PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 5 Disember 2011

SAMBUTAN EIDUL ADHA BERSAMA UST. HJ KAMAL NASIR....






7hb November 2011 - Dalam kesibukan masyarakat menyambut eidul Adha serta Ibadah Qurban, JKKK terus sahaja mengadakan yang berbentuk islamik untuk santapan masyarakat . Selain dari bekerjasama dalam Majlis Qurban Di Surau Nurul Iman, serta Majlis Qurban Di Lorong Hj Borhan, JKKK mengorak langkah mengadakan Sambutan Eidul Adha 1432 ini dengan mengadakan Ceramah Eidul Adha bersama sama Imam Besar Masjlid As Solihin Padang Jawa, Ustaz Hj Kamal Nasir b Hj Roslan.

Dalam Ceramah beliau, menyatakan inilah buat kali pertamanya sebuah pertubuhan JKKK menjemput beliau dan diharap bukan kali terakhir. Dalam ceramah beliau, beliau telah menegur mengenai kebanjiran filem filem yang berunsur tahyul terutamanya filem filem seram yang amat banyak di hidangkan kepada penonton penonton terutamanya dari TV3, serta Astro. kerana ini semua adalah unsur unsur ttahyul serta khurafat yang boleh membawa kepada Syirik kepada Allah.
Beliau juga mengingatkan kepada masyarakat agar bertanya sesuatu yang tidak diketahui kepada ahlinya dan bukan bertanya kepada yang tidak tahu seperti TV3 bertanya kepada seorang artis mengenai hukum Hudud.
Sudah tentulah jawapan yang diberikan tidak tepat dan bercanggah.

Semuga ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Turut hadir dalam majlis ceramah ini ialah Tn Hj Jamil, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad. Jamuan turut disediakan kepada semua tetamu majlis dalam program yang dimulakan sejak maghrib itu dan berakhir sekitar 11.00 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan