. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran dari Kumpulan HAWA Padang Jawa selaku sebuah pertubuhan NGO di Padang Jawa ini.

Penduduk penduduk di Lorong Haji Borhan bersama sama AJK telah bekerjasama dari mula program sehinggalah majlis penamat yang di tambah dengan jamuan makan.tengahari. Keadaan Hujan Rahmat pada awal majlis tidak menjejaskan kelancaran majlis tersbut .

JKKK berharap agar majlis majlis seperti ini akan dapat diadakan saban tahun dan lorong lorong lain pula diharap turut mengambil bahagian serta barakah sempena sambutan Eidul Adha yang mulia ini.

Semuga Ibadah kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan