Jumaat 21hb April 2011 - Satu program yang dinamakan Jalinan kasih bersama sama Ibu Ibu Tunggal Padang Jawa telah diadakan pada 21/04/2011 yang lalu. Program tersebut dibuat secara bersama sama JKKK brsama School of Business Management and Professional Kolej PTPL.
Pada pagi tersbut program bermula dengan kerjasama rewang memasak serta menyediakan kuih muih dan masakan nasi srta air minuman oleh pelajar. Untuk menyrikan lagi majlis ini, Juga di adakan pada masa serentak ialah pertandingan ratu cantik ibu tunggal sekitar Padang Jawa di mana 5 orang peserta telah memasuki peringkat akhir. Juara untuk acara ini jatuh kepada Pn Hajah Rahila Arshad.
Turut diadakan ialah demo mengukir buah tembikai yang diadakan oleh pelajar pelajar PTPL. Pelajar pelajar juga telah menunjuk cara cara mengukir buah tersebut untuk dijadikan dalam bentuk bunga dan perkataan. Ini adalah salah satu cata untuk menyerikan sesuatu majlis itu serta keraian yang biasanya diadakan di hotel hotel mahupun perseorangan.
Acara terahir adalah program didikan kanak kanak tadika. Sejumlah dari 2 buah tadika iaitu dari Klab Bani Az Zahrah serta Tadika Priyaah telah turut serta dalam program tersebut. Kanak kanak tersebut telah diajar cara cara bersenam, menyanyi serta dapat memeriahkan suasana serta cara cara mendidik anak anak pra sekolah in i.
Turut Hadir dalam program ini adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad, Ahli Majlis MPP Zon 5, Dr Daroyah, To Penghulu Bukit Raja, Tok Arzmi serta wakil dari MPP Zon 6. Dalam kata Kata aluan, Tn Hj Khalid Samad menyatakan betapa perlunya pelajar pelajar dari IPTA mahupun IPTS agar dapat bersama sama masyarakat di dalam satu satu program mahupun sentiasa bergaul bersama sama masyarakat. "Selain anda semua perlu menamatakan pengajian anda dalam bidang masing masing di Kolej, anda semua perlu tahu apakah yang berlaku di sekitar anda, golongan miskin, glongan OKU, Warga Emas, semuanya adalah dari yang memerlukan bantuan. Dengan cara ini anda semua dapat belajar memahami kehidupan dengan lebih baik selain belajar sahaja secara teori." katanya.
Hj Khalid juga mengucapkan syabas kepada semua yang menjayakan majlis ini. Blogger yang hadir selaku JKKK serta wakil MPP Zon 6 berharap program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi dalam usaha untuk membantu masyarakat apatah lagi sekiranya terus diberi mandat di pilihanraya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan