AHAD 17hb Januari 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah dijemput khas dalam program yang dianjurkan oleh PAS padang Jawa Petaling. Program iaitu PROJEK MENTERNAK IKAN KELI itu adalah julung julung kalinya diadakan di Padang Jawa.
Menurut Ketua PAS Padang Jawa Petaling, Tn Hj Hisham Parman, program ini adalah dikhaskan kepada golongan remaja serta belia di sekitar Padang Jawa. Antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara cara menternak ikan khasnya ikan keli. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu peserta peserta memahami cara cara menternak ikan yang betul.
'Matlamat utama kami ialah ini sedikit sebanyak akan dapat memberi ilmu kepada golongan belia ini tentang cara menternak ikan selain mengisi masa lapang yang terluang di kalangan mereka dengan perkara perkara berfaedah. Ini akan mengelakkan mereka dari melakukan kerja kerja tidak berfaedah seperti merempit, melepak dan s ebagainya". "Kami juga bermatlamat untuk menjadikan dikalangan mereka ini menanam minat berniaga serta mengajar mereka selok belok perniagaan yang betul. Kami juga akan membantu mereka dari segi penjualan serta pemasaran apabila ikan tersebut mencapai tempoh matang dengan mereka turut terlibat sama sama".
Diharap dengan adanya program seperti ini akan lahirlah golongan peniaga peniaga yang berjaya disekitar padang Jawa di masa akan datang.
Sementara itu, dalam ucapan alu aluan, Ahli Parlimen Shah Alam Hj Khalid Samad menyarankan kepada golongan remaja ini agar istiqamah, tekun dan gigih dalam projek membela ikan keli ini. beliau menyeru mereka menanamkan semangat kerjasama yang kukuh secara kelompok agar hasilnya dapat dirasai bersama sama. " Diharap jangan ada yang mengambil kesempatan dari penghasilan projek ini" ujarnya.
Wakil JKKK, Sdr Mahfuz Othman pula mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS kerana telah berjaya merealisasikan program yang baik seperti ini. Beliau berharap program ini menjadi perintis terhadap program program yang bersifat perniagaan agar dapat membentuk golongan belia dan remaja ini kearah kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan