PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 1 Ogos 2012

ZIARAH LAGI...




 
Satu lagi program ziarah telah diadakan oleh JKKK Padang Jawa Petaling. Kali ini rumah rumah yang diziarahi adalah rumah golongan warga emas penduduk asal Kampung Padang Jawa ini,.
Di antara rumah yang telah sempat kami ziarahi ialah rumah saudara Suraman Hj Sahir Orang Lama Padang Jawa dan juga rumah Tn Hj Bakar, seorang veteran UMNO yang terletak di Jalan Tegas Padang Jawa.
Dalam majlis ini juga pihak JKKK yang diketuai oleh Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan telah sempat menyumbangkan sedikit buah tangan kepada mereka berdua.
Kedua dua mereka sedang mengalami masalah kesihatan iaitu saudara Suraman mengalami sakit kaki manakala Tn Hj Bakar mengalami masalah jantung.
Kami mendoakan agar mereka berdua semuga cepat sembuh serta hidup sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan