Rabu - 23 June 2010 - Satu pertemuan dengan Ikatan relawan (RELA) telah diadakan pada 23hb June yang lalu. Pertemuan yang diadakan di Bilik Gerakan JKKK padang Jawa Petaling itu adalah bertujuan untuk saling kenal mengenali serta beramah mesra di antara AJK dari JKKK dan RELA.
Antara yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Kapten (B) Roslan selaku Ketua Rela Mukit Bukit Raja beserta 10 orang pegawai Platun dari RELA. JKKK padang Jawa Petaling pula di wakili oleh Pengerusi TN Hj Abdul Aziz Hj Barhan Sdr Shanrom selaku setiausaha serta barisan AJK AJK semuanya termasuk dari AJK Biro Keselamatan.
Dalam sessi penerangan yang turut diadakan pada malam tersebut, Kapten Roslan telah memberi penerangan kepada semua mengenai fungsi sebenar RELA serta tugas serta tanggungjawab yang dipikul oleh RELA selaku anggota tambahan ataupun backup kepada keselamatan samada di peringkat kampung, Negeri mahupun Negara.
Antara tugas tugas RELA khasnya di Padang Jawa ini termasuklah menjaga keselamatan Kampung seperti mencegah kecurian, samun, khalwat, kawalan lalu lintas, Kawalan Pasar Malam malah banyak lagi tugas tugas tambahan jika mahu dicatitkan disini.
Menurut Kapten (B) Roslan, beliau menghulurkan salam perkenalan serta persahabatan kepada JKKK padang Jawa Petaling dan pada masa yang sama mengalu alukan kesudian pihak JKKK yang mahu bekerjasama dengan pihak RELA dalam menjaga keselamatan kampung. Beliau juga mengalu-alukan langkah pihak JKKK yang menggalakkan ahli ahlinya terutamanya dari biro keselamatan agar menyertai menjadi anggota RELA kerana dengan cara ini, kerjasama erat akan terjalin dan menghasilkan natijah yang lebih baik demi kebaikan kampung bersama.
Pengerusi JKKK, Tn Hj Abd Aziz turut mengalu alukan kesudian pihak RELA untuk saling duduk bersama JKKK walaupun berada di bawah pentadbiran yang berbeza. Ini katanya sebagai satu langkah bijak demi mendapat kesenambungan yang baik dalam menjana kehidupan masyarakat kampung yang lebih baik serta aman insya Allah..katanya. Akhirnya beliau juga berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan agar jalinan kerjasama ini dapat membawa kampung ke era yang lebih maju dan berdaya saing.
Pertemuan ditamatkan sekitar jalm 11.00 malam serta jamuan turut diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan