PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 17 Januari 2011

COMBI DAN KEMPEN JON GANYANG AEDES

 
 
Ahad 16hb Januari 2011 - Skuad Komunikasi untuk perubahan tigkahlaku ataupun ringkasnya COMBI telah dilancarkan dengan resminya pada ahad, 16hb Januari, yang lalu. Majlis pelancaran skuad itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Abdul Samad. Dalam ucapan alu aluan beliau mengucapkan syabas atas kelahiran skuad ini dalam usaha membantu kerajaan mengawal pembiakan nyamuk khasnya aedes dan seterusnya membawa kepada demam denggi yang di maklumi boleh membawa maut.

Program ini adalah anjuran bersama antara PKD Petaling, JKKK Padang Jawa Petaling serta Skuad COMBI, Kampung Padang Jawa Petaling di bantu oleh Majlis Perwakilan Penduduk MPP Zon 6 MBSA,

Sementara itu Pengerusi JKKK, Tn Haji Abdul Aziz Barhan dalam ucapan beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak JKKK serta kerajaan membantu masyarakat agar dapat mengharungi kehidupan dalam keadaan bersih dan sihat. Jesteru dengan penubuhan Skuad COMBI ini beliau sangat sangat berharap ianya akan menjadi satu platform dalam menjayakan usaha kearah masyarakat sihat serta pesekitran bersih.




Memetik kata kata Pengarah Perkhidmatan Bandar MBSA, DR Hj Roslan bin Fadzil pula menyarankan agar masyarakat akan turut sama-sama membantu pihak berkuasa tempatan khususnya MBSA dalam usaha membantu membenteras masalah Aedes dan demam denggi. Pihak MBSA pula dari masa ke semasa akan sentiasa mengadakan operasi membunuh nyamuk ataupun fogging dari masa ke semasa. Lawatan dari rumah ke rumah oleh Jabatan Kesihatan MBSA juga sentiasa di adakan dari masa ke semasa dan beliau berharap agar masyarakat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan membenarkan Pihak berkuasa kesihatan MBSA membuat pemeriksaan ke kawasan dalam rumah.

Wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, En Hanif pula berharap agar masyarakat sama sama membantu Skuad COMBI ini sebagai satu usaha bersama sama mencegah nyamuk aedes dengan melawat kawasan kawasan pembiakan nyamuk terutamanya kawasan pesekitaran rumah.

Semetara itu, Pengerusi COMBI, Sdr Mohd Zahid Hj Borhan berharap kepada seluruh masyarakat agar memberi kerjasama kepada Skuad COMBI ini. "Melalui program yang diadakan hari ini, kami telahpun mengenalkan diri kami kepada masyarakat sekitar. Diharap selepas ini kami tidak mempunyai masalah serta berharap agar penduduk sama sama membantu jika terlihat kami membuat lawatan mengejut ke kawasan sekitar rumah anda semua".
Menurut beliau lagi, Sebagai langkah permulaan gerak kerja kami akan bermula dengan mengedarkan risalah mengenai Bahaya aedes dan demam denggi ini kepada masyarakat. "Selepas itu kami akan bergerak dari lorong ke lorong untuk membuat pemeriksaan kawasan sekitaran serta potensi menjadi tempat pembiakan. Kami juga bercadang selain membuat gotong royong dari masa ke semasa, kami juga akan untuk membuat lawatan ke atas rumah penduduk penduduk yang pernah mengalamai demam denggi". Harapan kami agar dengan usaha kami dan izin Allah swt, usaha kami akan dapat mengurangkan kadar demam denggi yang melanda kawasan kami sejak sekian lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan