Khamis - 28hb Jan 2010. Ahli Jawatankuasa JKKK Padang Jawa Petaling telah mengambil inisiatif sendiri dengan membuat kerja kerja gotong royong di kalangan AJK sendiri untuk mengecat bendul bendul yang terdapat di sekitar Jalan Mat Raji, Padang Jawa.
"Berikutan tindakan pihak kontraktor membaiki Jalan Mat Raji yang tidak bertanggungjawab,
kami mengambil inisiatif sendiri untuk mengecat bendul bendul ini demi keselamatan serta keselesaan penduduk penduduk" kata Sdr. Abu Shah Hashim.
Beliau yang merupakan Ketua Biro Hal Ehwal Belia dan Sukan menyatakan demikian sewaktu ditemui mengecat bendul bendul tersebut kira kira jam 2.00 pagi.
Sekitar awal 2009, kerja kerja membaiki jalan Mat Raji yang rosak teruk telah bermula. namun pada akhirnya kontraktor jalan tersebut telah bersikap lepas tangan apabila membiarkan sahaja bendul bendul tersebut tanpa bercat mengakibatkan bahaya kepada para pengguna jalan tersebut.
Sebelum ini juga, terdapat kejadian dimana seorang penunggang motosikal yang telah mengalami kemalangan serta mengalami kecederaan akibat melanggar bendul tersebut tanpa mengetahui terdapatnya bendul dilaluan tersebut.
"Jesteru mengambil iktibar dari kemalangan yang pernah berlaku, serta demi keselamatan para penduduk kampung, kami mengambil iktibar untuk mengecat sendiri bendul bendul ini", kata Sdr Abu Shah lagi.
JKKK Padang Jawa Petaling pernah melahirkan kekecewaan atas sikap Kontraktor yang tidak bertanggungjawab ke pengetahuan Pejabat Daerah namun tidak mendapat hasilnya.
Daripada menunggu lebih lama, adalah dirasakan lebih baik untuk pihak JKKK mengambil inisiatif sendiri demi penduduk Kampung ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan