PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 5 Julai 2010

ZIARAH ...ZIARAH..

Selasa 29hb June 2010 - Program Ziarah diteruskan lagi. Kali ini kami kerumah 4 lagi orang warga Padang Jawa terdiri dari warga yang uzur serta warga emas.

Rumah pertama kami kunjungi ialah kerumah Puan Siti Asiah yang terletak di Lot 643 Lorong Wak Sirat. Puan Asiah merupakan balu kepada Allahyarham En Bakar yang pernah menetap di Padang Jawa selama 20 tahun satu ketika dahulu sebelum pulang ke kampung halaman beliau di Melaka. Kini balu allahyarhami  serta anak anak beliau kembali menetap di Padang Jawa demi memudahkan anak anak mencari rezeki. Seperti biasa kunjungan kami tidak lengkap jika tidak membawa sekali buah tangan berupa barangan keperluan seharian.

Rumah kedua kami kunjungi adalah rumah Puan Kharil di Lorong India 2. Beliau yang mengalami sakit bengkak bengkak badan itu mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian JKKK serta Biro kebajikan mengunjungi beliau.

Rumah seterusnya kami telah mengunjungi rumah Puan Rafidah yang terletak di Lorong Bali bersebelahan Surau Nurul Iman. Beliau juga mengalami keuzuran yang agak lama. Beliau yang mempunyai tanggungan seramai 4 orang anak itu tidak bekerja akibat keuzuran tersebut. Suami beliau pula adalah seorang pemandu lori dan perlu bekerja mencari rezeki memandu dalam waktu yang memerlukan beliau banyak keluar daerah. Ini menyebabkan beliau jarang dapat berada bersama keluarga tersayang.

Akhirnya, pihak JKKK telah mengunjungi Sdr Ariff yang rumahnya terletak di Jalan tegas Padang Jawa. Beliau juga mengalami keuzuran yang serius. Sewaktu kunjungan kami, beliau hanya mampu tersenyum dan hanya mampu duduk di atas katil akibat keperluan peralatan perubatan atas sakit yang di alaminya. Pihak JKKK sendiri akan cuba mengambil inisiatif untuk membantu beliau mengikut kemampuan yang ada untuk membantu beliau samada melalui peralatan ataupun kerkhidmatan kepada beliau.

Kunjungan kami ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri serta membantu kepada mereka yang memerlukan terutama sekali kepada yang uzur, warga emas, golongan muskin ataupun OKU. Di harap usaha murni kami mendapat sokongan dari pihak masyarakat apatah lagi pihak berwajib dengan menghulurkan bantuan kepada mereka. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan serta keselamatan masyarakat di bawah kami sesuai dengan moto kami sendiri iaitu Kampung berkebajikan.

Turut bersama sama kami dalam program ziarah ini adalah Ketua PAS Cawangan Padang Jawa Petaling, Tn HJ Hisham Parman serta Ketua Biro Dakwah Surau Nurul Iman, Sdr Abdul Rahman b Jalil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan