Perihal pembangunan infrusdtruktur terus menjadi keutamaan pihak JKKK. Yang terbaru pihak MBSA dengan usahasama JKKK telah meneruskan kerja kerja pembaikan infrustuktur sekitar Kampung Padang Jawa Petaling.
Kali ini pembangunan infrustuktur adalah ditumpukan kepada usaha usaha pembaikan jalan dan antara jalan jalan yang terpilih untuk dibaikpulih adalah Lorong Hj Ramlan Lot 640, Jalan Mat Raji, Lorong Herry Lot 642 serta sekitar Jalan Tegas.
Lorg Hj Ramlan menjadi keutamaan berikutan keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang dan amat wajar untuk di baikpulih dan begitu juga keadaannya di sekitar Lorong Herry. Turut dibaiki ialah sekitar Jalan Tegas yang mengalami kerosakan sana dan sini.Antara yang menjadi keutamaan untuk dibaiki adalah sistem perparitan sekitar Padang Jawa yang memlukan pembaikan di beberapa kawasan tertentu. Insya Allah pihak JKKK dari semasa ke semasa akan berusaha dan memantau keadaan demi memastikan tahap kualiti serta pembangunan di Padang Jawa ini agar sentiasa seiring dengan arus pembangunan negara. Juga tidakdilupakan adalah tahap kebersihan serta pembiakan nyamuk aedes yang sentiasa dipantau dari mas ke semasa, Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan