PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 18 September 2012

KULIAH LORONG TEBU 1416









Ahad - Satu lagi program Kuliah Lorong telah diadakan pada tarikh 7hb Julai yang lalu. Kali ini bertempat di Lorong Tebut Lot 1416, telah diadakan program kuliah lorong sebagai satu lagi aktiviti bersama antara JKKK dan Surau Nurul Iman, masjid As Solihin serta MPP Zon 6.

Dalam program ini, Anak Jati lorong ini, iaitu Ustaz Mohd Syahiidd Iskandarany telah di beri penghormatan untuk menyampaikan kuliah beliau. Beliau merupakan anak kelahiran lorong tersebut yang telah mencapai akademik yang terbaik dalam bidang berkatan Agama Islam. Kini beliau merupakan seorang Pendakwah yang bergiat cergas dalam menyampaikan dakwah serta melakukan kerja kerja dakwah khsusnya untuk seluruh masyarakat Padang Jawa . Beliau turut menyampaikan kuliah mingguan dan bulanan beliau di Surau Nurul Iman serta Masjid As Solihin Padng Jawa.

Turut hadir dalam program ini ilah ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 6, Tn Haji Halim Redzuan serta Ketua Cawangan PAS Hj Hisham Parman.

Dalam majlis ini juga telah disampaikan sumbangan khas kepada warga miskin khasnya untuk sekitar lorong tersebut. Makanan dan minuman juga disediakan.
Semuga usaha dakwah seperti ini akan dapat diteruskan dengan bantuan serta daya usaha bukan sahaja dari kami tapi juga dari masyarakat setempat....Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan