PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 24 Mei 2010

KULIAH BULANAN SIRI 2

Jumaat 14hb May 2010 - JKKK Padang Jawa petaling sekali lagi telah berjaya megadakan program kuliah bulanan siri yang kedua. Kuliah kali ini telah disampaikan oleh Yang Berbahgia Ustaz Azrul Hakim Suradi. Dalam kuliahnya, Ustaz Azrul Hakim telah menyentuh mengenai kemunduran yang berlaku di dalam Umat Islam masa kini samada dari segi kualiti kehidupannya, Ibadahnya serta cara hidupnya dan ini bukan saja menyentuh di Malaysia bahkan dunia amnya.

Menurut beliau satu ketika dahulu, Ibnu Sina adalah pelopor kepada dunia perubatan dunia. Namun kini ianya dikuasai oleh pihak Barat. Dr Yusuf Qardawi, berkata Umat Islam mesti menguasai kepakaran dari segi perubatan, sains dan teknologi dan sebagainya. barulah musuh musuh islam menghormati.
yang kedua, umat islam mestilah serius dalam sesuatu isu serta penyebaran agama Islam, berbanding kristian misalnya.
Ustaz Azrul juga menceritakan mengenai pengalamannya berjaya mengislamkan beberapa orang dan berharap dapat membantu perkembanggannya. Isu Kalimah Allah juga haru ditangani dengan baik oleh Pihak berkuasa untuk mengelakkan persepsi buruk orang bukan Islam.
Beliau juga menyentuh mengenai Judi yang sememangnya haram di sisi Islam telah diluluskan oleh Pihak Kerajaan  untuk tujuan Bolasepak Piala dunia dan dikatakan dapat memberi sumber pendapatan kepada Kerajaan. Jika di zaman Nabi dahulu, Saiyidina Abu Bakar As Siddiq sebagai contoh dikatakan telah memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan setelah mengetahui bahawa ianya diberikan oleh seseorang dari sumber yang haram. Begitu juga Nabi Muhammad Saw.
Beliau juga menambah jika judi bolasepak ini dihalalkan, beliau bimbang di masa akan datang, perkara haram yang lain juga akan dihalalkan seperti pelacuran, penzinaan, minum  arak dan sebagainya.
Ustaz Azrul juga berkesempatan menyeru kepada para perokok agar berhenti dari menghisap rokok kerana ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pendapatan pihak yahudi yang akhirnya digunakan untuk menindas mahupun membunuh umat Islam kembali. Lagipun, umum mengetahui keburukannya menghisap rokok yang boleh menyebabkan penyakit.

Dalam program ini juga pihak JKKK telah meraikan saudara Halim Redzuan, setiausaha MPP zon 6 yang akan berangkat ke Palestine untuk melakukan kerja kerja jihad. Sdr Halim akan berangkat bersama sama NGO NGO lain seperti dari Muslim Care, Jemaah Islah Malaysia JIM dan lain lain. Semuga beliau selamat pergi dan kembali ke Malaysia.

Sementara itu menurut Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz, beliau bersyukur kerana JKKK telah berjaya meneruskan Kuliah seperti ini buat kali keduanya. Di harap majlis nasihat dan ilmu seperti akan dapat diteruskan Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan