01hb Ogos 2012 - Satu program yang dianjurkan oleh Exco Wanita dan Jawatankuasa tetap kebajikan, Kerajaan Negeri Selangor telah diadakan pada 1hb Ogos yang lalu.
Program tersebut yang diadakan di perkarangan Masjid As Solihin adalah dengan kerjasama dari Badan badan yang terdiri dari JKKK padang Jawa Petaling serta Klang serta Masjid As Solihin sendiri.
Program ini adalah bertujuan untuk menyerahkan sumbangan Ramadhan kepada golongan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Kampung padang Jawa ini seperti golongan miskin, Orang Kurang Upaya dan lain lain agar mereka dapat bersama sama masyarakat men yambut aidil fitri dengan gembira.
Seramai lebih 200 orang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Hajah Rodziah Ismail serta YB Hj Khalid Samad. Para penerima sumbangan juga diraikan di dalam satu majlis berbuka puasa bersama sama dengan warga Masjid As Solihin. Program diteruskan dengan Solat maghrib serta Tazkirah Ramadhan diikuti dengan Solat Terawih dan Moreh serta Bertadarus Al Quran.
Alhamdullilah semuga program program seperti ini diteruskan kerana program yang baik ini tentunya mendapat keberkatan dari Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan