Satu lawatan sambil belajar telah diatur ke Kilang Roti popular Gardenia Bakeries yang terletak di Seksyen 23 Shah Alam pada 19hb Februari, 2011 yang lalu. Antara yang berminat terhadapa lawatan ini termasuklah kaum wanita serta ibu ibu di sekitar Kampung Padang Jawa.
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelawat mengenai cara cara menghasilkan roti. Pelawat pelawat telah diberi sessi penerangan mengenai cara cara pembuatan roti termasuklah roti potong, roti kek, roti bun dan lain lain lagi. Juga diterangkan mengenai prosedur pemprosesan dari mula hingga akhir serta jaminan kebersihan diutamakan.
Pelawat pelawat juga telah di bawa membuat lawatan ke dalam kilang untuk menyaksikan sendiri bagaimana roti di proses sehingga siap dibungkus.
Menurut Puan Yap dari Bahagian Marketing Gardenia, pihak kilang sentiasa mengalu alukan kehadiran para pelawat kerana dengan cara ini akan dapat mendekatkan lagi Gardenia dengan masyarakat serta dapat pula membantu masyarakat dalam program Community Responsibility mereka. Beliau juga berharap lawatan ini dapat membantu pihak JKKK memahami cara pemprosesan roti serta menghilangkan tanggapan negatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan