PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 27 Oktober 2010

ZIARAH AIDIL FITRI BERSAMA PELAJAR UITM




Khamis 29/09/2010 - Pelajar Pelajar Uitm Fakulti pendidikan dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah mengadakan program ziarah aidil fitri pada 29 september yang lalu.

Seramai 10 orang pelajar fakulti tersebut beserta Professor fakulti tersebut, Professor Paramjit Singh telah turut serta dan telah sempat meluangkan masa ke 4 buah rumah dari golongan miskin serta ibu tunggal.

Antar rumah yang telah sempat di ziarahai adalah rumah Puan Azizah (Lorong Tebu), Puan Zah (Lorong Bali)
Puan Ina (Lorong Harry) dan Puan Tipah di Jalan Sekolah.

Dalam kunjungan tersebut juga pihak pelajar telah sempat menghulurkan sedikit bantuan sempena aidil fitri seperti Kuih muih raya, Kek, beras, dan beberapa barangan keperluan lain. Mereka juga telah beramah mesra kepada semua keluarga yang dikunjung dan akan berusaha untuk terus memberi bantuan di masa akan datang.

Kami dipihak JKKK mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Pihak Fakulti menziarahi serta menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan. Semuga usaha murni ini akan dapat diteruskan dan hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya.

Rabu, 20 Oktober 2010

Program Baraan





JKKK Padang Jawa Petaling telah turut sama sama menyertai program baraan aidil fitri yang dianjurkan oleh Pihak Surau Nurul Iman Jln Mat Raji Padang Jawa.

Menurut pengerusi Surau, Tn Hj Hisham Parman, program baraan ini adalah julung kalinya dianjurkan oleh Pihak surau. Beliau berharap dengan adanya program seperti ini, ianya bukan sahaja sebagai satu sambutan aidil fitri, tetapi ianya juga dapat mengeratkan tali siratulrahim serta mengeratkan ikatan ukhwah sesama jemaah serta masyarakat setempat. Beliau berharap program seperti ini akan menjadi satu ibadah kerana ianya adalah sesuatu yang murni di dalam Islam sendiri.

Antara rumah yang telah sempat dikunjungi itu termasuklah rumah tuan imam Shaharudin, Imam Md Hafiz, rumah Hj Hisham sendiri, rumah Tuan Bilal Hj Hashim dan Anuar,  rumah Tn Hj Osman Dato Dagang, rumah Sdr Selamat b Raji, rumah Sdr Kholil, rumah Sdr Masjudin, Sdr Hamid termasuklah ustaz Naaman Kadis serta Ustaz Kamal Nasir termasuklah serta beberapa lagi rumah lain.

Menurut Hj Aziz Barhan, belian amat menanjungi serta bersama sama menyokong usaha baik ini dan berharap ianya akan berterusan di  tahun tahun mendatang.

Isnin, 18 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA PENGERUSI JKKK

Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling, Hj Abdul Aziz barhan telah sempat mengadakan rumah terbuka bertempat di rumah Ketua Kampung sendiri yang dikhaskan kepada Jemaah Surau Nurul Iman pada 21 hb September 2010 yang lalu.

Majlis dimulakan dengan bacaan secara beramai ramai selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan seterusnya ucapan dari Pengerusi Surau dan Pengerusi JKKK.

Sementara itu, pada 26hb September pula satu lagi majlis rumah terbuka aidil fitri telah diadakan di tempat yang sama. Majlis kali ini pula adalah terbuka kepada semua kaum wanita yang sama sama turut serta dalam program belajar membaca al quran yang diadakan disurau Nurul Iman setiap minggu.





Turut hadir dalam majlis ini termasuklah Ustaz Saiful yang merupakan tenaga pengajar utama program tersebut.

Ahad, 19 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



KAMI AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PADANG JAWA PETALING MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SELURUH WARGA DI KAMPUNG PADANG JAWA. MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN DAN KELEMAHAN DALAM PERKHIDMATAN KAMI SELAMA INI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SELURUH MASYARAKAT KEPADA KAMI DALAM MENTADBIR KAMPUNG INI MENJADI YANG TERBAIK SEGALA SEGI, INSYA ALLAH.

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA

Jumaat, 17 September 2010

PERESMIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI

5 hb Ogos. 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah dijemput ke majlis peresmian Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7, pada 5hb Ogos yang lalu.

Majlis peresmian telah dilaksanakan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut hadir ialah MB Selangor Tan Sri Khalid beserta exco exco nya.

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 itu dibuka pada 3 Ogos tahun lepas dan mempunyai 13 guru dan 159 pelajar.

Khamis, 16 September 2010

KAMPUNG BERKEBAJIKAN : SUMBANGAN AIDIL FITRI

Ahad 5hb September 2010 (25 Ramadhan 1431h) - Program Kebajikan diteruskan lagi dan kali ini JKKK Padang Jawa Petaling telah berusaha dengan menjayakan satu program Sumbangan kepada Golongan Warga Emas serta golongan kurang bernasib baik sempena persiapan menjelang Aidil Fitri.

Golongan yang menerima bantuan termasuklah dari Warga Emas, Ibu Ibu Tunggal, Golongan miskin, serta Warga Kurang Upaya. Seramai kira kira 120 orang penerima telah dijemput untuk mengahdiri program yang telah diadakan bertempat di Lot 634D, Jalan Mat Raji berdekatan Bilik gerakan JKKK.

Menurut Pengerusi JKKK Hj Abdul Aziz Barhan, sumbangan ini adalah bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan ini menjelang aidil fitri agar dapat disambut dengan gembira. Beliau juga merngucapkan ribuan terima kasih kepada semua para penderma atas kesudian menghulurkan sumbangan untuk disalurkan kepada pihak  penerima.

Ahli Parlimen Shah Alam Tn Hj Khalid Samad dalam ucapan alu aluan beliau mengingatkan kepada semua penerima agar sentiasa melakukan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan baik. 'Janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah swt maka berpuasalah, bersolat , bertadarus dan lain lain terutama dalah bulan Ramadhan yang mulia ini. Beliau juga menceritakan kesudian Menteri Besar Selangor untuk menolak sumbangan dari PKNS demi kepentingan rakyat. Akhirnya, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak JKKK kerana telah berjaya menganjurkan program yang baik seperti ini.

Dalam Tazkirah Ramdhan yang diberikan oleh Ustaz Hassan Basri dari  Tentera, beliau berpesan agar semua masyarakat sentiasa ingatkan Allah banyak banyak. Janganlah sesekali meninggalkan Al Quran dan sunnah nabi kerana itulah cara hidup yang patut diamalkan oleh kita semua...katanya. Beliau juga berpesan agar peliharalah Allah , insya Allah Allah aan pelihara kita.

Turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Padang Jawa Petaling , Hj Hisham Parman.

Sumbangan barangan keperluan itu telah dilaksanakan oleh YB Ahli Parlimen sendiri.
Program berakhir jam 1.00 tengahari.

Selasa, 14 September 2010

MAJLIS KHATAM AL QURAN SURAU NURUL IMAN

Sabtu 4hb September 2010 -Surau Nurul Iman dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya mengadakan satu majlis Khatam Al Quran serta penyampaian sumbangan cenderahati kepada pegawai pegawai Surau Nurul Iman pad 4hb September 2010 yang lalu.

Majlis yang dianjurkan di bawah Biro Dakwah, Surau Nurul Iman itu bermula pada waktu Isyak dengan Solat berjemaah bersama serta berterawih bersama sama. Seterusnya ucapan ringkas Pengerusi Surau diikuti dengan majlis khatam Al Quran dan berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada semua.
Penerima penerima cenderahti adalah dari peserta peserta Tadarus Al Quran sepanjang Ramadhan ini, serta AJK dan pegawai pegawai surau serta tidak dilupakan imam imam sepanjang terawih ramadhan ini termasuklah imam jemputan.

Jamuan makan noreh turut disediakan sejurus berakhirnya majlis ini.
Menurut Pengerusi Surau Nurl Iman, Tn Hj Hisham Parman, beliau berharap akan tampil lebih ramai lagi peserta Tadarus Al Quran di masa akan datang serta semuga semakin ramailah lagi kehadiran jemaah jemaah sekitar di masa akan datang. "Kami akan terus berusaha mengimarahkan Surau ini melalui usaha usaha dakwah samada melalui kuliah kuliah, tazkirah, program remaja dan sebagainya yang akan kami atur dari masa ke semasa..katanya.

Beliau juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta memohon maaf atas kekurangan sepanjang perkhidmatan sejak mentadbir Surau tersebut.