PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 29 April 2010

KITAR SEMULA MINYAK MASAK...

Kutipan Sisa Minyak Masak Terpakai MPP Zon 6

1 Mac baru baru ini, MPP Zon 6 dengan kerjasama JKKK Kg Padang Jawa telah mengadakan kempen Kutipan Minyak Masak Terpakai yang disasarkan kepada pengusaha kedai makan serta penduduk tempatan. Modus operandi kempen ini dijalankan adalah dengan mengumpulkan minyak masak terpakai dalam tong yang telah disediakan untuk mengelakkan mereka daripada membuang sisa sungai ke sinki yang akhirnya boleh mengalir ke dalam sungai Klang.

Kempen ini selari dengan hasrat river ranger yang di adakan iaitu untuk memupuk kesedaran penduduk tempatan terhadap kesedaran mereka untuk menjaga kebersihan sungai. Menurut fakta sains, minyak tidak dapat larut ke dalam air kerana mempunyai ketumpatan yang berbeza. Maka, hal ini bisa mendatangkan masalah terhadap kualiti air sungai jika pembuangan minyak ke dalam sungai dibiarkan secara bebas. Justeru, atas kesedaran inilah pihak penganjur berhasrat untuk mendidik disamping menyediakan alternatif dalam tindakan kita bersama untuk memelihara kebersihan sungai ini seterusnya dapat menjayakan agenda perlaksanaan river ranger.

Pada jam lima petang, Ahli Majlis, Setiausaha Kehormat serta setiausaha kerja MPP Zon 6 telah bersedia menuggu AJK JKKK Kg Padang Jawa untuk memulakan operasi pengagihan tong kosong yang boleh mengisi sekitar 20 liter, 15 tong berjaya di edarkan. Antara sasaran untuk di edarkan tong tersebut adalah kedai kedai makan, gerai goreng pisang serta rumah penduduk kampung yang mengadakan kenduri kahwin. Semua tong ini di edarkan percuma dan servis penghantaran dan pengambilan tong juga percuma. Sehingga hari ini, minyak terpakai yang telah berjaya dikumpulkan dalam sebuah tong yang besar adalah sebanyak 200 liter. Walaupun aktiviti pengedaran tong serta kutipan semula ini di lihat suatu yang simple namun implikasinya sangat besar kerana kuantiti minyak sebanyak 200 liter (sehingga hari ini) berjaya kita selamatkan daripada terus mencemari sungai kita. Usaha ini akan dijalankan secara berterusan memandangkan kepentingannya serta sokongan padu JKKK Kg Padang Jawa serta kerjasama yang amat baik telah diberikan oleh pengusaha kedai makan, gerai goreng pisang serta penduduk tempatan.
 
Semoga kempen ini berjaya membentuk kesedaran dalam diri kita untuk lebih berhati hati dan tidak bersikap sambil lewa yang boleh memudharatkan alam sekitar.
*Petikan dari blog Shah Alam River ranger.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan