Ahad - 7hb Februari 2010 - Biro kebajikan dan Hal Ehwal Wanita sekali lagi mengorak langkah awal dengan mengadakan satu lagi program untuk masyarakat sekitar Padang Jawa.
Program yang dinamakan "MARI BELAJAR MEMBACA AL-QURAN" ini di sasarkan terutama kepada para ibu-ibu tunggal serta para ibu-ibu yang terdapat disekitar Padang Jawa.
Antara pengisian utama program ini ialah:
1. Memberi pertarbiahan kepada golongan ini tentang sejarah Islam dan Al Quran
2. Menerangkan tentang isi kandungan Al Quran.
3. Cara cara membaca Al Quran dengan betul.
Menurut ketua Biro Kebajikan , Sdr Anuar @ Mohd Nasir, antara matlamat utama program dan kuliah ini diadakan ialah untuk mendidik serta menerapkan nilai nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat yang terdapat di Padang Jawa ini. "Kami berharap dengan adanya program seperti ini, ianya akan dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang betapa pentingnya kefahaman serta pengetahuan dalam membac a al Quran. Ini Secara tidak langsung akan dapat mendidik masyarakat kearah kehidupan yang lebih baik dalam seharian mereka sejajar dengan apa yang diperintahkan oleh Allah swt melalui Rasulullah SAW", katanya.
Sementar Ketua Biro Pendidikan, Sdr Mahfuz Othman pula berpandangan bahawa masyarakat perlu sentiasa terus dididik agar mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka selaras dengan cara cara yang disarankan oleh Agama. "Kebayakan merekapun telah mengetahui mengenai cara cara membaca Al Quran dengan baik dan kami selaku JKKK hanya berusaha untuk membantu mereka dengan mengadakan program sebegini. katanya.
Seorang peserta, Pn. Zubaidah Mahat berkata program ini adalah amat baik dalam membantu masyarakat terutamanya yang tidak berkemapuan. "Saya pun seronok dapat mengikuti program ini kerana ianya dijalankan secara percuma , yidak ada yuran yang dikenakan dan ini dapat membantu saya agar dapat membaca Al Quran dengan baik" katanya.
Program tersebut telah dibuka dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK sendiri, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan. Program ini akan berterusan dan akan diadakan setiap minggu bermula setiap hari Sabtu jam 03.00 petang dan bertempat di Surau Nurul Iman, jalan Mat Raji Padang jawa.
Kepada yang berminat bolehlan menyertainya dengan menghubungi saudara Mahfuz Othman, H/P 016-6068837 atau datang sahaja terus ke Surau Nurul Iman setiap Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan