PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 8 Mac 2010

MAJLIS PENERANGAN MENGENAI PENUTUPAN PERNIAGAAN DI WAKTU MAGHRIB

Satu program penerangan mengenai penutupan gerai gerai serta premis premis perniagaan di Padang Jawa telah diadakan pada hari selasa 02hb March 2010 yang lalu.
Bertempat di Dewan Masjid As Solihin, majlis ini telah mengumpulkan sekitar 30 para peniaga.
Tujuan utama majlis ini adalah untuk memberitahu serta menerangkan tujuan utama pihak JKKK Padang Jawa Petaling melaksanakan program ini.
Menurut Pengerusinya, Tn Haji Abdul Aziz Hj Barhan, program ini bertujuan untuk menghormati waktu maghrib yang merupakan waktu solat maghrib bagi umat Islam. Oleh kerana 99% penduduk Padang Jawa adalah berugama Islam , maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam menghormati ugama Islam apatah lagi apabila masuknya waktu solat. Secara tidak langsung, program ini juga akan mendidik para peniaga peniaga mendirikan solat maghrib pada waktunya apatah lagi ianya adalah solat Fardhu.
Ini secara langsung akan menyebabkan perniagaan tuan puan sekelian mendapat keberkatan dari Allah swt...katanya lagi.
Nazir Masjid, Ustaz Ahmad Zaki Arsad, pula memberi kefahaman akan perlunya menutup perniagaan menjelang waktu maghrib. Dalam tazkirah beliau, beliau memberi contoh di zaman rasulullah saw dan para sahabat dalam urusan jual beli. Beliau berharap agar para peniaga mematuhi arahan yang diberikan demi mencari keredhaan Allah swt.
Rata rata peniaga bersetuju serta menyokong program ini kerana berpendapat ianya adalah sesuatu yang amat baik apatah lagi Solat fardhu maghrib adalah perkara wajib.
Seorang peniaga makanan, Sdr Hisham Ismail, memberitahu bahawa beliau akan menunaikan solat di dalam kedai makannya untuk memberi contoh kepada masyarakat serta pekerjanya agar segera berhenti menjelang maghrib. Ini juga salah satu cara mendidik masyarakat di sekitar kampung ini...katanya...
Doakanlah semuga program ini berjaya. Ikhlas dari kami JKKK padang jawa Petaling

Tiada ulasan:

Catat Ulasan