PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 19 Januari 2011

KONVENSYEN COMBI NEGERI SELANGOR




Telah berlangsung konvensyen COMBI : Denggi peringkat negeri Selangor 2010 bertempat di Auditorium Hospital Sungai Buluh pada 18hb Dismeber, 2010 yang lalu. Program yang disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor itu, Dr Rosnah bt Hadis itu telah mengumpulkan seluruh daerah di negeri Selangor untuk turut sama menyertainya.
Setiap daerah telah di berikan tugasan untuk memberi persembahan samada persembahan lisan mahupun persembehan poster.
COMBI Padang Jawa Petaling telah di beri tugasan memberikan persembahan poster selaku wakil daerah Petaling. Walaupun tugasan di berikan pada saat sat akhir Skuad COMBI mencuba juga memberikan setakat yang termampu dengan kerjasama dari Pegawai Pejabat Kesihatan Sendiri Sdr Hafizi.
Akhirnya mendapat tempat ke 4 merupakan satu penghormatan buat Skuad COMBI Padang Jawa Petaling.

Antara Objektif utama program ini adalah memberi
  • kesedaran kepada Sukarelawan terhadap kepentingan pencegahan Denggi.
  • Memberi motivasi kepada sukarelawan COMBI di lokaliti terpilih supaya bergiat aktif dan berterusan sepanjang masa.
  • Berkongsi pengalaman dan mengeratkan hbungan siratul rahim antara sukarelawan COMBI dan
  • memberi peluang ahli ahli sukarelawan COMBI menyarakan dan berbincang isu isu yang di hadapi.
Ini merupakan satu pengalan baru buat COMBI Padang Jawa yang baru saja ditubuhkan beberapa hari sebelumnya. Syukur, dengan bantuan serta bimbingan dari JKKK Padang Jawa Petaling insya Allah skuad ini akan dapat membatu masyarakat di Padang Jawa ke arah mengurangkan Kadar demam Denggi dan Aedes di kawasan Padang Jawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan