PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 22 Februari 2010

PROGRAM MARI BELAJAR MEMBACA ALQURAN DIRESMI

Sabtu 20hb Februari 2010 - Biro Agama kebajikan dan Hal Ehwal Wanita JKKK Padang Jawa Petaling sekali lagi mengorak langkah awal dengan mengadakan satu lagi program untuk masyarakat sekitar Padang Jawa.
Program yang dinamakan "MARI BELAJAR MEMBACA AL-QURAN" ini di sasarkan terutama kepada para ibu-ibu tunggal serta para ibu-ibu yang terdapat disekitar Padang Jawa.

Antara pengisian utama program ini ialah:
1. Memberi pertarbiahan kepada golongan ini tentang sejarah Islam dan Al Quran
2. Menerangkan tentang isi kandungan Al Quran.
3. Cara cara membaca Al Quran dengan betul.

Menurut ketua Biro Kebajikan , Sdr Anuar @ Mohd Nasir, antara matlamat utama program dan kuliah ini diadakan ialah untuk mendidik serta menerapkan nilai nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat yang terdapat di Padang Jawa ini. "Kami berharap dengan adanya program seperti ini, ianya akan dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang betapa pentingnya kefahaman serta pengetahuan dalam membac a al Quran. Ini Secara tidak langsung akan dapat mendidik masyarakat kearah kehidupan yang lebih baik dalam seharian mereka sejajar dengan apa yang diperintahkan oleh Allah swt melalui Rasulullah SAW", katanya.
Sementar Ketua Biro Pendidikan, Sdr Mahfuz Othman pula berpandangan bahawa masyarakat perlu sentiasa terus dididik agar mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka selaras dengan cara cara yang disarankan oleh Agama. "Kebanyakan merekapun telah mengetahui mengenai cara cara membaca Al Quran dengan baik dan kami selaku JKKK hanya berusaha untuk membantu mereka dengan mengadakan program sebegini. katanya.
Seorang peserta, Pn. Zubaidah Mahat berkata program ini adalah amat baik dalam membantu masyarakat terutamanya yang tidak berkemapuan. "Saya pun seronok dapat mengikuti program ini kerana ianya dijalankan secara percuma , yidak ada yuran yang dikenakan dan ini dapat membantu saya agar dapat membaca Al Quran dengan baik" katanya.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK sendiri, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan beliau berharap dengan adanya program program seperti ini ianya akan dapat memberi input ataupun kefahaman yang berguna untuk masyarakat dalam menangani kehidupan yang semakin mencabar. Beliau juga berharap program ini akan dilanjutkan lagi dengan mengadakan program Belajar membaca Al Quran ini khas untuk golongan lelaki serta bapa bapa pula.

Program ini telah diresmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Pn Rodziah Ismail. Dalam ucapan beliau, beliau amat amat menggalakkan penganjuran program program seperti ini kerana masyarakat yang faham Al Quran akan dapat menempuh kehidupan dengan lebih baik lagi. "Saya berharap semua ahli ahli masyarakat dari ibu ibu serta ibu ibu tunggal mengambil kesempatan menghadiri program ini kerana ianya sangat bermanafaat  untuk anda semua" katanya lagi.

Ahli parlimen Shah Alam Tn Hj Khalid Samad pula menegaskan bahawa masyarakat perlu mendapat kefahaman mengenai fungsi Al Quran. Kata beliau, "masyarakat perlu hidup dengan berlandaskan seperti yang ditegaskan di dalam al quran serta hadis kerana dengan cara ini sahaja mesyarakat dapat hidup dengan cara yang bijak samada di dunia terutamanya di akhirat". Beliau yang baru pulang dari lawatan kerja di Arab Saudi itu berharap program ini akan turut disertai oleh seluruh lapisan masyarakat agar mereka menjadi masyarakat yang bijak menilai yang baik serta buruk sesuatu perkara itu.

Dalam Program sulung ini, seramai kira kira 70 peserta dari kalangan ibu ibu serta ibu ibu tunggal telah menghadirinya. Program ini akan berterusan untuk selama 2 tahun dan akan diadakan setiap minggu bermula setiap hari Sabtu jam 03.00 petang dan bertempat di Surau Nurul Iman, jalan Mat Raji Padang jawa.

Kepada yang berminat bolehlan menyertainya dengan menghubungi saudara Mahfuz Othman, H/P 019-6068837 atau datang sahaja terus ke Surau Nurul Iman setiap Sabtu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan