Adalah menjadi matlamat utama kami untuk menjadikan Kampung Padang Jawa Petaling ini sebagai "Kampung Berkebajikan" itulah adalah antara intisari ucapan dari Ketua Biro Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, JKKK Kampung Padang Jawa Petaling, Sdr Anuar bin Nasir.
Menurut beliau antara langkah langkah utama yang diambil untuk ke arah itu adalah dengan sentiasa menjaga kesusahan yang dialami oleh penduduk penduduk di Kampung Padang Jawa terutamanya golongan Fakir Miskin, Orang Kurang Upaya, Ibu Ibu Tunggal dan Warga Emas.
Beliau berkata demikian sewaktu program Meraikan serta penyerahan sumbangan Barang barang keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Beliau juga menyeru kepada masyarakat setempat agar sentiasa perihatin terhadap jiran jiran serta rakan taulan agar dapat memberitahu Pihak JKKK sekiranya terdapat golongan yang kurang bernasib baik ini tidak mendapat bantuan dari Pihak JKKK mahupun kerajaan Negeri.
"Kami mengharap kerjasama dari Masyarakat agar segera memberitahu kami sekiranya ada golongan kurang bernasib baik ini yang terlepas pandang dari pengetahuan kami agar dapat segera kami bantu " katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi JKKK, Tuan Hj Abdul Aziz Hj Barhan dalam ucapan alu-aluan beliau menyeru masyarakat di Kampung Padang Jawa agar sentiasa bantu membantu dalam kehidupan seharian mereka. "Anggaplah jiran jiran seperti sebuah keluarga serta sentiasalah perihatin agar kita dapat membina masyarakat yang penyayang" katanya lagi.
Beliau juga mengucapkan terima kasih serta tahniah ke atas kesudian penyumbang penyumbang untuk golongan tidak bernasib baik ini. Antara para penyumbang termasuklah dari golongan Korporat serta Syarikat Syarikat swasta.
Turut hadir dalam program ini ialah Ustaz Ahmad Zaki Arshad, (Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Tuan Arzmi bin Atan (Penghulu Mukim Bukit Raja), Ahli Parlimen Tn Hj Khalid Samad melalui wakilnya, (Hj Azli bin Yusof), serta ADUN Batu tiga Pn Rodziah Ismail melalui wakilnya, (Sdr Naim bin Jusri).
Pihak JKKK juga telah mengadakan sedikit Tazkirah dalam program ini melalui ustaz yang dijemput iaitu Ustaz Kamal Ashhari. Dalam Tazkirah ringkas beliau, beliau menyeru kepada keseluruhan yang hadir agar jangan sekali kali meninggalkan Al Quran dalam kehidupan seharian.
"Saya menyeru kepada semua hadirin sekelian agar bacalah Al Quran setiap hari walaupun sedikit. kerana ini pasti akan membawa keberkatan serta kesejahteraan dalam kehidupan seharian kalian" katanya.
Beliau juga menyentuh mengenai Bulan Ramadhan yang merupakan bulan rahmat. "Bulan ramadhan ini adalah bulan untuk meningkatka taqwa, doa yang diminta sewaktu berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah swt. Dalam Ramadhan ini ada satu malam dipanggil Malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan." katanya lagi.
Seramai kira kira 93 orang dari golongan kurang bernasib baik ini telah menerima bantuan yang disalurkan melalui pihak JKKK ini. Antara barangan yang diterima ialah Beras, Tepung, Air minuman, Kuih raya dan banyak lagi.
Seorang penerima Bantuan, Puan Mariam, 63 melahirkan kesyukuran atas bantuan yang diterima. "Terima kasih atas bantuan ini kerana ianya dapat membantu saya mengurangkan bebanan yang saya tanggung selama ini termasuk menjaga seorang anak kurang upaya" katanya yang berniaga makanan secara kecil kecilan di Jalan Mat Raji.
Seorang warga Emas, Hj Isa Jasin 74 pula "Terima kasih di atas keperihatinan pihak JKKK atas golongan kami dan semuga kerja baik ini akan dapat diteruskan serta menjadi contoh untuk masyarakat agar lebih perihatin" katanya yang tinggal di Taman Baru, Padang Jawa.
Program ini telah berakhir dengan jayanya sekitar jam 1.00 tengahari.
Wakil MPP tidak ada dalam laporan majlis tersebut , mungkin tak bagi sumbangan kot...
BalasPadam