PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Jumaat, 18 September 2009

SLAMAT HARI RAYA KEPADA WARGA PADANG JAWA

Kami di JKKK Kampung Padang Jawa Petaling ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Bathin kepada seluruh warga Padang Jawa Petaling.

Dalam menempuh usia setahun jagung JKKK Padang Jawa petaling telah mengorak langkah dengan baik dalam membina sebuah institusi kampung yang berkebajikan serta sentiasa perihatin akan permasalahan yang dihadapai oleh Masyarakat.


Jesteru itu, sempena Bulan Ramadhan 1430 yang mulia ini, JKKK Padang Jawa Petaling telah mengorak langkah dengan menganjurkan beberapa program dalam usaha mengimarakkan lagi Bulan Ramdahan. Antaranya ialah dengan mengadakan program Kuliah Subuh setiap Ahad di Surau Nurul Iman. program ini bertujuan untuk memberi lebih kefahaman terhadap Agama islam samada dari segi Syariatnya agar kehidupan umat Islam secara amnya adalah berlandaskan kepada Al Quran serta Hadis.

Selain itu, kami juga mengadakan program bubur Lambuk yang merupakan makanan tradisi Melayu dan Masyarakat Islam di Malaysia amnya. Bubur bubur lambuk ini diedarkan kepada warga Padang Jawa dalam memberikan sedikit kegembiraan ketika berbuka puasa.
Akhirnya, kami telah sempat mengadakan progrm Perdana pada 13hb September yang lalu. Program sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini adalah bertujuan untuk membantu golongan ini agar dapat menyambut Aidil Fitri dengan sempurna dalam serba kekurangan yang dihadapi oleh masyarakat. Hanya setakat itu yang dapat kami bantu dan Insya Allah kami sentiasa berusaha golongan ini di masa masa akan datang.
Kami juga dari masa ke semasa sentiasa memantau Kampung agar sentiasa dalam keadaan baik samada dari segi Ekonomi, Infrastruktur mahupun pembangunan Insan. Jesteru, kami sentiasa mengadakan program program yang berkaitan dari masa ke semasa agar Kampung yang tercinta ini sentiasa dalam keadaan baik.
Gejala gejala sosial yang berlaku seperti khalwat, mat rempit serta kecurian dan sebagainya adalah antara merupakan cabaran yang harus dan akan kami hadapi dari masa ke semasa. Kami sentiasa mengharapkan respon dari masyarakat agar sentiasa membantu kami malah memberikan nasehat kepada kami dalam kami menangani gejala ini.
Tegurlah kami sekiranya kami berbuat kesilapan dan bantulah kami agar Kampung ini menjadi Kampung yang mendapat keredhaan Allah swt.
Akhir kata, dengan semangat Syawal dan Aidil Fitri kami Warga JKKK Padang Jawa petaling memohon ampun dan maaf atas kesalahan dan kesilapan kami sepanjang kami mentadbir Kampung ini. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan