PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 21 Disember 2009

PROGRAM SUKAN DAN DAKWAH MASJID AS SOLIHIN






Satu Program Sukan dan Dakwah telah diadakan pada 12 hingga 13 hb Disember 2009 yang lalu. Program Anjuran Masjid As Solihin padang Jawa ini dianjurkan bersama sama dengan Masjid Jamek Raja Tun Uda Seksyen 16, Shah Alam , JKKK Padang Jawa Petaling dan Klang, MPP Zon 5 dan 6, serta Lembaga Zakat Selangor (LZS) .
Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah mendapat sambutan hebat dari penduduk setempat sekitar Padang Jawa, Seksyen 17, serta Sungai Rasa dan Pangsapuri Rimba.
Antara acara acara yang diadakan termasuklah Bolasepak Street Soccer untuk bawah 12 tahun serta 15 tahun, Acara terbuka Ping Pong, Nasyid karaoke, Laungan Azan, Hafazan, congkak, serta acara Kembara bermotor remaja.
Seawal pagi lagi, peserta peserta telah berkumpul untuk turut serta dalam program ini yang telah diadakan diperkarangan Masjid As Solihin dan Dewan MBSA berdekatan.
Menurut Nazir Masjid As Solihin Padang jawa, antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi aspirasi kepada Masyarakat setempat bahawa fungsi masjid bukan sahaja sebagai  tempat beribadat khusus seperti bersembahyang atau mendengan ceramah agama sahaja, tetapi bahkan juga Masjid juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk beriadah dan bersukan selain sebagai medan dakwah kepada masyarakat.
'Selain itu juga, antara objektif utama kami mengadakan program ini adalah untuk menarik golongan remaja serta belia agar berjinak jinak dengan institusi masjid. Adalah menjadi matlamat kami agar para remaja dan belia ini dapat mendekati serta berjinak jinak dengan institusi masjid sebagai asas untuk menjadikan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik. Dengan cara ini mereka tidak akan membuang masa sepanjang cuti sekolah dengan melakukan perkara perkara yang sia sia seperti merempit, melepak dan sebagainya. Pihak masjid juga ada mengadakan program bimbingan pelajar yang diadakan sepanjang cuti sekolah ini khas untuk pelajar pelajar. Alhamdullillah, program ini telah mendapat sambutan hebat dari ibubapa ibubapa pelajar yang begitu ramai menghantar anak anak mereka menyertai program ini sebagai salah satu cara dakwah kami kepada masyarakat." katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi program Sukan dan Dakwah ini, saudara Zakaria talib tidak menyangka sambutan hangat yang diberikan dari kalangan remaja dan belia sekitar Padang Jawa ini.
"Insya Allah ini adalah sebagai pemangkin bagi kami selaku Penganjur untuk terus mengadakan program program seperti ini sebagai medan dakwah. Dalam program ini, selain bersukan, kami juga menyelitkan tazkirah terutama dikalangan remaja dan belia agar mereka dapat memahami dan menjalani kehidupan yang lebih baik.; katanya.

Turut hadir dalam program Sukan dan Dakwah ini termasuklah Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Khalid Samad, Nazir Masjid jamek Raja Tun Uda, Ketua Kampung padang Jawa Klang En Saian Asmari dan Padang Jawa Petaling En Abd Aziz Barhan. Ahli Parlimen, Hj Khalid Samad telah berkenan menyampaikan cenderamata kepada para peserta peserta serta pemenang pertandingan dalam program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan