PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 21 Jun 2010

KEBAJIKAN TERUS MENJADI AGENDA UTAMA

Khamis - 17hb June 2010 Kebajikan penduduk penduduk Padang Jawa terus menjadi agenda utama JKKK Padang Jawa Petaling terutamanya golongan yang uzur, golongan warga emas mahupun dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Jesteru itu, JKKK Padang Jawa Petaling mengorak langkah meneruskan program kebajikan mereka dengan menziarahi golongan golongan ini. Terdapat sedikit kelainan di dalam program kali ini dimana buat pertama kalinya pihak JKKK telah turut diserta oleh anggota sayap dari Parti Islam Semalaysia. Iaitu Dewan Muslimat PAS kawasan Shah Alam, yang diketuai oleh Pn Hajah . Turut bersama sama beliau ialah seramai 5 orang anggota Dewan Muslimat. Program yang bermula sekitar jam 10.00 pagi itu telah turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Haji Abdul Khalid Samad.

Sejumlah enam buah keluarga telah sempat diziarahi oleh JKKK dan Dewan Muslimat. Kami telah mengunjungi rumah Puan Azizah serta Puan Hindon yang terletak di Lorong Tebu, Jalan Mat Raji. Alhamdullillah kunjungi diterima baik oleh tuan rumah serta mengucapkan kesyukuran atas kesudian kami mengunjungi serta memberi sedikit bantuan barangan keperluan kepada mereka.

Seterusnya kami telah bergerak ke Lot 624, Jalan Mat Raji. Terdapat sebuah keluarga yang mempunyai 4 orang anak iaitu Puan Aminah. Beliau yang mengalami masalah penyakit lumpuh telah sempat meluangkan masa menerima kehadiran kami. Beliau dengan nada ceria amat berbesar hati atas kunjungan kami dan mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak JKKK dan Dewan Muslimat menghulurkan bantuan dalam meringankan bebanan kehidupan, Alhamdullillah.

Rumah ke 4 dalam kunjungan kami ialah ke Lorong Yus di Lot 2572. Terdapat seorang ibu tua yang keseorangan di dalam rumah sewaktu kunjungan kami itu. Ibu tua tersebut, Puan Mahani menyatakan bahawa anaknya pada ketika ini seang keluar bekerja dan beliau memang sudah biasa berseorangan pada waktu ini. Beliau yang mengalami masalah lumpuh, kencing manis dan darah tinggi melahirkan terima kasih atas kesudian kami mengunjungi serta memberi sedikit bantuan kepada beliau. Adalah sesuatu yang menyentuh perasaan dan memilukan melihat suasana kehidupan beliau yang serba daif itu. Semuga Allah memberi kemurahan rezeki dan kesihatan kepada beliau.

Seterusnya konvoi bermotosikal kami telah singgah ke Jalan Muhibbah Padang Jawa. Kami mahu mengunjungi sebuah keluarga warga emas yang terletak di Jalan tersbut. Rumah kecil yang dipenuhi dengan tanaman seperti sayuran (termasuk anggur) itu dimiliki oleh Puan Faridah. Alhamdullilah kunjungan kami diterima baik dan seterusnya bantuan dalam bentuk yang sama telah diberikan.

Kunjungan terakhir kami pada pagi ini ialah kerumah Puan Marini yang terletak di Kampung Rimba Jaya. Rumah beliau terletak di belakang klinik Krishna. Dalam kunjungan kami, telah sempat menziarahi ibu beliau yang telah agak lama terlantar sakit. Seperti kebiasaan dalam kunjungan kami ke rumah rumah yang sebelumnya, kami sempat menghulurkan bantuan ringkas serta diakhiri dengan bacaan doa.

Menurut Ahli Parlimen, Tn Hj Abdul Khalid Samad, diharap kunjungan yang baik dan murni ini dapat diteruskan serta diperbanyakkan lagi dalam usaha usaha kebajikan yang menjadi agenda utama JKKK sendiri. Selain itu, kunjungan seperti ini tentunya dapat mengeratkan tali siratulrahim serta dapat saling kenal mengenali di antara masyarakat kampung dengan AJK JKKK dan Dewan Muslimat PAS sendiri mahupun Ahli Parlimen sendiri. Dengan cara seperti ini, pihak masyarakat akan mempunyai sikap mesra dan secara tidak langsung akan suka untuk merujuk sesuatu masalah kepada pihak JKKK sekiranya mereka mempunyai masalah ataupun kesusahan....katanya lagi.

Manakala itu, Ketua Biro Kebajikan Masjid As Solihin, Tn Hj Hisham Parman menyeru kepada masyarakat kampung terutamanya dari golongan yang miskin, Orang Kurang Upaya mahupun warga emas agar tidak segan silu menemui Pihak Pengurusan Masjid As Soihin sekiranya mempunyai sebarang masalah terutamanya dalam soal kebajikan. Pihak Masjid akan sebaik mungkin membantu kepada merka mereka yang memerlukan dengan harapan agar usaha ini akan mendapat membantu mereka serta mendapat keredhaan dari Allah swt.

Program ini berakhir sekitar jam 12.00 tengahari.

Alhamdullillah, kunjungan ini telah sedikit sebanyak membuka ruang kefahaman serta sikap keterbukaan samada pihak JKKK mahupun pihak masyarakat dalam menangani sesuatu masalah terutamanya soal kebajikan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan