PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 28 April 2009

PERESMIAN MASJID KOTA DAMANSARA






MASJID KOTA DAMANSARA DIRESMIKAN

5hb disember 08 – Masjid Kota Damansara telah dbuka dengan resminya oleh Sultan Selangor pada 5hb Disember 08.
Majjlis peresmian yang diadakan pada kira kira jam 12 tgh itu dimulakan dgn ucapan oleh Pengarah JAIS Datuk , bacaan doa dan Al Quran, serta titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin.
Sultan kemudian turut sama sama menunaikan Sembahyang jumaat bersama rakyat jelata dan diahkiri dengan majlis santapan bersama rakyat.JKKK Padang Jawa Petaling turut dijemput menghadiri majlis tersebut yang berakhir kira kira jam 3.00 ptg.

Sabtu, 25 April 2009
















MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA SULTAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN

11hb Disember 2008 – JKKK Kg Padang Jawa Petaling telah dijemput ke majlis minum petang antara Rakyat bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Program yang bermula kira kira jam 3.00 ptg itu telah dihadiri oleh Rakyat Selangor dari setiap daerah di negeri Selangor. Di anggarkan tidak kurang dari 3,000 orang tanpa mengira kaum telah menghadiri program ini.
Turut hadir ialah menteri besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengiringi Sultan untuk majlis santapan.

PEMBANGUNAN DITERUSKAN











PROGRAM PEMBANGUNAN

Pembangunan di Kampung Padang Jawa Petaling adalah antara agenda terpenting dalam memastikan ianya sentiasa berdaya maju mengikut keadaan semasa. Sehubungan itu, Biro pembangunan yang diketuai oleh Pengerusi JKKK sendiri, Tn Hj Abdul Aziz Barhan akan terus memastikan agar Kg padang Jawa akan terus maju dan tidak tertinggal dalam arus pembangunan Negara.

“Saya akan terus usahakan dari masa ke semasa agar agenda pembangunan sentiasa berterusan di Kampung ini dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan’.

Antara program pembangunan yang sempat dijayakan dalam 3 bulan pertama menjadi pemimpin di Kampung ini ialah projek menurap semula jalan utama dan lorong lorong sekitar Kampung serta membaiki system perparitan.

‘Buat masa ini, jalan yang terpilih adalah yang mengalami kerosakan paling teruk sekali, dan telah disahkan oleh pihak PBT’

Antara yang telah mendapat penurapan semula jalan ialah Jalan Sekolah, Lorong 1415, Sebahgian jalan Besar menuju ke Jln Tegas/Kunci Air serta menaik taraf jalan utamaJalan Utama Mat Raji.

Sementara Longkang yang diperbaiki ialah di Lot 645, Jln Mat Raji serta sepanjang Jalan Bilal Wondo.

Rabu, 22 April 2009

ZIARAH







YANG UZUR TIDAK DILUPAKAN

28hb januari 09 – JKKK Kg Padang Jawa Petaling serta jemaah surau Nurul Iman telah melakukan ziarah kepada seorang penduduk yang sedang mengalami keuzururan. Beliau adalah saudara Hamzah, yang tinggal di Lot 1542.
Menurut beliau telah mengalami keuuzuran di bahagian kaki kira-kira 3 minggu sebelum itu dan kini sedang bercuti kerja serta juga berubat di sebuah hospital di Klang.
Di kesempatan tersebut, Tn Hj Hisham mewakili Jemaah Surau telah menyumbangkan sejumlah wang serta barang-barang dapur untuk keperluan beliau menghadapi masalah keuzuran tersebut.
Sdr Hamzah telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian Ahli jemaah surau
Nurul Iman serta JKKK melakukan ziarah ke rumah beliau serta dapat pula membantu meringankan kesusahan beliau.

Selasa, 21 April 2009

DEEPAVALI : KAUM INDIA TIDAK DILUPAKAN












KAUM INDIA TIDAK DILUPAKAN

Satu program telah diadakan pada 18hb Oktober 08 yang lalu untuk kaum India semepena ketibaan Hari Deepavali. Program anjuran JKKK Padang Jawa Klang dan Petaling itu adalah untuk memberi bantuan kepada penduduk penduduk miskin di kalangan kaum India. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk barangan dapur yang boleh digunakan untuk menyambut Deepavali.

Seorang penduduk , A Maheswari 68, mengucapkan terima kasih kepada JKKK Padang Jawa kerana telah berusaha menghulurkan derma bagi beliau menyambut ketibaan Deepavali. “Saya sangat gembira, terima kasih atas usaha pihak kampong” katanya.

Barangan barangan tersebut telah disampaikan oleh YB DUN Batu Tiga, Pn Rodziah Ismail. Beliau berharap dengan bantuan tersebut, sedikit sebanyak akan dapat membantu penduduk penduduk miskin ini dalam menyambut Hari Deepavali.

Sabtu, 18 April 2009

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN
















CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN OLEH DR. ROBIAH K. HAMZAH

Program ceramah motivasi untuk Ibu bapa sekitar Padang Jawa Petaling telah di adakan di Dewan MBSA Padang Jawa pada 31/01/09 yang lalu.
Program yang bermula seawal jam 09.00 pagi itu telah berjaya menggumpukan seramai kira kira 200 participant di kalangan ibu bapa. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi rangsangan sertaa cara cara terbaik dalam mendidik anak anak bermula dari lahir sehinggalah apabila anak anak meningkat ke a lam remaja dan dewasa.
Dalam ucapan alu aluan, Ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz 47, mengucapkan syabas kepada Biro Hal Ehwal wanita kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan baik sekali. Beliau juga mengajak seluruh penduduk Kg Padang Jawa agar sama sama mengimarakan surau serta masjid kerana ianya dapat membentuk insan kearah menjadi yang terbaik . Beliau juga memberitau bahawa surau dan masjid sentiasa mengajurkan program program seperti kuliah maghrib ataupun subuh serta program program lain demi mencari perkara yang mendapat keberkatan ilahi.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim Bah Dakwah, Ust Ahmad Zaki Arshad pula menyeru penduduk penduduk padang jawa terutamanya ibu bapa agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak. “ibubapa perlulah bertanya kpd diri sendiri, apakah pandangan anak terhadap aku, adalah aku contoh yg baik kpd anak anak ku? Firman allah swt الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi: 46)

Ceramah utama motivasi adalah dari Penceramah terkenal, Dr Robiah K Hamzah. Dalam ceramah motivasinya Dr Robaiah menekankan perlunya ibubapa menjadi hebat agar anak anak turut hebat. Beliau turut menekankan agar ibu bapa sentiasa menunjukkan contoh yg terbaik dan menjadi Hambah Allah yang baik seperti solat 5 waktu, tidak berbohong, memimpin dengan baik dan sebagainya agar ia boleh menjadi contoh yang terbaik.

Wakil Jabatan Agama Islam JAIS, Ust Khusrin Mat Nayan pula menyebarkan tentang ajaran ajaran sesat yang terdapat di Selangor. Beliau menyarankan kepada semua agar berhati hati dalam mendalami agama islam agar tidak terjebak dalam kancah ajaran sesat.

Program tersebut telah berakhir jam 1.00 tgh dan acara penutupnya telah dirasmikan oleh Tn Hj Azli b Yusof selaku Wakil Majlis perwakilan Penduduk.

Rabu, 15 April 2009

MAJLIS PERESMIAN GERAI MBSA DI PADANG JAWA













GERAI MBSA DI RESMI

Majlis peresmian Gerai gerai MBSA di Tapak sementara MBSA di Jalan Mat Raji telah disempurnakan oleh YB dun Kota Anggerik Hj Yaakob Sapari. Beliau merupakan PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PEMODENAN PERTANIAN, PENGURUSAN SUMBER ALAM DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN negeri selangor.
Dalam ucapan peresmian beliau melahirkan kesyukuran kerana akhirnya gerai MBSA telah mula beroperasi dan dapat membantu beberapa peniaga kecil di Padang jawa mendapat rezeki melalui perniagaan makanan yang diusahakan.

Turut hadir ialah datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md Noor, Ahli Parlimen Shah Alam YB Hj Khalid Samad, ADUN Bt 3, YB Rodziah Ismail dan juga Penghulu Mukim Bukit Raja Tuan Arzmi b Md Atan.

Majlis anjuran MBSA ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari JKKK Kg Padang Jawa Petaling diketuai oleh tuan Hj Abdul Aziz Hj Barhan serta peniaga peniaga gerai MBSA tersebut.