Ahad - 2 hb Ogos 09 - Satu program penerangan mengenai kebakaran bersama-sama pihak Jabatan BOMBA telah diadakan pada 2hb Ogos yang lalu. Bertempat di Bilik Gerakan JKKK Padang Jawa Petaling, program itu adalah bertujuan untuk memberi penerangan mengenai fungsi fungsi Bomba serta penerangan mengenai cara cara untuk memadam kebakaran.
Menurut pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan, antara tujuan utama program itu diadakan ialah selain memberi sessi penerangan mengenai tugas tugas pihak Bomba, ia juga bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat agar menyedari betapa pentingnya tugas tugas pihak Bomba dalam menghadapi sesuatu musibah.
Selain itu, tujuan utama perjumpaan tersrbut adalah untuk menubuhkan skuad khas sukarelawan Bomba yang terdiri dari dari penduduk penduduk Padang Jawa sendiri.
'Saya yakin dengan kerjasama masyarakat di kampung ini, adalah tidak mustahil kami akan mempunyai Skuad Sukarelawan kami sendiri. Dengan adanya skuad itu nanti, sekiranya berlaku musibah seperti kebakaran dan sebagainya, langkah langkah pencegahan awal akan dapat kita lakukan dan ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan risiko kebakaran dari merebak serta dapat mengurangkan kehilangan harta benda mangsa" katanya lagi.
Program ini telah diresmikan oleh Ahli Majlis MBSA, Sdr Zulkifli b Mohd Nani yang juga pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 6. Dalam ucapan ringkas beliau, mengucapkan tahniah atas usaha murni JKKK yang mengambil inisistif untuk menubuhkan skuad Bomba dan berharap agar ianya menjadi contoh kepada kampung kampung lain di Selangor bagi membantu pihak Bomba menghadapi musibah.
Pihak Bomba telah di wakili oleh Tuan Abd Manaf, Pegawai Operasi dan Latihan dari Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam. Dalam sesssi penerangan beliau, beliau amat amat berharap agar pihak JKKK dapat menubuhkan skuad sukarelawan Bomba kerana ianya amat penting sekali bagi membantu Jabatan BOMBA dalam menghadapi sesuatu musibah terutamanya kebakaran. Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak Bomba akan memberikan kerjasama penuh demi menubuhkan skuad tersebut.
"Kami akan membantu pihak JKKK dalam perkara ini terutama dari segi latihan dan juga peralatan peralatan yang diperlukan untuk memadam kebakaran. Kami sangat mengalu-alukan inisiatif pihak JKKK dan Kami bersedia untuk memberi apa apa kemudahan lain agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya" katanya.
Dalam program ini juga, satu sessi demontrasi cara cara memadam kebakaran telah diadakan. Ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang cara cara penggunaan alat alat pemadam kebakaran agar ianya dapat berfungsi dengan betul dan dimanafaatkan. Dalam demontrasi ini, masyarakat telah diberikan latihan untuk memadam kebakaran mereka sendiri agar ianya lebih mudah difahami.
Menurut seorang penduduk, Sdr Md Hazri Atan, beliau begitu teruja untuk menyertai Skuad Sukarelawan Bomba ini.
"Saya meminati kerja kerja kemasyarakatan dan ini adalah antara perkara yang mampu saya sumbang untuk masyarakat setempat. Di harap pihak terlibat dapat menubuhkan skuad sukarelawan ini dengan cepat" katanya.
Seorang lagi penduduk, Pn. Azlina Md Legi, berharap skuad Bomba dapat ditubuhkan dengan segera agar dapat membantu masyarakat Padang Jawa dalam menghadapi sesuatu musibah. "Saya akan merasa lebih selamat dengan adanya skuad ini nanti" katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha JKKK, Sdr Shanrrom Sazali berkata adalah menjadi harapan beliau serta JKKK agar dapat menubuhkan skuad sukarelawan Bomba ini. "Pihak kami pernah menghadapi masalah sewaktu berlaku kejadian kebakaran sedikit masa lalu. Itu telah menjadi iktibar oleh kami untuk menubuhkan skuad sukarelawan ini. Saya yakin berdasarkan sambutan dari masyarakat di sini, skuad sukarelawan ini akan dapat ditubuhkan, Insya Allah" katanya lagi.
KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI SDR SHANROM SAZALI 012-3273850
Tiada ulasan:
Catat Ulasan