

Bertempat di Kawasan Lapang MBSA bersebelahan Surau Nurul Iman program tersebut telah dimulakan sekitar jam 08.30 pagi. Bermula dengan perarakan dari jalan masuk ke Taman Baru, para peserta telah berarak sejauh kira kira 1/2 kilometer ke tempat majlis di Tapak MBSA. Antara para peserta perarakan termasuklah JKKK sendiri, AJK Surau, serta NGO NGO seperti Tadika Pasti Az Zahrah 1, 2 dan 4, Tadika Kemas, PAS Padang Jawa, Kumpulan Wanita Padang Jawa, Kumpulan Celik Al Quran (JKKK), Tadika islah, Kumpulan Kompang Padang Jawa, Kumpulan rewang Padang Jawa, Sek Ren. Agama Padang Jawa serta Sek. Kebangsaan Padang Jawa Petaling serta Kumpulan Marhaban Padang Jawa.
Antara yang turut hadir dalam majlis ini adalah ADUN batu Tiga Pn Rodziah Ismail, Tok Penghulu Arzmi bin Mohd Atan, Wakil Ahli Parlimen Tn Hj Jamil. manakala wakil dari dalam kampung termasuklah Pengerusi JKKK Tn HJ Abdul Aziz, Pengerusi Surau Tn Hj Hisham serta Tn Abdul Halim dari MPP Zon 6.
Dalam ucapan alu aluan Tn Hj Aziz melahirkan kesyukuran kerana sambutan ini telah berjaya dilaksanakan hasil usaha padu bersama sama. Nabi Muhammad adalah junjungan besar kita dan seharusnya ianya dapat kita sambut bersama sama tanpa mengira perbedaan fahaman politik..katanya.
Manakala Pn Rodziah dalam ucapan alu aluannya mengucapkan syabas kepada semua yang menjayakan majlis ini dan berharap ianya dapat meningkatkan lagi ukhwah di kalangan masyarakat di Padang Jawa.
Beliau juga sempat memberitahu perkembangan terkini mengenai nasib penduduk penduduk di Rimba Jaya yang suatu ketika dahulu mengalami masalah dimana rumah rumah mereka telah dirobohkan oleh pihak MBSA atas alasan menduduki tanah secara haram. Pampasan sebanyak RM7,000 seorang akan dibahagikan kepada kira kira seramai 264 penduduk yang terlibat.

Antaranya ialah mengenai Sirah Nabi, serta perjuangannya yang tidak mengenal penat sehingga tertegaknya Islam di Bumi Mekah dan Madinah serta seluruh dunia. Itulah perjuangan hakiki serta sunnah yang harus diikuti oleh Umat Islam.

Majlis diakhiri dengan bacaan selawat atas nabi serta Doa oleh YB Ustaz serta sedikit jamuan ringan telah disediakan kepada jemputan serta masyarakat amnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan