PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 17 Januari 2011

COMBI DAN KEMPEN JON GANYANG AEDES

 
 
Ahad 16hb Januari 2011 - Skuad Komunikasi untuk perubahan tigkahlaku ataupun ringkasnya COMBI telah dilancarkan dengan resminya pada ahad, 16hb Januari, yang lalu. Majlis pelancaran skuad itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Abdul Samad. Dalam ucapan alu aluan beliau mengucapkan syabas atas kelahiran skuad ini dalam usaha membantu kerajaan mengawal pembiakan nyamuk khasnya aedes dan seterusnya membawa kepada demam denggi yang di maklumi boleh membawa maut.

Program ini adalah anjuran bersama antara PKD Petaling, JKKK Padang Jawa Petaling serta Skuad COMBI, Kampung Padang Jawa Petaling di bantu oleh Majlis Perwakilan Penduduk MPP Zon 6 MBSA,

Sementara itu Pengerusi JKKK, Tn Haji Abdul Aziz Barhan dalam ucapan beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak JKKK serta kerajaan membantu masyarakat agar dapat mengharungi kehidupan dalam keadaan bersih dan sihat. Jesteru dengan penubuhan Skuad COMBI ini beliau sangat sangat berharap ianya akan menjadi satu platform dalam menjayakan usaha kearah masyarakat sihat serta pesekitran bersih.




Memetik kata kata Pengarah Perkhidmatan Bandar MBSA, DR Hj Roslan bin Fadzil pula menyarankan agar masyarakat akan turut sama-sama membantu pihak berkuasa tempatan khususnya MBSA dalam usaha membantu membenteras masalah Aedes dan demam denggi. Pihak MBSA pula dari masa ke semasa akan sentiasa mengadakan operasi membunuh nyamuk ataupun fogging dari masa ke semasa. Lawatan dari rumah ke rumah oleh Jabatan Kesihatan MBSA juga sentiasa di adakan dari masa ke semasa dan beliau berharap agar masyarakat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan membenarkan Pihak berkuasa kesihatan MBSA membuat pemeriksaan ke kawasan dalam rumah.

Wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, En Hanif pula berharap agar masyarakat sama sama membantu Skuad COMBI ini sebagai satu usaha bersama sama mencegah nyamuk aedes dengan melawat kawasan kawasan pembiakan nyamuk terutamanya kawasan pesekitaran rumah.

Semetara itu, Pengerusi COMBI, Sdr Mohd Zahid Hj Borhan berharap kepada seluruh masyarakat agar memberi kerjasama kepada Skuad COMBI ini. "Melalui program yang diadakan hari ini, kami telahpun mengenalkan diri kami kepada masyarakat sekitar. Diharap selepas ini kami tidak mempunyai masalah serta berharap agar penduduk sama sama membantu jika terlihat kami membuat lawatan mengejut ke kawasan sekitar rumah anda semua".
Menurut beliau lagi, Sebagai langkah permulaan gerak kerja kami akan bermula dengan mengedarkan risalah mengenai Bahaya aedes dan demam denggi ini kepada masyarakat. "Selepas itu kami akan bergerak dari lorong ke lorong untuk membuat pemeriksaan kawasan sekitaran serta potensi menjadi tempat pembiakan. Kami juga bercadang selain membuat gotong royong dari masa ke semasa, kami juga akan untuk membuat lawatan ke atas rumah penduduk penduduk yang pernah mengalamai demam denggi". Harapan kami agar dengan usaha kami dan izin Allah swt, usaha kami akan dapat mengurangkan kadar demam denggi yang melanda kawasan kami sejak sekian lamanya.

Khamis, 13 Januari 2011

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PADANG JAWA





JKKK Kampung Padang Jawa Petaling dengan kerjasama PAKATAN RAKYAT Padang Jawa telah menganjurkan kejohanan Badminton tertutup Padang Jawa. Kejohanan ini adalah dikhaskan untuk penduduk penduduk Padang Jawa sahaja.
Dalam kejohanan ini sebanyak 48 regu telah turut bertanding yang diadakan secara kalah mati. Kejohanan bermula pada 18hb Disember sehingga 19 Disember 2010. Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz Barhan telah turut serta dan menyampaikan hadiah kepada Para pemenang. Turut sama dalam majlis penyampaian termasuklah, Ketua Cawangan PAS, Hj Hisham Parman, Ketua Kampung Padang Jawa Klang, Tn Saian b Asmari, Ahli Majlis MBSA, Tn Abdul Halim Mohd Redzuan, serta Ketua Ranting PKR Sdr Azman Taib.
Pemenang kejohanan adalah Kelab Jabat Tangkis, Padang Jawa membawa pulang hadiah berupa Tunai RM300 berserta hamper dan piala.

Sabtu, 1 Januari 2011

PADANG JAWA TURUT BERPESTA...MALAYSIA JUARA AFF SUZUKI





Satu screen gergasi telah dipasang di Padang Jawa untuk sama sama menonton Perlawanan akhir Malaysai vs Indonesia di Stadium Bukit Jalil dan Gelora Bung Karno. Program anjuran Biro ICT JKKK Padang Jawa Petaling ini telah menarik perhatian apabila lebih 200 ahli masyarakat hadir memberi sokongan padu kepda skuad Malaysia
Penduduk Kampung Padang Jawa Petaling turut berpesta meraikan kejayaan Pasukan Bolasepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki menentang Indonesia.  Dalam perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Barisan Kebangsaan telah berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3-0. Sayur Kot...kata Kapten, Safiq Rahim.

Ternyata ada kebenarannya apabila akhirnya Malaysia menjuarai Piala AFF biarpun tewas 2-1 di perlawanan timbal balik. Gol Hebat Safee Sali telah membuat Stadium keramat mereka senyap sepi sehingga pin baju yang jatuh pun boleh di dengari. Kedua dua gol mereka pun setelah Malaysia mengendurkan usaha setelah mendapati tidak ada lagi peluang untuk Indonsia menang.

Tahniah skuad bola sepak negara. Tahniah K Rajagobal. Tahniah kapten, Safiq Rahim. Tahniah barisan pemain-pemain muda negara.
Biarpun kecundang 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, hak skuad negara bergelar juara Piala AFF Suzuki buat julung kalinya memang tidak dapat dinafikan. Mereka memang berhak.

Lebih menarik ialah melihatkan situasi di mana seluruh warga Malaysia, tidak kira usia, kaum mahupun latar belakang, yang sama-sama bersorak gembira dan berkongsi keghairahan hasil kejayaan ini.

Ini hanya permulaan. Perjalanan masih jauh. Kita bangga dan hargai pencapaian mereka. Kita juga mahu percaya, barisan pemain-pemain ini mampu mengangkat Malaysia ke tahap lebih tinggi lagi - supaya tidak lama lagi, kita mampu dengan mudah menamakan kesebelasan skuad negara, bukan lagi hanya tahu barisan utama kelab-kelab liga asing yang jadi pujaan.

Tahniah, sekali lagi, Harimau Malaya. Garuda dipatahkan sayap, kini detik Harimau Malaya mengaum bangga!

Turut hadir memeriahkan termasuklah ADUN Batu Tiga Rodziah  Ismail serta pihak wakil PEBT MBSA Shah Alam serta MPP Zon 6. Cabutan bertuah serta pertandingan menimbang bola turut di adakan untuk memeriahkan lagi acara ini. Rodziah Ismail serta wakil MPP Zon 6 saudara Halim Redzuan telah menyampaikan hadiah hadiah.
TAHNIAH SEKALI LAGI....MALAYSIA
 
HARIMAU MALAYA...K Rajagopal....Safiq serta teman teman

Khamis, 23 Disember 2010

KULIAH BULANAN




Khamis 16hb Disember 2010 - Kuliah agama bulanan anjuran JKKK Padang Jawa Petaling diteruskan lagi. Kali ini penceramah jemputan ialah Tuan Nazir Masjid As Solihin , Ustaz Ahmad Zaki Arsad.

Dalam Kuliah kali ini, Ustaz telah menceritakan mengenai Maal Hijrah serta kaitannya dengan masyarakat.
Beliau menjelaskan mengenai perlunya setiap manusia itu berhijrah kepada yang lebih baik. "jika dulu kita hidup tanpa memikirkan mengenai agama, maka sudah tiba masanya kita berubah kepada yang lebih baik serta patuh kepada ajaran agama yang menyuruh kita berbuat baik". Marilah kita sama sama berhijrah kepada taat kepada perintah Allah dan Allah pasti akan menolong kita..katanya lagi.

Menurut Hj Abdul Aziz, beliau bersyukur kerana masyarakat terus memberikan sambutan kepada program seperti ini kerana ianya sedikit sebanyak pasti akan dapat membantu dalam memberi nasihat agama kepada masyarakat..

JKKK juga menjemput lorong lorong yang ada untuk turut sama sama menyertai program seperti ini dan bolehlah menhubungi beliau sekiranya ingin mengadakan program seperti ini. Setakat ini 4 buah lorong telah berjaya mengadakan program seperti ini, alhamdullillah.

Rabu, 15 Disember 2010

PENUBUHAN SKUAD COMBI




Selasa - 14hb Disember 2010 Satu program penerangan mengenai penuhuhan skuad Combi telah di adakan oleh JKKK Padang Jawa Petaling pada 14hb Disember 2010 yang lalu.

COMBI adalah singkat kepada maksud (Communication for Behaviour Impact) atau pun bermaksud Komunikasi untuk perubahan tingkahlaku. Antara tuigasan utama skuad yang bakal ditubuhkan ini adalah untuk mencegah  wabah wabak penularan khususnya Demam Denggi. Skuad COMBI bakal ditugaskan untuk membuat kerja kerja pencegahan, mewmpromosi cara cara pencegahan, membersihkan kawasan setempat .

Dalam sessi penerangan yang diadakan, wakil dari Pejabat kesihatan daerah Petaling telah turut hadir. Para peserta telah diberi penerangan penuh mengenai bahaya demam denggi, cara cara penyebaran serta cara cara mencegahnya. Beliau berharap sessi penerangan seperti ini akan dapat memberi kesedaran mengenai bahaya denggi kepada masyarakat.

Menurut Ketua Kampung, beliau mengalu alukan penubuhan skuad tersebut . "ini adalah salah satu cara untuk mencegah serta membantu masyarakat untuk mengurangkan kes demam denggi di kawasan setempat. Beliau juga berharap dengan kelahiran skuad tersebut, masyarakat setempat akan turut serta memberi bantuan serta sokongan dalam menjayakan usaha usaha membasmi nyamuk di sekitar Padang Jawa.


Antara tugas tugas serta peranan skuad ini adalah :
  • Meningkatkan pengetahuan dan mengamalkan cara hidup sihat.
  • Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatupadu
  • mewuhud dan menjadikan persekitaran tempat tinggal yang bersih dan sihat.
  • Hubungan inter agensi dan masyarakat akan bertambah erat.
  • Mengingatkan penduduk setempat supaya menjalankan pemeriksaan di rumah masing masing.
  • Mengerakkan masyarakat setempat membuat pemeriksaan dan gotong royong di luar kawasan rumah..contoh padang permainan,surau, longkang dan sebagainya.
  • Mengedarkan risalah denggi
  • Mengingatkan masyarakat untuk mendapatkan rawatam dengan segera di hospital jika mengalami demam.

HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR




Ahad - 12 December, 2010 . JKKK Padang Jawa Petaling telah dijemput ke Majlis Minum Petang bersama sama Sultan Selangor. Kami di JKKK mengucapkan Selamat Hari Keputeraan Sultan Selangor, semuga Allah memberkati hidup baginda selaku penaung dan Ketua Agama Islam..Insya Alllah.

Khamis, 9 Disember 2010

JEMPUTAN KE PEJABAT DAERAH PETALING





Khamis 2 december 2010 - Pejabat daerah petaling telah menjemput semua AJK JKKK daerah Petaling ke satu program keusahawanan kechil untuk industri kechil sederhana. Dalam program tersebut, Sekua Ketua Ketua Kampung telah di bawa ke Puchong untuk melawat usahawan berjaya yang mengusahakan cendawan. Menurut Pegawai daerah Petaling, Datuk Zulkifli usahawan ini boleh dijadikan model contoh untuk masyarakat untuk menjadi usahawan berjaya satu masa nanti.

Semua AJK telah juga dijemput ke satu sessi penerangan mengenai fungsi sebenar JKKK kampung serta hubungkatnya dengan masyarakat. Menurut Datuk Zul, beliau berharap dengan mengadakan sessi penerangan seperti ini, akan dapat menerangkan dengan jelasnya kepada semua AJK AJK agar mereka dapat memahami dengan sebaiknya tugas tugas mereka dan secara tidak langsung akan dapat menjana gerakan gerakan serta aktiviti aktiviti  yang berguna kepada masyarakat.

Turut berucap pada sebelah malamnya yalah Exco Pembangunan, YB Yaacob Sapari yang telah memberi penerangan terperinci mengenai keadaaan perjanjian air di negeri Selangor . Beliau berharap masyarakat akan dapat memahami dan berusaha membantu kerajaan menjayakan wawasan yang terbaik untuk masyarakat.