PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 25 Februari 2010

PELAJAR CEMERLANG PADANG JAWA DIRAI (sila klik galeri aktiviti untuk melihat gambar program)

Bagi meraikan pelajar pelajar cemerlang yang telah mengharumkan nama Kampung Padang jawa dalam peperiksaan, satu program khas telah diadakan pada 21 hb Februari yang lalu bertempat di dewan Sekolah Rendah Agama Padang jawa.
Program khas yang diberi nama "Program meraikan pelajar Cemerlang" untuk UPSR, PSRA dan PMR tahun 2009 diadakan untuk memberi penghargaan terhadap kecermelangan yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut.
Program anjuran bersama antara Biro Kebajikan dan Hal Ehwal wanita serta Biro Pendidikan dan agama JKKK Padang Jawa Petaling serta Pejabat DUN batu Tiga, Pejabat Parlimen Shah Alam, MPP Zon 6 telah meraikan seramai kira kira 21 orang pelajar cemerlang telah diresmikan oleh ADUN batu Tiga Pn Rodziah ismail melalui wakil pegawai khas beliau En Naim Jusri..
Berikut senarai pelajar pelajar cemerlang:
UPSR : 1. Ahmad Salihin Saidi (5A)  2. Alif Najmi b Zulkifli (5A)  3. Nur Aishah Nadirah (5A)
4. Nurul Iman Kaharuddin (5A) 5. Mohd Naim Abdul Raof (4A)  6. Fajriah Husna Azhari (4A)
7. Mohamad Shah rizan Maddah (4A)    8. Moha Arif b Zakaria (4A)   9.  Nor Farisha Irwayu (4A)    10. Nurul Alia Johan (4A)   11. Siti Rosmahniza (4A)

PSRA :   1. Moha Aiman Akmal Omar    2.  Mohd Arif b Zakaria   3. Mohd Amirul Hakim.   4. Fajriah Husna bt Azhari  5. Nurul Iman Kaharudin

PMR :    1. Nurul Syuhada Tusiman (8A)  2. Nur Aina Natasha Mohd Asmadi.  (8A 1B)    3. Nur Syahira bt Suardi (9A)   4. Siti Hawa Athikah mohd anuar (8A)   5. Muhammad Nur Farid b Omar (8A)   6. Nor Azira Kamaruddin (8A)   7. Mohd Zaidi Manap (8A)

Menurut timbalan pengarah program, Pn Hajah Rahelah Arshad, antara objektif utama program ini ialah selain meraikan pelajar berkenaan, ianya juga bertujuan untuk :
  • Membangunkan kualiti keibubapaan yang mempunyai motivasi diri dalam memdidik anak anak.
  • Membentuk pelajar yang cemerlang dan berdidikasi dalam menguruskan sendiri hal ehwal pendidikan.
  • Menanam semangat cintakan agama, pelajaran dan sekolah.
Turut hadir dalam program ini ialah Tn Hj Khalid Samad selaku Ahli Parlimen shah alam, Pegawai Khas ADUN Batu Tiga, En Naim Jusri, Pengerusi PIBG Sek Ren Agama Padang Jawa En Isa Ishak serta Ketua PAS Padang Jawa, Hj Hisham Parman.

Dalam Ucapan alu aluan, Tn Hj Khalid Samad menyatakan perlunya pendidikan itu diseimbangkan dengan agama.  Ini secara tidak langsung akan dapat membantu pelajar membentuk sahsiah diri yang baik dalam menghadapi kehidupan mendatang. Para pelajar disarankan supaya jangan mudah berpuashati dengan apa yang telah dicapai. "Dalam meniti kejayaan, kita harus bersedia untuk menghadapi kegagalan pada mulanya" katanya lagi.

Program ini turut diisi dengan ceramah motivasi keibubapaan oleh yang Berbahgia ustaz Maskor dari Jabatan Agama islam Selangor. Antara kandungan ceramah motivasi beliau ialah
  • Carilah dunia semampu namun akhirat jangan dilupakan
  • Keluarga cemerlang pencetus motivasi pelajar
  • Ibu bapa mesti menjadi role model kepada anak anak.
  • jangan tinggalkan solat 5 waktu
  • sentiasa makan bersama sama ahli keluarga
  • Mestilah "sampai hati" dalam mendidik anak anak
Beliau juga menceritakan pengalaman beliau mendidik seorang ayah berumur 33 tahun yang tidak mempunyai asas agama. Menurutnya, bapa tersebut mohon beliau mengajarkannya dengan Al quran kerana langsung tidak tahu membaca. Bapa tersebut insaf selepas mengalami kemalangan dan terpaksa melalui pengalaman memeritkan yang emnginsafkan beliau. Dia memberitahu bahawa dia mahu anak anaknya celik agama dan jangan menjadi seperti dia..lalu beliau telah memberi semua anak anaknya pendidikan agama secukupnya dengan menghantar anak anaknya ke sekolah agama. Alhamdullillah.

Program berakhir sekitar jam 12 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan