Sabtu 7 hb Ogos 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah mencipta satu lagi lembaran baru apabila telah berjaya mengadakan satu program sumbangan barangan sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
Program yang julung kali di adakan ini telah berjaya disempurnakan dengan kerjasama Parti Islam Semalaysia cawangan Padang Jawa Petaling pada 7hb Ogos serta 8hb Ogos yang lalu.
Menurut Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan, beliau melahirkan kesyukuran yang amat sangat dengan kejayaan mengadakan program ini. "Di kesempatan ini, saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada semua penyumbang penyumbang, ahli masyarakat serta terutama sekali AJK AJK Biro Kebajikan dan Wanita serta seluruh barisan AJK keran telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Dalam program ini sebanyak lebih 100 keluarga sekitar Padang Jawa Petaling telah sempat dikunjungi. Antara penerima sumbangan termasuklah dari golongan Warga miskin, warga emas, warga Kurang Upaya, warga Ibu Ibu tunggal dan anak anak yatim. Hampir kesemua warga tersebut di semua lorong lorong sekitar Padang Jawa Petaling telah sempat dikunjungi. Antara Lorong lorong tersebut termasuklah Lorong Yus, Lorong Tok Janggut, Lorong 1415, Lorong Mawi, Lorong Hj Kamil, Lorong Antu, Lorong Hj Barhan, Lorong Jasa, Lorong Hj Osman, Lorong Hj Bajuri, Lorong India 1 dan 2, Lorong Bali, Lorong Abu Shah
Lorong Khairul Zakaria, Lorong Hj Ramlan, Lorong Herry, Lorong Wak Joko, Lorong Taman Baru, Lorong Wak Sharif, Lorong Sri Aman, Lorong Hj Maarof, Lorong Wak Kachong, Lorong Pak Alang, serta Lorong Sekolah. Program in juga mengambil masa selama 2 hari untuk dilengkapkan kerana ramainya keluarga yang harus di temui, alhamdullillah.
Sementara itu, Ketua Cawangan PAS Padang Jawa Petaling, Hj Hisham b Parman pula menyatakan bahawa ini adalah sebahgian dari usaha usaha pihak PAS untuk membantu golongan tersebut yang ramai terdapat di sekitar Padang Jawa. Selain itu, kita dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain selain dapat membuat kunjungan kerumah rumah mereka. Ini akan dapat membina hubungan baik antara Parti serta masyarakat.
Antara barangan barangan yang diserahkan dalam program tersebut adalah tepung, gula, sardin, mee hoon, jus oren, serta kurma untuk persiapan ramadhan.
Diharap program seperti ini dapat membantu golongan golongan ini disamping membina ukhwah Islam yang saling bersaudara serta saling mengambil berat antara satu sama lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan