PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 8 Ogos 2012

SATU MALAM SEJUTA AMAL....















JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama HAWA Padang Jawa telah berjaya menganjurkan satu program MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA SATU MALAM SEJUTA AMAL  pada tarikh 4hb May 2012 yang lalu.

Program yang julung kali di adakan ini telah mendapat sambutan begitu hangat sekali dari masyarakat setempat yang berpusu pusu hadir dalam program ini. Walaupun dkenakan bayaran sebanyak RM20 seorang ini ternyata tidak menghalang masyarakat dari terus hadir. Program amal ini adalah untuk HAWA Padang Jawa agar dengan adanay sedikit dana terkumpul akan dapat membantu mengerakkan lagi NGO ini kerana NGO ini kebanyakannya ahli ahlinya adalah terdiri dari para ibu ibu tunggal sekitar Padang Jawa Petaling.  Kebanyakan mereka mereka ini adalah terdiri dari golongan yang sederhana dan miskin.

Selain itu juga program seperti ini ternyata telah berjaya mengeratkan siratul rahim dikalangan masyarakat dan JKKK dan HAWA. turut serta dalam program ini adlah kumpulan Superbike WAL DOL yang juga telah berkenan hadir memeriahkan suasana dengan bunyi motor superbike mereka.

Para hadirin tidak kesunyian dengan adalah acara kesenian Islam. Antara yang dipersembahkan pada malam tersebut adalah sajak dari ahli HAWA sendiri, Pn Rafeah buang, selain kehadiran beberapa kumpulan  seperti PJ Combine, Melaka syahid serta tidak ketinggalan kumpulan yang sedang meningkat iaitu Al Farabi Band. Ternyata kehadiran mereka telah dapat menghiburkan para hadirin sekelian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan