Satu program kuliah lorong telah di adakan pada hari Sabtu 25hb Februari yang lalu.
Program bulanan kali ini telah dibimbing oleh Yang Berbahgia Ustaz Nasaruddin Ali , seorang pendakwah bebas dari Negeri Sembilan.
Seperti biasa program bermula dengan solat maghrib diikuti dengan bacaan surah yasin dan tahlil beramai ramai untuk mendapat keberkatan dari Allah swt.
Kuliah bermula selepas selesai solat Isyak serta Ucapan dari jemputan. Antara yang turut hadir ialah To Penghulu Arzmi Mohd Atan. Seterusnya masyarakat dihidangkan dengan majlis makan malam dan minum. Semuga program seperti ini mendapat keberkatan dari Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan