10HB November 2010 - Satu Musibah telah berlaku di Padang Jawa apabila satu kebakaran telah berlaku bertempat di Lorong Jasa, Jalan Mat Raji, pada 10hb November, ya ng lalu.
Kebakaran itu telah meranapkan sama sekali rumah yang dimiliki oleh Puan Habibah berserta rumah anak beliau yang terletak secara berkembar Di Lorong tersebut.
Menurut Jiran terdekat, En Rosman, kebakaran itu berlaku sekitar Jam 09.40 pagi dan api telah marak dengan begitu cepat menyebabkan rumah kediaman tersebut telah hangus mengambil masa kira kira 20 minit sahaja.
Menurut Pegawai Penyiasat Bomba Seksyen 15, Shah Alam, pihak bomba telah menerima panggilan sekitar jam 09.45 pagi dan telah bergegas ke tempat kejadian. Setibanya sekitar jam 10.05 pagi pihak Bomba terus berusaha memadamkan kebakaran serta mengawal api dari merebak ke rumah rumah sekitar. Pihak Bomba juga telah dapat mengawal kebakaran dari merebak sekitar 1 jam kemudian.
Menurut seorang penduduk sekitar, En. Din, beliau telah turut serta membantu mangsa kebakaran serta mengeluarkan barang barang beharga dari turut musnah. "Saya telah sempat mengambil kayu panjang dan telah menyentap kabel letrik yang turut menyambungkan ke rumah bersebelahan. Alhamdullilah, rumah jiran telah dapat diselamatkan mungkin dari tindakan saya itu...menceritakan keadaan sewaktu kejadian.
Menurut pengerusi JKKK, padang Jawa Hj Abdul Aziz barhan, mangsa akan dipindahkan sementara ke Dewan Masjid As Solihin sementara menunggu bantuan dari pihak pihak berwajib. Pihak pihak dari Jabatan kebajikan Masyarakat serta Lembaga Zakat Selangor telah turut segera hadir membantu mangsa serta menghulurkan bantuan segera sebelum menyusul bantuan bantuan lain di masa seterusnya.
"Saya sendiri akan mengusahakan untuk membantu mangsa mendapatkan rumah sementara sebelum rumah yang terbakar tersebut dapat di baiki ataupun di bina yang baru. " Kami selaku JKKK akan terus berusaha serta memantau keadaan mangsa agar mangsa serta keluarganya tidak tersisih serta dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin. Saya juga bagi pihak JKKK melahirkan simpati ke atas apa yang berlaku serta semuga Allah memberi kekuatan kepada semua yang terlibat.' kata Tn Hj Abdul Aziz lagi.
Rumah rumah jiran juga turut mengalami kerosakan juga akan mendapat bantuan sepatutnya agar mereka pun turut menjadi berasa tenang.
Kejadian tersebut turut mendapat liputan meluas akhbar akhbar harian seperti Sinar dan Kosmo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan