PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 2 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PADANG JAWA PETALING

Ahad 28hb Februari, 2010 - Surau Nurul Iman, Jln Mat Raji Padang Jawa telah menganjurkan satu program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Padang Jawa Petaling pada hari Ahmad 28hb Februari 2010.
Program ini adalah yang kali kedua diadakan selepas kali pertama berjaya menganjurkannya tahun lalu.
Dalam program ini, sebanyak kira kira 10 buah badan badan NGO, Sekolah sekolah serta tadika telah menyertai perarakan yang diadakan pada pagi tersebut.
Antara yang turut serta ialah Sek. Rendah Agama Padang Jawa, Tadika Pasti Az Zahrah 1, 2 dan 4, Kelab Bani Az Zahrah, Taman Baru, Kumpulan Rewang Padang Jawa, PAS Padang Jawa Petaling serta Kumpulan Penanggah Padang Jawa.
JKKK Padang jawa Petaling juga telah tidak ketinggalan turut serta di dalam perarakan tersebut.
Dalam ucapan alu-aluan, Ketua kampung Padang Jawa petaling Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan berkata beliau bersyukur kerana program ini mendapat sambutan begitu hebat dari para penduduk setempat. Menurutnya, inisiatif yang dilakukan oleh pihak surau Nurul Iman ini adalah salah satu cara yang amat baik untuk memperingati hari Kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Beliau juga menyeru masyarakat agar sentiasa peka dalam kewajipan menurut perintah Allah swt sejajar dengan saranan yang di bawa oleh junjungan besar melalui Al Quran serta Hadith.
Program ini telah diresmikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Haji Khalid Samad. Beliau yang tidak dapat hadir atas sebab sebab tertentu memohon maaf atas ketidakhadiran beliau dalam program ini. Wakil beliau, ialah Tn Haji Jamil yang merupakan pegawai khas kepada Ahli Parlimen tersebut. Dalam ucapan peresemian, Tn Hj Jamil menyeru agar masyarakat memberi kerjasama serta bantuan kepada kerajaan dalam usaha kerajaan ke arah Negeri berkebajikan. Beliau turut menyatakan dasar dasar kerajaan negeri seperti skim warga emas, Tawas dan sebagainya demi memberi kefahaman kepada masyarakat yang sebahagiannya masih belum memahami sepenuhnya dasar dasar kerajaan kerana kekangan kekangan yang dihadapi.
Beliau juga menyeru masyarakat agar mencontohi Rasulullah dalam kehidupan seharian demi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
ADUN batu tiga juga sempat memberi ucapan ringkas beliau.  Pn Rodziah Ismail yang tiba lewat kerana terlibat dalam beberapa program lain turut mengucapkan syabas kepada AJK Surau Nurul Iman kerana telah berjaya menganjurkan program yang amat baik ini.
Sementara itu, Ceramah khas Maulidur rasul telah diasmpaikan oleh Yang Berbahgia Ust Hj Dzulkarnain Hj Hamzah. Beliau juga merupakan hos kepada program Kalam Suci yang disiarkan melalui Astro Oasis 106.
Dalam Ceramah beliau, beliau turut menekankan tentang cara cara sepatutnya sambutan Maulidur rasul diadakan. Antaranya ialah dengan membacakan selawat serta salam ke atas Nabi SAW menjelang hari kelahirannya. "Lakukanlah dengan bersungguh sunguh perkara ini, jangan lakukan sambil lewa sahaja dengan mengikut ikut rentak orang sahaja...katanya.
Kalau tuan puan hendak berzanji atau berselawat, berqasidah atau seumpanya , laungkanlah dengan penuh semangat kerana menurutnya, ini adalah salah satu cara untuk menggerunkan musuh musuh Islam. Sekiranya puak puak Kafir mendengarnya, mereka pasti akan merasa gerun dengan semangat serta keyakinan Orang Islam terhadap Islam serta Nabi.
Beliau turut menceritakan pengalaman beliau bertugas di Astro dalam membantu mengembangkan Islam serta Syiarnya di Bumi Malaysia. Menurutnya, Selangor menduduki rating tertinggi menyintai program program berbentu agama seperti Kalam Suci di Astro Oasis ini. Diikuti dengan Kelantan, Kedah. Negeri yang kurang meminati pula termasuklah Melaka, Negeri Sembilan, Johor.
Program ini telah berjaya mengumpulkan masyarakat sekitar 1,000 orang menyertainya. Sambutan menggalakkan ini memberi keyakinan kepada Pihak Surau Nurul Iman untuk menruskannya di masa akan datang. menurut Pengarah Program, Sdr Hairul Nayan, beliau rasa amat bersyukur di atas kerjasama oleh masyarakat di sekitar Padang Jawa dalam menjayakan program ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Para AJK AJK surau, Pihak JKKK serta semua yagn terlibat dalam membantu kami menjayakan program ini.
Program yang bermula jam 08.30 pagi ini berakhir sekitar jam 12.10 tengahari.
Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan