Dalam ucapannya beliau menjelaskan bahawa sumbangan ini adalah sebagai galakkan kepada murid-murid sekolah untuk terus berjaya didalam pelajaran. Beliau juga menasihat supaya setiap ibu bapa mengambil perhatian yang serius terhadap pembelajaran anak-anak. Kerajaan Negeri Selangor juga sedang merancang untuk memperbanyakkan lagi program yang berbentuk bimbingan seperti Pusat Komuniti Wanita yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Tujuannya adalah untuk membimbing wanita atau isteri-isteri mempelajari kemahiran yang boleh membantu ekonomi keluarga. Terbuka kepada semua wanita samaada yang berkerja atau yang tidak bekerja.
Kepada belia-belia , setiap MPP dikehendaki untuk mengadakan aktiviti belia seperti sukan, pembelajaran dan sebagainya yang mendatangkan faedah kepada belia-belia. Pada peringkat permulaan dua Pusat Cyber Rakyat akan ditubuhkan bermula awal tahun 2010 bertempat di Kg. Kuantan Klang dan Seksyen 19 Shah Alam. Beliau berhasrat besar untuk menjadikan DUN Batu Tiga sebagai Pusat Jati Diri.
Dalam program tersebut Ahli Parlimen Shah Alam Yang Berhormat Tuan Hj. Khalid Samad juga turut hadir serta menyampaikan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor yang telah dapat memenuhi impian rakyat keseluruhannya. Beliau juga menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak ketandusan kewangan. Berbagai sumbangan telah dapat di salurkan kepada rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas, Tawas, Hadiah Pengajian IPT, 20 Meter Air Percuma dan lain-lain. Ini semua adalah untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Negeri Selangor. Mengenai sumbangan beg sekolah, ini adalah sebagai satu galakkan kepada anak-anak untuk belajar lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan cemerlang.
Hari ini baru dapat Login
BalasPadamTahniah kepada kepemimpinan JKKK Padang Jawa Petaling kerana berjaya mengendalikan ruangan siber ini. Tentunya inisiatif seperti ini adalah hasil daripada pemikiran kepemimpinan yang mempunyai vision untuk anak-anak Padang Jawa. Justeru kita ingin melihat bahawa pada tiga atau empat dekad ke depan ada anak-anak Padang Jawa yang mencipta nama di persada global. Ke arah matlamat ini kita perlu tanya Apakah senario Padang Jawa pada masakini? Apakah senarionya pada tahun 2040? Kita bandingkan antara keduanya. Kita isi lompang-lompang dengan usaha-usaha yang berfokus, kreatif dan mempunyai "leverage." Insya Allah
Tahniah kepada kepemimpinan JKKK Padang Jawa Petaling kerana berjaya mengendali blospot. Sesungguhnya ia lahir daripada barisan kepemimpinan yang mempunyai vision untuk anak-anak Padang Jawa. Justeru kita ingin merealisasikan bahawa pada dekad tiga atau empat ke hadapan ada naka-anak Padang Jawa yang mencipta nama di persada global. Sehubungan dengan itu kita perlu bertanya: 'Apakah senario kampong Padang Jawa pada masakini? Apakah senarionya pada tahun 2040? Kita buat perbandingan dan mengisi lompang dengan usaha yang berfokus, kreatif dan mempunyai "leverage". Insya Allah.
BalasPadam