Rabu - 20hb April 2011 . Telah berlaku satu banjir besar melanda Padang Jawa pada tarikh tersebut. Antara kawasan kawasan yang terlibat termasuklah terutamanya Jalan Sekolah, Taman Baru, Lorong Hj Borhan, Lorong Tebu, Lorong Lembah serta beberapa kawasan lagi.
Hujan Lebat telah turun sekitar jalam 4.03 petang tersebut serta berlanjutan selama kira kira 1 jam. Ini telah menyebabkan kawsan kawasan tersebut terus dibanjiri kira kira sejam kemudian.
Menurut penduduk penduduk di Jalan Sekolah, Sdr Azlan, Antara punca utama berlakunya banjir tersebut adalah disebabkan oleh projek Kedai / Pejabat yang sedang dlaksanakan oleh Pihak Pemaju IRDK Land yang terletak di pintu masuk utama ke Padang Jawa. "Sebelum ini, walaupun hujan lebat, kami tidak pernah mengalami banjir sebegini buruk, tapi sejak projek tersebut berjalan, banjir mula berlaku".
Seorang penduduk, Sdr Halim pula mendakwa ini adalah kejadian kali ke empat banjir berlaku sejak projek tersebut berjalan. "Banjir kali ini adalah yang paling buruk pernah berlaku dikawasan ini. Semuanya berpunca dari projek bersebelahan kawasan kami ini'.
Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz, beberapa siri lawatan serta pertemuan telah diadakan bersama Pengarah Urusan, Dato Ramasamy, namun setakat ini masih belum mendapat menyelesaikan masalah tersebut. Antara masalah lain yang berlaku termasuklah kesesakan lalulintas yang ditimbulkan oleh projek berkenaan, masalah pendatang tanpa izin yang berleluasa di tapak binaan berkenaan, masalah jalanraya yang rosak akibat projek berkenaan dan yang paling kritikal adalah masalah banjir.
Beliau juga berharap agar tindakan segera dapat dibuat kepada pemaju terbabit dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk sekitar. "Pihak Bandaraya juga wajib memainkan peranan besar kerana ini adalah kawasan pentadbiran mereka..katanya lagi. Menurut beliau lagi, apa yang menghairankan ialah bagaimana boleh didirikan sebuah tembok besar yang menjadi sempadan antara kawasan rumah kedai tersebut dengan kawasan sekitar. Ini adalah antara punca utama berlakunya masalah banjir kerana sistem saliran yang tidak ada malahan longkang besar tepi jalan sebelum ini juga telah ditutup dan digantikan dengan longkang lain yang lebih kecil..
Turut turun padang sewaktu banjir termasuklah ADUN Bt Tiga, Rodziah Ismail, Ahli parlimen Hj Khalid Samad serta Dato Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar. Sewaktu ditemui, Datuk Jaafar melahirkan rasa kesal atas kelewatan pihak bandaraya membantu menangani masalah banjir yang berlaku. Beliau juga menegaskan akan cuba membantu penduduk penduduk yang terlibat serta berjanji akan cuba memperbaiki taraf perkhidmatan yang diberikan. Antara masalah yang berlaku di pihak MBSA termasuklah Pam sedut air banjir yang gagal berfungsi serta kekurangan peralatan serta kakitangan yang bertugas.
Apa yang berlaku amat amat mengecewakan pihak JKKK dan kami ingin melahirkan rasa tidak puashati di atas kegagalan pihak bandaraya menangani masalah ini dengan berkesan. Diharap pihak berkuasa tempatan mengambil intibar dari apa yang berlaku dan jangan ada lagi sikap tidak professional dari Pihak berwajib, hendaknya. Kami di JKKK hanya berupaya membantu sekadar yang termampu termasuklah mambantu berkemas sewaktu banjir, serta menyediakan makanan dan minuman sewaktu banjir di samping berusaha mendapat kan bantuan dari pihak PBT seperti dari Pihak Pejabat Daerah Petaling, MBSA serta Jabatan Kebajikan Masyarakat semampunya.
Kami juga ingin merakamkan kemaafan sekiranya bantuan yang kami hulurkan trdapat banyak kekurangannya dan ini menjadi pengajaran untuk kami berusaha lebih baik di masa akan datang, Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan