PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 21 Jun 2010

Sabtu 19hb June, 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling sekali lagi telah berjaya menganjurkan program Kuliah bulanan yang diadakan di Dataran Hj Borhan, Lot 634D, pada 19hb June, 2010 yang lalu.

Program Kuliah kali ini menampilkan Al Fathil Ustaz Kamal Ashaari selaku penceramah bebas jemputan. Dalam kuliah yang diberikan oleh beliau menekankan perlunya setiap hamba Allah mengingati mati. Antara intipati utama dalam siri kuliah beliau adalah :
1. Setiap Hamba Allah mestilah berpegang teguh dengan Tali Allah yakni agama Islam. Janganlah kamu mati melainkan dengan berpegang teguh dalam Islam.
2. Fikirkanlah apa yang perlu di bawa balik sebelum kamu mati. bermaksud apakah bekalan yang diperlukan untuk persiapan apabila bertemu Allah swt. iaitu Pahala. Maka dari itu untuk emndapat pahala maka lakukanlah kebaikan, kebajikan, amalan, sedekah jariah dan sebagainya demi mencari redha Allah.
3. Carilah Ilmu yang bermanafaat ..iaitu ilmu yang mampu membawa kita kepada redha Allah samada Ilmu Dunia mahupun Ilmu ilmu akhirat.
4. Doa dari Anak yang soleh. Bermaksud perlunya kita mendidik anak anak kepada beriman kepada Allah swt. agar suatu masa nanti apabila kita telah kembali ke rahmatullah, anak anak itulah yang berperanan serta mampu mendoakan buat kita. Berilah tanggungjawab kepada anak anak agar bijak dalam kehidupan serta bermasyarakat samada untuk dunia mahupun akhirat. Sekurang kurangnya anak anak mampun menguruskan jenazah apabila kita mati kelak.

Al Fathil Ustaz juga menyarankan kepada jemaah sekelian agar mengambil kesempatan kehangatan Piala Dunia ini dengan melakukan sembahyang sembahyang seunat malam serta bertahajud. Daripada kita leka tan tidur menunggu Perlawanan bolasepak, adalah lebih baik jika sekiranya kehangatan Piala Dunia ini ditambah dengan bersembahyang malam. Kerana ini adalah peluang yang terbaik dan sesungguhnya bukan mudah untuk bangun malam...katanya lagi. Beliau juga menyarankan agar para jemaah mengamakan satu lagi ibadah iaitu mengamalkan sentiasa berwudhu dalam setiap masa. Ini akan dapat membantu agar kita sentiasa dalam ibadah.

Semetara itu, pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Barhan melahirkan kesyukuran kerana masih dapat terus menganjurkan program seperti ini. Beliau juga mengharapkan kepada seluruh masyarakat agar dapat terus memberi sokongan serta kerjasama demi meneruskan program ini. Sesungguhnya ini adalah salah satu program kami dalam mendidik masyarakat  ke arah hidup serta mengamalkan cara hidup Islam yang baik..katanya lagi. Beliau juga menyeru kepada Wakil Wakil lorong agar membantu pihak JKKK untuk mengadakan program program seumpama ini di lorong lorong mereka sendiri.

Makanan serta minuman turut disediakan untuk jamuan kepada seluruh masyarakat. Program berakhir sekitar jam 11.00 malam. Alhamdullillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan