PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Ahad, 23 Januari 2011

BACK TO SCHOOL




Satu lagi program kemasyarakatan ialah Back to School atau Kembali ke Sekolah telah di adakan pada 29hb Disember yang lalu. Program yang dikhaskan untuk pelajar pelajar yang akan kembali ke sekolah untuk sessi 2011 ini mensasarkan golongan miskin dan kurang bernasib baik sebagai penerimanya.

Kesemua anak anak telah di bawa ke Pasaraya MYDIN di Seksyen 18, Shah Alam serta Pusat Pakaian Hari Hari Seksyen 18, untuk memberi peluang mereka memilih sendiri barangan keprluan persekolahan mereka. Melihat keseronokan mereka mencari barangan keperluan menimbulkan rasa kepuasan di kalangan AJK AJK sendiri, Alhamdullillah.

Menurut Wakil Biro Kebajikan JKKK Pn hajah Rahelah, program ini adalah satu program bantuan kepada golongan ini untuk membantu mereka kembali ke sekolah dengan peralatan yang mencukupinya. Antara bantuan yang diberikan oleh pihak JKKK termasuklah sepasang Baju dan seluar serta kain, beg, kasut, stokin serta alat tulis seperti Pensil, Pen dan Pensil Box.

Sdr mahfuz selali Ketua Biro Kebajikan JKKK berharap akan ada lebih ramai pihak pihak tertentu samada dari sektor Korporat, swasta mahupun pihak NGO NGO serta orang orang perseorangan yang sudi menghulurkan bantuan kepada pihak JKKK sendiri dalam usaha membantu golongan golongan ini menyiapkan diri kembali ke Sekolah. "Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi membantu Pihak JKKK menyiapakan serta menyediakan bantuan bantuan ini sehingga dapat diserahkan kepada golongan miskin ini dengan sempurna. Hanya Allah yang dapat membalas semua budi kalian..katanya.
Antara golongan penerima termasuklah Anak anak yatim, ibu ibu tunggal serta golongan tidak berkemampuan. Terdapat lebih 150 anak anak yang telah berjaya di bantu dalam program ini.

JKKK Padang Jawa petaling juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan sumbangan yang diberikan oleh pihak pihak tertentu dalam menjayakan program ini.

BANTUAN MASYARAKAT TERMISKIN BACK TO SCHOOL

 Satu program bantuan rakyat termiskin telah diadakan pada 224hb Disember yang lalu. Program ini dianjurkan oleh JKKK dengan kerjasama Kolej PTPL Shah Alam dan Multimedia Science Universiti.

Menurut En Shahdan, Pensyarah di Kolej berkenaan, bantuan kepada rakyat miskin ini adalah salah satu program kemasyarakatan kolej berkenaan yang telah di atur bertujuan untuk membantu masyarakat dari golongan ini. Setelah berbincang dengan pihak JKKK sendiri,  kami telah bersetuju memilih kawasan Padang Jawa berdasarkan pola penduduk yang mempunyai ramai masyarakat miskin, katanya.

Belia juga berkata menjadi tanggungjawab sosial pihak korporat mahupun kolej, Syarikat awam untuk membantu masyarakat agar mereka juga dapat menjalani hidup yang selesa.
Tn Hj Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dalam ucapannya pula mengucapkan syabas kepada pihak Kolej dan MSU di atas kesedaran membantu golongan ini. Beliau juga berharap agar bantuan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan bukan pada satu satu musim sahaja. Ini akan dapat membantu usaha pihak kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam Negeri Selangor, InSya Allah.

Seramai lebih 25 orang sukarelawan dari PTPL dan MSU serta seluruh AJK JKKK Padang Jawa dan golongan miskin telah hadir dalam program ini.

GUNTING RAMBUT BACK TO SCHOOL

Program gunting rambut secara percuma telah diadakan pada 31hb Disember 2010 yan lalu. Seramai 100 orang anak anak sekitar Padang Jawa Petaling telah dipilih terutamanya di kalangan anak anak yatim, golongan keluarga miskin serta dari kalangan masyarakat yang memohon bantuan dalam menguruskan sessi pembukaan sekolah bagi tahun 2011 ini.

 
Program anjuran bersama JKKK Padang Jawa Petaling serta PAS Padang Jawa ini telah mendapat pertanyaan dari ramai pihak yang mahukan agar skopnya diperluaskan kepada lebih ramai pelajar. Ini kerana ramai dikalangan masyakat menghadapaui masalah terutama menjelang tahun baru persekolahan kerana memerlukan wang yan g banyak untuk menguruskan anak anak yang bersekolah.

Menurut Hj Hismam Parman, Ketua PAS Padang Jawa Petaling beliau bersyukur atas sambutran yang diberikan oleh anak anak masyarakat dan akan cuba meneruskan usaha usaha murni di masa mas akan datang.

Tuan Hj Aziz pula pula mengucapkan syabas kepada PAS atas usaha usaha yang dilakukan dan akan sedia membantu untuk program program kemasyarakat yang dilakukan di masa masa akan datang malah dengan sesiapa sekalipun yang bersedia bekerjasama dengan JKKK demi kebaikan bersama sama dalam membantu masyarakat.

Sabtu, 22 Januari 2011

INDOOR GAMES BERSAMA PEBT



 Telah berlangsung satu kejohanan indoor games anjuran bersama sama JKKK serta PEBT Majlis Perwakilan Penduduk MPP Zon 6 baru baru ini. Antara acara acara yang dipertandingkan dalam kejohanan satu hari ini termasuklah Carrom, Chess, Congkak, Dam Haji serta Play Station 2.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada masyarakat sekitar Padang Jawa dan Shah Alam. 
Menurut Pengelola Program, Sdr Muriza Azrul, matlamat utama program seperti ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan di antara pihak PBT seperti MBSA dan MPP dengan masyarakat setempat. "Selain itu, ianya juga mampu mengcungkil bakat bakat baru yang boleh kita ketengahkan di peringkat yang lebih tinggi, terutamanya untuk acara chess.
Dalam acara Carrom, Saudara Rosman dan rakan telah menjuarainya, manakala bagi acara Playstation 2, Adik Hakimi telah menjuarainya. Dam Haji telah dimenangi oleh saudara Mazlan manakala ntuk acara Congkak di menangi oleh Nur Fariena.

Turut di adakan pada sebelah malamnya adalah Talk show ataupun bual bicara bersama remaja remaja serta belia belia sekitar Padang Jawa. Dalam talk show ini, belia belia telah didedahkan mengenai bahaya bahaya gejala sosial yang berlaku serta penyelesaiannya iaitu penjagaan akhlak. Ini boleh di dapati dengan mengikuti suruhan agama Islam serta ingat selalu pesanan dari Kedua Ibu bapa, ungkapan dari salah seorang ahli panel, Saudara Jufri.

Turut menjadi ahli panel adalah Ahli Majlis Sdr Halim, Tn Hj Hisham serta Tn Hj Abdul Aziz sendiri.
Program yang sepatutnya berakhir dengan Siarang Langsung antara Manchester United dan Chelsea itu telah terpaksa dibatalkan kerana salji. Majlsi bersurai jam 11.30 malam.

Rabu, 19 Januari 2011

MAJLIS MAKAN MALAM DAN DOA

  
Majlis Makan malam serta doa akhir tahun telah di adakan pada 30hb Disember 2010 lalu. Tujuan JKKK mengadakan majlis ini adalah untuk meraikan serta menghargai jasa jasa seluruh ahli JKKK yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun menjayakan program program yang telah di adakan oleh pihak JKKK sendiri.
Majlis ini juga adalah untuk berdoa kehadrat Allah swt bagi memberkati serta mambantu semua usaha usah dan kerja dakwah JKKK kearah kesejahteraan masyarakat kampung agar Kampung ini mendapat keredhaan serta perlindungan dari Allah swt. In Sya Allah.

KONVENSYEN COMBI NEGERI SELANGOR




Telah berlangsung konvensyen COMBI : Denggi peringkat negeri Selangor 2010 bertempat di Auditorium Hospital Sungai Buluh pada 18hb Dismeber, 2010 yang lalu. Program yang disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor itu, Dr Rosnah bt Hadis itu telah mengumpulkan seluruh daerah di negeri Selangor untuk turut sama menyertainya.
Setiap daerah telah di berikan tugasan untuk memberi persembahan samada persembahan lisan mahupun persembehan poster.
COMBI Padang Jawa Petaling telah di beri tugasan memberikan persembahan poster selaku wakil daerah Petaling. Walaupun tugasan di berikan pada saat sat akhir Skuad COMBI mencuba juga memberikan setakat yang termampu dengan kerjasama dari Pegawai Pejabat Kesihatan Sendiri Sdr Hafizi.
Akhirnya mendapat tempat ke 4 merupakan satu penghormatan buat Skuad COMBI Padang Jawa Petaling.

Antara Objektif utama program ini adalah memberi
  • kesedaran kepada Sukarelawan terhadap kepentingan pencegahan Denggi.
  • Memberi motivasi kepada sukarelawan COMBI di lokaliti terpilih supaya bergiat aktif dan berterusan sepanjang masa.
  • Berkongsi pengalaman dan mengeratkan hbungan siratul rahim antara sukarelawan COMBI dan
  • memberi peluang ahli ahli sukarelawan COMBI menyarakan dan berbincang isu isu yang di hadapi.
Ini merupakan satu pengalan baru buat COMBI Padang Jawa yang baru saja ditubuhkan beberapa hari sebelumnya. Syukur, dengan bantuan serta bimbingan dari JKKK Padang Jawa Petaling insya Allah skuad ini akan dapat membatu masyarakat di Padang Jawa ke arah mengurangkan Kadar demam Denggi dan Aedes di kawasan Padang Jawa.

Isnin, 17 Januari 2011

AZNIL NAWAWI COMBI DAN KEMPEN JON GANYANG AEDES

Aznil Hj Nawawi selaku Duta kepada kempen Jom Ganyang Aedes anjuran PKD Petaling telah turut hadir ke program Jom Ganyang Aedes ini. Program ini berlangsung bertempat di Tapak Gerai MBSA, Jln Mat Raji  bermula jalm 8 30 pagi pada 16hb Januari yang lalu.
Pengacara nombor satu negara inu telah memberi penerangan yang baik kepada masyarakat sekitar serta adik adik yang hadir mengenai bahaya nyamuk aedes dan demam denggi yang boleh membawa maut itu. Anzil telah memberi sessi penerangan  mengenai cara cara membersihkan kawasan perskitaran serta kawsan dalam rumah. "Anda semua hanya perlu meluangkan masa 10 minit untuk membantu menyelamatkan nyawa'.

Beliau juga mengimbas tragedi yang menimpa sahabat baik beliau sendiri iaitu, Sdr Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah tahun lalu akibat terkena demam denggi. Ini menimbulkan suasana kesedaran di kalangan hadirin.

Beliau yang disertai oleh pegawai pegawai kesihatan serta Skuad Combi juga telah berkesepmatan di bawa ke rumah salah seorang mangsa demam denggi di kalangan penduduk Padang Jawa ini. Mangsa tersebut En Sharifuddin telah menceritakan mengenai siksanya terkena demam denggi ini serta bagaiman nbeliau boleh terkena demam ini yang di sebabkan oleh kawasan longkang sekitar dan rumah rumah yang tidak begitu terurus. Beliau sendiri memberi tip tip kepada Sdr Sharifuddin mengenai cara cara pencegahan.







Kami di Skuad COMBI serta JKKK ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha usaha semua pihak dalam menangani wabak demam denggi di kawasan kami terutamanya pihak PKD sendiri, MBSA mahupun pihak kerajaan Negeri sendiri.