PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 8 Ogos 2012

SEMBANG SANTAI BERSAMA CATRIONA...









Satu Program Sembang santai di waktu malam telah di adakan bertempat di No 24 Taman Baru, Padang Jawa Petaling pada tarikh 10hb April 2012 yang lalu. Program Sembang malam dan Kopi o Tarik anjuran bersama sama PAS Padang Jawa Petaling, JKKK, Jawatankuasa Kuliah Lorong dan Masjid as solihin ini di adakan bersama sama bekas rakan artis iaitu Cik Catriona Bahrin Ross, yang pernah popular di kaca TV melalui lakunan lakunan beliau dalam drama dram melayu.
Menceritakan pengalaman beliau yang berhijrah dari pada dunia artis kepada dunia Islam yang lebih syumul, beliau menceritakan pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuh untuk menjadi manusia yang direshai oleh Allah swt. Pelbagai tohmahan dan cacian diterima oleh beliau sehingga pernah di digelarkan oleh mereka mereka sebagai ustazah jadi-jadian. Namun beliau tetap bertegas dan istiqamah dalam laluan beliau mencari keredhaan Allah kerana terlalu yakin dengan janji Allah yang pasti benar.
Turut hadir dalam program ini ialah Tn Haji Jamil selaku Pegawai Kepada Ahli Parlimen, Tn Hj Khalid Samad . Masyarakat yang hadir turut juga di selang selikan dengan persembahan dari anak anak pelajar pelajar PASTI Az Zahrah 4 Padang Jawa yang diketuai oleh Pn Hjh Aziah.

Jamuan turut disediakan kepada seluruh yang hadir dan semuga majlis seperti ini yang menyeru kepada kebaikan dan seruan jihad mendapat restu dari Allah dan sambutan baik dan masyarakat amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan