PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 24 April 2010

PERANAN IBUBAPA SERTA MASYARAKAT MENGHADAPI SERANGAN GEJALA SOCIAL..........

Jumaat : 23/04/2010 Seluruh ahli masyarakat Padang Jawa di seru untuk turut sama sama berperanan membantu Pihak pihak berwajib dalam usaha untuk menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan masyarakat. Pihak JKKK sendiri telah turut tersentuh serta sentiasa berusaha mengambil peranan dalam menangani gejala sosial ini.
Menurut Penceramah Ust. Suhaini b Ahmad Wakid gejala sosial yang berlaku di kalangan masyarakat samada di Padang Jawa mahupun di seluruh negara amnya, telah mencapai tahap yang amat amat membimbangkan sama sekali. Beliau yang memberikan tazkirah yang panjang lebar mengenai perkara ini menjelaskan bahawa antara gejala sosial yang berlaku ini bukan sahaja di kalangan remaja belia, bahkan dari kalangan segenap umur. Antara icontoh yang beliau berikan adalah
1. Syirik kepada Allah - amalan amalan seperti menyihir orang lain, menemui bomoh atau pawang untuk keuntungan berjudi masih terus berlaku.
2. Membunuh tanpa hak - amalan ini semakin menjadi jadi sejak akhir akhir ini terutamanya gejala buang bayi. Malah bayi bayi ada dibuang di tong tong sampah, diletakkan di masjid / surau / menggugurkan kandungan.
3. Melakukan Zina - gejala ini sangat sangat relevan dan sentiasa berlaku terutama kalangan remaja serta belia. Ibu bapa memainkan peranan besar menegur anak anak yang bebas bergaul serta pastikan kemana hala tuju mereka kerana mereka amat mudah dipengaruhi dalam usia usia muda sebegini. Gejala ini amat dikhuatiri akan membawa kepada gejala buang bayi.
4. Murtad - Semua masyarakat sudah sedia maklum gejala ini amat membimbangkan. Kisah Nur Aishah Bukhari yang pernah menggegarkan Umat Islam Malaysia satu ketika dahulu masih lagi menghantui serta menyedihkan kita semua. Menurut Ust Suhaini terdapat begitu banyak kes kes mahu menukar agama masih lagi berada di mahkamah. Beliau juga menceritakan bagaimana kisah seorang wanita yang mati kemalangan serta ditemui dengan mempunyai rantai salib di lehernya.
Beliau turut meminta masyarakat supaya sentiasa mengambil berat dalam beberapa perkara perkara lain antaranya ialah gejala dadah, minum arak, memakan riba dan akibatnya serta beberapa perkara yang membawa dosa besar seperti lari ketika perang dan menuduh zina perempuan baik.
Sementara itu dalam tazkirah ringkas oleh YB Ustaz Ahmad Zaki Arsad, beliau menyeru masyarakat Padang Jawa amnya supaya melakukan perkara perkara yang baik agar senantiasa mendapat keredhaan Allah swt dalam hidup.  Ini kerana Redha Allah akan dapat menjamin kehidupan yang bahagia di dunia mahupun akhirat.  "Hidupkan mengikut acuan acuan yang ditetapkan Allah swt, Jauhilah dari amalan amalan buruk, hiasilah diri dengan akhlak yang baik serta jagalah perkataan, amalan serta perbuatan anda semua." katanya.
Dalam kesempatan ini juga, Ustaz Ahmad Zaki menyeru pihak JKKK serta ahli ahli agar meneruskan usaha murni mencari keberkatan Allah ini. Beliau yang akan mula berkursus selama 3 bulan di Mesir membuat pesanan agar JKKK serta pihak pihak berwajib sentiasa intiqamah dalam urusan kampung ini. Beliau mengakui sentiasa berusaha yang terbaik kepada masyarakat kampung yang semakin mesra kepada beliau semenjak beliau menjadi Nazir Masjid As Solihin padang Jawa. Insya Allah beliau di jangka pulang dari mesir sebelum menjelang Bulan Ramadhan. Beliau juga menceritakan sebelum ini beliau biasa berkursus di banyak tempat termasuk di London, Bangkok, Philiphine dan terbaru di Mesir ini.
Manakala Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan pula berharap masyarakat dapat menerima program seperti ini kerana ini salah satu cara pihak JKKK untuk mendekati masyarakat dalam usaha menagngani gejala sosial ini. Beliau juga berharap agar program ini dapat dilakukan antara lorong ke lorong di Padang jawa. Beliau berharap lorong lorong yang berminat bolehlah menghubungi beliau untuk kesenambungan program.
Masyarakat turut disajikan dengan Ikan bakar serta sayur dan kuih muih sebagai jamuan dan makan malam.
Program berakhir sekitar jam 12.00 malam.

2 ulasan:

  1. Salam,

    Apa tindakan yang akan dilaksanakan oleh JKKK Padang Jawa Petaling dan Klang?

    BalasPadam
  2. Salam,

    Jika kita terbuka di dalam menerima kritikan dan idea-idea bernas maka jangan lah ditapis ulasan yang di berikan oleh pandangan awam...ini akan menyebabkan kita memaparkan yang terbaik sahaja maka segala kritikan tidak akan diketahui oleh pihak lain...untuk menjadi yang terbaik perlu ada kritikan yang membina...fikir fikirkanlah...

    BalasPadam