JKKK Padang Jawa Petaling akan mengadakan Program Tuisyen Rakyat ke 2 yang akan bermula pada bulan Februari 2010. Lokasinya adalah di Bilik Gerakan JKKK Padang Jawa Klang. Kepada yang berminat diminta supaya menghubungi Sdr Mahfuz Othman no H/P 019-6068839 untuk pengesahan tempat kerana penyertaan adalah terhad kepada 25 orang peserta sahaja. PROGRAM INI DIBERI SECARA PERCUMA.....dengan kriteria kriteria tertentu yang akan terpilih.
PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
PENDAHULUAN
Program Tuisyen Rakyat adalah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat, menyempurnakan definasi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.
DASAR
Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah. Untuk pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan kurang RM2,000.
OBJEKTIF
Menyempurnakan dan merealisasikan dasar kerajaan negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) , membantu rakyat yang berpendapatan kuran RM2,000 untuk pendidikan terbaik untuk anak mereka, membuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat di kawasannya, membantu memantapkan jatidiri pelajar, mengurangkan gejala social melalui program program sokongan dan memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan