PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 13 Oktober 2009

GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DIRAI












Ahad 11hb Oktober 2009 - Golongan yang kurang bernasib Baik di sekitar Padang Jawa Petaling telah diraikan oleh JKKK Padang Jawa Petaling dalam satu program sempena sambutan Aidilfitri .

Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abd Aziz Barhan program ini diadakan bertujuan untuk meraikan serta memberi kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini. Antara yang diraikan ialah golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Fakir Miskin, Ibu Ibu tunggal, Warga Emas serta anak anak yatim.
Beberapa pihak individu serta syarikat syarikat swasta telah sudi memberi sumbangan kepada pihak JKKK dalam usaha menjayakan program ini. Antara sumbangan yang diterima adalah dalam bentuk barangan serta wang hari raya.
"Kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari pihak pihak tertentu samada dari individu mahupun syarikat syarikat serta dari lain lain sumber. Semuga dengan sumbangan semua akan dapat memberi kegembiraan kepada golongan ini dalam mereka merayakan Aidil Fitri. Kami juga berharap pihak pihak individu ini mahupun syarikat syarikat swasta akan terus memberikan komitmen kepada kami dalam usaha kami untuk menjadikan kampung ini sebagai "Kampung Berkebajikan" sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri sebagai Negeri Berkebajikan."
Beliau turut berkesempatan memohon maaf kepada seluruh hadirin yang hadir sekiranya dalam tempoh perkhidmatan selama kira kira setahun ini terdapat kesalahan dan kesilapan dalam mentadbir kampung ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Tn Hj Khalid Samad dalam ucapan alu aluannya mengucapkan syabas kepada Pihak JKKK ke atas penganjuran program ini.
"Saya ingin nyatakan disini bahawa saya menyokong 100 peratus kepada pihak JKKK atas kejayaan menganjur majlis ini".
Dalam ucapan seterusnya, beliau turut memberi semangat serta galakan kepada golongan Kurang bernasib baik ini dalam mengharungi kehidupan mendatang.

"Sesungguhnya apa yang dilalui oleh anda semua adalah ujian dari Tuhan, bersabarlah dalam menghadapinya dan insya Allah tuhan akan sentiasa membantu anda semua."
Beliau turut menyarankan kepada golongan yang berkemampuan agar sentiasa perihatin dan serta membantu golongan ini seberapa daya.
"Kerajaan negeri akan cuba membantu sebaik mungkin namun dorongan serta sokongan dari pihak pihak swasta serta individu berkemampuan adalah amat penting dalam usaha kami merealisasikan Negeri berkebajikan."

Turut hadir dalam program ini termasuklah Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Sdr. Ahmad Zaki Arshad.

Pemimpin tempatan yang hadir ialah Pengerusi Surau Nurul Iman, Sdr Rahman Jalil, Imam Sdr Abd Jalil Ahmad, Ketua PAS Padang Jawa Petaling, Hj Hisham Parman serta Ahli Majlis MBSA Sdr Zulkifli Mohd Nani.

Ahli jawatankuasa JKKK telah bekerjasama termasuk melayan para hadirin sendiri untuk memberi kemudahan dan kegembiraan kepada semua yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan