PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 20 September 2012

PROGRAM SUMB. RAMADHAN ANAK ANAK YATIM







Surau Nurul Iman Jalan Mat Raji Padang Jawa dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah menganjurkan satu program Sumbangan menjelang ramadhan pada 14hb Julai yang lalu. Sumbangan tersebut adalah dikhaskan kepada golongan anak anak yatim sekitar Padang Jawa.

Program dimulakan dengan Solat Maghrb diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Al Fathil Ustaz Mohd Syahiidd...Imam Surau Nurul Iman. Diteruskan dengan ucapan dari Penasihat Surau Nurul Iman serta Pengerusi surau . Turut hadir serta menyampaikan sumbangan ialah Tuan Hj Abdul Halim Redzuan yang merupakan Ahli Majlis MBSA MPP Zon 6 Shah lam.

Jamuan turut disediakan.

Rabu, 19 September 2012

BUBUR LAMBUK RAMADHAN




Seperti tahun tahun sebelum ini, program bubur lambuk diteruskan sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Kali ini JKKK telah bersama sama dengan Surau Nurul Iman untuk menyumbangkan bubur lambuk kepada masyarakat Padang Jawa.

Setiap hujung minggu JKKK akan mengambil bahagian pada hari Sabtu untuk memasak bubur lambuk manakala pihak Surau Nurul Iman akan memasak pada hari ahad.

Alhamdullillah program berjalan baik dan mendapat sambutna baik masyarakat. Blogger berpendapat program kemasyarakatan seperti ini akan diteruskan selagi mendapat mandat dari masyarakat Insya Allah.

Selasa, 18 September 2012

KULIAH LAGI DI LOT 622








Satu lagi program Kuliah Lorong pada 1hb Julai yang lalu. Kuliah kali ini di adakan di Lorong Lot 622 ataupun juga dikenali sebagai Lorong Yus. Seperti sebelum ini, program dimulakan dengan Maghrib bersama sama penduduk lorong tersebut diikuti dengan bancaan doa dan yasin dan Isyak.

Program Kuliah dimulakan selepas Isyak dengan diterajui oleh yang Berbahgia Ustaz Hj Kamal Nasir Roslan, Imam Masjid As Solihin Padang Jawa. Peringatan dan ilmu ilmu yang sampaikan haruslah diambil sebagai cara kehidupan kerana dengan cara ini akan menjamin keredhaan serta kebahagiaan dari Allah swt Dunia dan akhirat.

Tidak ketinggalan juga penyampaian sumbangan kepada golongan miskin seperti sebelim ini. Alhamdulliah. Pihak JKKK, Surau Nurul Iman, serta MPP Zon 6 ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian sdr Ahmad Yusaini mengizinkan rumah beliau dijadikan tempat majlis tersebut. Hanya Allah sahaja yang akan membalas budi beliau.

KULIAH LORONG TEBU 1416









Ahad - Satu lagi program Kuliah Lorong telah diadakan pada tarikh 7hb Julai yang lalu. Kali ini bertempat di Lorong Tebut Lot 1416, telah diadakan program kuliah lorong sebagai satu lagi aktiviti bersama antara JKKK dan Surau Nurul Iman, masjid As Solihin serta MPP Zon 6.

Dalam program ini, Anak Jati lorong ini, iaitu Ustaz Mohd Syahiidd Iskandarany telah di beri penghormatan untuk menyampaikan kuliah beliau. Beliau merupakan anak kelahiran lorong tersebut yang telah mencapai akademik yang terbaik dalam bidang berkatan Agama Islam. Kini beliau merupakan seorang Pendakwah yang bergiat cergas dalam menyampaikan dakwah serta melakukan kerja kerja dakwah khsusnya untuk seluruh masyarakat Padang Jawa . Beliau turut menyampaikan kuliah mingguan dan bulanan beliau di Surau Nurul Iman serta Masjid As Solihin Padng Jawa.

Turut hadir dalam program ini ilah ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 6, Tn Haji Halim Redzuan serta Ketua Cawangan PAS Hj Hisham Parman.

Dalam majlis ini juga telah disampaikan sumbangan khas kepada warga miskin khasnya untuk sekitar lorong tersebut. Makanan dan minuman juga disediakan.
Semuga usaha dakwah seperti ini akan dapat diteruskan dengan bantuan serta daya usaha bukan sahaja dari kami tapi juga dari masyarakat setempat....Insya Allah.

Khamis, 6 September 2012

KULIAH BULANAN ISRAK MIKRAJ BERSAMA UST. REDUAN RAHMAT









Majlis Kuliah Bulanan serta  sambutan Israq dan Mikraj dan Kuliah Lorong tetap diteruskan dan seperti biasa kali ini diadakan di Lorong Haj Borhan Lot 634D, Padan 23hb June 2012 yang lalu.

Pihak JKKK telah menjemput Yang Berbahgia Ustaz reduan Rahmat untuk menyampaikan ceramah beliau. .
Dalam ceramah beliau telah menyentuh mengenai Israk dan Mikraj yang amat perlu dihayati oleh seluruh Masyarakat dan khususnya orang melayu. beliau menasihatkan kepada para hadirin sekelian agar bersungguh sungguh mengamalkan ajaran Islam tak kira dalam perbuatan seharian dan juga perkara perkara yang menjadi kewajiban seperti Solat 5 waktu, Zakat, Haji .

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Sdr Halim Redzuan dan Penghulu Mukim Bukit Raja, Tok Arzmi Mohd Atan. Majlis turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan miskin dan ibu ibu tunggal sekitar Padang Jawa.

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ...







Surau Nurul Iman, Jalan Mat Raji Padang Jawa dengan Kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah mengadakan satu program Israk dan Mihraj pada 17hb June yang lalu. Program berbentuk Ceramah Khas itu adalah bertujuan untuk memberi peringatan dan Ilmu kepada seluruh masayarakat mengenai peristiwa tersebut yang merupakan antara perkara besar yang berlaku kepada junjungan Besar Nabi Muhammad saw dalam meneri wahyu Allah swt dalam mewajibkan Solat 5 waktu sehari semalam.

Pihak Pengurusan telah menjemput Yang Berbahgia ustaz Halizal Alias , seorang pendakwah bebas dari Kedah Darul Aman. Majlis dimulakan Selepas Solat maghrib berjemaah dengan cremah khas tersebut diikuti dengan Solat Isyak dan berakhir dengan Majlis makan malam.

Kami amat berharap agar program seperti dapat diteruskan demi mencapai misi dakawah kami kepada seluruh masyarakat dari pelbagai lapian masyarakat tak kira yang miskin atau kaya, golongan remaja, warga emas, pemuda pemuda dan lepasan remaja, ibu ibu tunggal, OKU dalam sebagainya.

HIMPUNAN HIJAU...KEDAH

 






01hb JUne 2012 - Satu perhimpunan Raksaksa telah diadakan di Stadium Darul Aman Kedah Darul Aman, pada 1hb June 2012 yang lalu.
sehubungan itu, pihak cawangan serta Kawasan telah menyediakan bas bas untuk disewa kepada yang berminat untuk menyertai program berkenaan. Hampir keseluruhan AJK telah turut serta dalam program tersebut. dan bertolak pada sebelah malam.
Ternyata majlis tersebut telah mendapat sambutan hebat apabila lebih 150,000 telah hadir untuk menunjukkan sokongan dan galakan kepada Parti Islam untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Agama Suci ini sebagai cara hidup luhur di negara tercinta ini.
Pihak Jawatankuasa rombongan turut membawa peserta peserta melawat ke sempadan thailand seperti di Padang Besar .