Jumaat - 5hb March 2010 - Masjid As Solihin Padang Jawa dengan kerjasama dari JKKK Padang Jawa Klang, Petaling serta MPP Zon 6, telah membuat satu program MESRA QARIAH MASJID AS SOLIHIN.
Menurut Ketua Biro Kebajikan Masjid As Solihin, Tn Hj Hisham parman, fungsi utama program ini adalah untuk memberi kemudahan kepada khasnya untuk golongan warga emas yang uzur sekitar Padang Jawa Klang dan Petaling. Dalam program ini, pihak Biro Kebajikan Masjid As Solihin ada menyediakan sebuah van yang bertujuan untuk mengangkut pergi dan pulang golongan warga emas untuk kemudahan bersembahyang Jumaat di Masjid As Solihin.
Menurut pemandu van yang ditugaskan, saudara Wak Mispan, Van ini akan mula bergerak ke rumah golongan warga emas yang menyertai program ini kira kira 45 minit sebelum masuk waktu zohor. dan selepas bersembahyang jumaat akan mengangkut pulang golongan warga emas ini.
Program peresmian program telah diadakan di dewan masjid as solihin pada hari Jumaat yang lalu. Dalam ucapan peresmian oleh Ahli Parlimen Shah Alam Tn hj Khalid Samad beliau mengucapkan syabas atas usaha gigih pihak masjid memberi kemudahan tersebut.
"Saya rasa ini adalah program yang pertama seumpamanya yang saya pernah lihat. Jesteru, saya amat amat menyokong program ini kerana sejajar dengan kehendak kerajaan negeri iaitu Negeri Berkebajikan apatah lagi dengan kehendak Islam. Islam menggalakkan umatnya saling tolong menolong antara satu sama lain dan ini adalah salah satu cara yang baik untuk membantu umat Islam yang lain. katanya.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi JKKK Klang dan Petaling, En Saian dan Tn Hj Aziz Hj Barhan, Pengerusi Surau Nurul Iman, En Abd Rahman Hj Jalil, Imam Masjid As Solihin Ust kamal Nasir.
Seramai lebih 70 orang golongan warga emas telah hadir dalam program selepas sembahyang jumaat ini bagi meraikan mereka. Jamuan khas juga diadakan sebagai menghargai serta mengingati golongan warga emas ini.
Antara Warga emas yang dikenal pasti menyertai program ini ialah, Tn Hj Idris, Tn Hj isa, Pak Chat, Pak Hassan, Saudara Kasyaf serta beberapa orang lagi.
Semuga program ini mendapat sokongan dari seluruh masyarakat serta salah satu usaha kearah mencari redha Allah agar kampung ini menjadi kampung di dalam naungan keberkatan dari Allah swt. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan